SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Tuesday, 20 December 2011

Beauty Consultant :)

hello hello! hahaha
assalamualaikum..
hmm.. dah lama tak update blog *dah lah privatekan
rindu nya sayang saya ni.. :P 
btw.. saya nak cerita tentang saya yang sudah meningkat dewasa *sudah bekerja meyh
hahaha.. macam tak percaya kan? hmm.. tu lahh.. btw.. kalau nak tahu.. sebenarnya.. yang membantu saya untuk dapat kerja ni boyfriend sepupu saya MUHAMMAD SHAZWAN.. mula mula, mama tolong minta kan kerja kat Pizza *secara tidak sengaja
tapi.. alih alih malam dapat call

"hello, munirah.. kamu nak kerja tak? kat Sogo je.. Start esok tau.. tapi lapan hari jelah.. kalau nak sambung lagi bagus.."

aku yang bengong bengong ni.. terus setuju.. baju aku pinjam makcik aku punya.. seluar rembat mama.. hahaha.. TERDESAK!
so, esok dengan bengong bengong.. pergi kerja..

pakai kasut,stokin,seluar dan kemeja hitam
ikat rambut biasa
eyeliner, pelembab bibir, lotion, bedak and perfume
sampai di tepi jalan..

"ok, adik yang start kerja hari ni ya? hmm.. adik.. ada sape sapa cakap suruh make up tak?"
"tak de pon"
"adik.. lain kali kena make up tau.. heavy pon tape.. kalau pelakon opera cina kalah lagi bagus"
"hah?!"
"pakaian.. hmm.. ok.. bagus.. tapi kalau adik boleh pakai skirt dan stoking panjang lagi bagus lah"
"err.."

*time tu aku dah rasa pelik dah.. aku kerja jual barang je kan?

sampai di tempat kerja.. selepas sesat dan taklimat pekerja baru..

kami diajar untuk bow dan memberi salam kepada pelanggan pada setengah jam awal dan akhir kerja..
"selamat pagi dan selamat datang"
"selamat pagi. terima kasih kerana sudi datang ke Sogo"
"welcome miss. thank you for coming"
"selamat malam, terima kasih. sila datang lagi"
"thank you and have a nice day. good night"
benda uh kena buat sambil tunduk dan tangan letak kat dada 

*gila protokol kan?

hmm.. sampai tempat kerja.. kena jumpa HR.. cakap cakap.. tepuk tangan dan nyanyi lagu Sogo.. hahahaha..
btw.. promoter part time kat sana enam orang je termasuk saya.. nana, shazwan, sara a.k.a amirul, kak mida, fendy dan saya..
waktu first time jumpa sara a.k.a amirul.. takut kot.. dia ni laki ke pompuan? rupanya girl.. alaaahaii.. :) patut lah aku macam boleh rapat je dengan dia.. baik gila dia ni..
fendy pula.. hadohaiii.. macam nak test power je.. haa.. rimas lah kalau orang asyik nak berkepit je.. tapi dia ok lah baik.. dia je berawak saya.. grr~ *tak minat mamat ni
kak mida.. mula mula tengok muka.. hmm.. baik, ayu.. last last.. ayat yang aku memang tak sebut uh.. semua dia sebut.. hahaha..
nana.. dia peramah gila.. :) baik hati dan cantik *sebenarnya diorang berdua memang cantik
hmm.. apa apa pon first day.. aku dapat dua orang customer.. hee..
so.. gaji hari pertama.. 60 +6+16=82.. berbaloi lah penat.. then esok nya dapat tepukan.. sebab aku jual lebih RM 2000.. hebat kan aku? :)
  

Friday, 16 December 2011

gominasai :(


assalamualaikum..
sebenarnya, semalam.. saya rasa.. saya ada buat satu kesilapan yang agak besar..
hmm.. i'm so sorry :(
btw, semalam kami bersembang *call
saya tahu awak nak tidur dah masa tu.. tapi saya call juga kan? hadoiii.. ntah laa.. saya rindu awak..
tahu tak.. masa awak tak contact saya.. macam macam saya fikir.. *i'manegativethinker
serious saya memang tak boleh nak tipu perasaan saya.. saya nak text awak.. tapi takut awak busy.. so saya tunggu je.. petang awak call saya, phone tade kat saya.. :(
haa.. kita memang selalu macam ni kan? 
malam baru kita dapat text.. haa.. lega hati saya.. so, malam tu saya decide saya perlu call awak.. last kita sembang time awak kata awak tak sihat.. kan? hmm.. saya banyak kali cakap, 

"awak,awak kena jaga diri baik baik.. kalau awak sakit,tade sape nak sembang dengan saya" 

saya betul betul maksudkan.. saya tak main main :( 
semalam.. saya cakap kat awak.. yang saya fikir macam macam pasal awak kalau awak tak text saya.. kan?
then awak tanya saya.. awak fikir apa? saya takut awak jadi pape, accident ke or apa apa jelaa.. then awak gelak.. hmm.. saya betul betul risau tau.. masa awak tanya saya, kalau saya accident awak nak buat apa? saya terus diam.. saya tak tahu nak jawab apa.. sebab saya tahu.. saya tak boleh buat apa apa pon kalau sesuatu jadi kat awak.. dan mungkin kalau sesuatu jadi kat awak.. saya tak tahu pon.. hmm.. sayang, saya minta maaf..
 saya tak boleh jadi kekasih yang baik untuk awak..

Thursday, 15 December 2011

what?! aku si suri rumah?


*maaf gambar tiada kena mengena dengan tajuk post*

assalamualaikum dan salam 1Malaysia!
hee.. tengok gambar diatas ^_^
saja nak promote baby saya.. *yangwarnapinklaa
hahaha.. baik lahh.. hari ni saya akan beritahu rutin harian saya semasa saya berada di rumah atau dikenali semasa cuti sekolah *penganggur untuk pengetahuan anda semua.. saya seorang yang suka bangun pagi, bagi yang tidak percaya.. hmm.. suka hati korang lah.. *yelahakutidurawal :)
  • bangun pagi : lihat jam ditangan, menggeliat,check phone,cium baby,peluk bearbear dan cari sikat (hobi apabila berada dirumah iaitu sikat rambut)
  • pergi toilet dan mandi *selepas 1jam berlalu
  • ambil baju kat bakul dan basuh
  • pergi meja makan dan makan *terimakasihpapasebabbelikan (time ni papa akan cakap "kakak,lepas nak makan tidur balik pon tape" hahaha)  
  • lepas itu aktiviti bebas *online,tidur,dating,membaca,menconteng ,membuatvideo,bermain dll.
  • tengahhari : pergi rumah opah,tengok dan tolong opah masak *malasnakdengarceramah 
  • aktiviti bebas lagi dan makan time! 
  •  petang : kemas rumah *mama nak balik horrey~ :)
  • tunggu mama balik dan lakukan aktiviti bebas serta makan 
  • malam : bermain bersama adik dan sepupu *berumur 3-13 tahun 
  • sebelum tidur: membaca,dating dan zzzz... masa tidur adalah pukul 11 
  • bangun pukul 12, 3 atau 4 pagi *akutaktahukenapa   
  • bangun dan online 
  • tidur kembali :)
 semua yang saya tulis ni akan berulang pada setiap hari.. ohh bosan! macam ni ke kalau jadi suri rumah? haaa.. tak nak lahh! 

p/s :membaca membawa maksud saya membaca bahan bacaan yang ringan seperti komik, novel.. kadang kadang sahaja saya akan membuka buku berunsurkan ilmiah :) 





Tuesday, 13 December 2011

dunia yang sangat indah :)

assalamualaikum..
hmm.. baiklah.. kali ni saya nak cerita tentang saya pergi ke mcd.. kali ni.. saya dibelanja oleh adik saya NABILA MAHIRAH MAZZUKI :)


terima kasih adik!
tujuan dia belanja saya ialah dia nak pujuk saya.. 

"kesian kakak. adik belanja kakak lah"

hahaha..
bagus bagus.. so, kitorang decide makan mcd je..hee.. :P



















i hate appointment !

assalamualaikum..
hmm.. mesti korang tertanya tanya kan? kenapa aku cakap.. aku tak suka appointment.. haa..
dalam hidup aku.. ada dua benda je appointment yang aku pernah dan perlu pergi.. 

first : bersama pakar mata
second : bersama pakar neurologi

kedua duanya aku tak suka.. hadoii.. leceh kot.. btw.. baru baru nie aku kena pergi jumpa pakar mata..
biasanya aku pergi jumpa doktor yang dah biasa dengan aku.. dia doktor pakar mata kat area rumah aku, Dr.Shukri.. mama cakap, lagi senang kalau kita jumpa dr kat hospital swasta.. sebab hospital kerajaan ramai sangat pesakit.. so, aku ikut jelaa..
tapi, kali ni aku terpaksa pergi Hospital Besar Kuala Lumpur sebab mama kata aku perlu cop pengesahan dekat hospital kerajaan.. aku malas nak tanya untuk apa.. so, aku ikut..
aku datang sana.. lebih kurang tiga kali.. tapi bila kali ketiga aku datang, doktor tu bagi satu surat.. dia suruh tunjuk waktu hari appointment..
disebabkan itu hospital kerajaan yang ramai gila orang, aku pon terpaksa datang awal.. mama pon ikut sebab papa ta tahu sangat.. aku ni pula bukan jenis yang reti bercakap..
sampai je kat sana aku bagi surat tu kat nurse.. nurse tu kata pergi buat ujian mata.. *aku paling tak suka buat ujian
sampai tempat ujian.. aku pon test.. sebelum dia suruh test mata kiri aku cakap lah yang aku tak nampak.. dia tak percaya kot.. haa.. suka hati dia lah.. so, aku pon buat test.. 

"eyh adik? betul ke tak nampak? bayang bayang nampak tak?"
"hmm.. tak nampak lah kak.. tapi bayang bayang nampak lah.."

time tuh aku rasa macam nak nangis je.. :( kan aku dah kata awal awal.. 
lepas tu, nurse tu terus buat satu surat yang menyatakan aku pesakit wat kecemasan.. perghhh.. macam gempak je.. haa.. leceh leceh..
time kat wat kecemasan.. *tadelah cemas mana

"cik nur munirah mazzuki. masuk bilik satu"

aku pon terus pegang tangan mama.. sebab aku tahu apa yang akan jadi lepas ni.. dah biasa kot..
doktor tu pon start buat pemeriksaan.. bila aku cakap aku dah tahu apa masalah mata aku.. doktor tu pelik.. aku sebut lah nama masalah tu.. lepas tu doktor uh refer buku.. hmm.. sama macam doktor sebelum sebelum ni.. then, dia check.. lepas tu dia cakap.. 

"adik, doktor nak letak ubat kat mata adik tau.. doktor rasa adik pernah buat sebelum ni.. dia tak de papa pon.. sakit siket je.. nanti nurse letak dua kali titik kat dua dua belah mata untuk besarkan anak mata.. cuma kesan dia pandangan adik lepas ni kabur. mungkin dalam masa setengah hari dan mata adik tak boleh terdedah kat cahaya matahari sangat.. ok?"

aku angguk je 
then. seorang nurse lelaki buatkan.. selamat buat dengan lemahlembut.. kalau tak.. aku sepak dia.. *sakit ouh

"puan kena pegang dia tau.. takut dia jatuh.. bandage ni jangan cabut selagi tak jumpa doktor.."

lepas tu pandangan aku gelap.. apa yang pasti aku dengar ada seorang makcik bagi tempat duduk kat aku.. mesti diorang terkejut.. yelahh kat sana aku yang paling muda.. masuk je bilik.. keluar, dah ber-bandage bagai..
lepas tu mama lah usung aku.. jumpa doktor tu, doktor ni.. haishhh.. tapi apa yang seronok, appointment ni paling sekejap.. kalau tak kena ambil gambar pemeriksaan mata, ecg dan lain lain.. haa.. selamat~
bila dah habis.. aku terpaksa jalan jauh siket.. time tu dah tak pakai bandage.. so, aku tak boleh nak buka mata langsung.. silau gila kot.. time uh memang sakit kepala tak yah cakap.. hadoiii.. sampai je rumah.. aku terus tidur.. tak tahu nak buat apa.. tak nampak..
hmm.. merasa lah jadi orang buta sekejap :)
konklusinya di sini.. sayangilah mata anda!




nama masalah :toxoplasmosis
masa dikenal pasti : darjah 6

hari hari indah :)



assalamualaikum.. 
yup.. ni post yang pertama *sebagai penebus kesalahan 
aku dah janji kan tadi? hee.. yang ni ialah gambar gambar waktu kami semua berSWIMMINGPOOL di rumah teacher RAHIMATUN :)
thank you teacher! 
semua yang pergi ni adalah wakil bomba *ada je yang ahli lain dan dah keluar sekolah dah pon
teacher buat ni untuk meraikan kami sebagai pelajar yang dah habis SPM *tapi empat orang lagi belom habis
awal awal perancangan, ramai gila yang akan datang.. tapi tulah.. manusia.. janji tinggal janji *ayat kau!
ni antara gambar gambarnya *aku tak buat college

waktu mula mula datang :)











lepas sampai, kitorang terus pergi rumah cikgu kat CASA IDAMAN.. mula mula ada conflict dengan guard *diorang dengki :P tapi selepas tu semuanya berjalan lancar *walaupun hujan kami tetap dengan pendirian

semasa berada di dalam rumah




waktu dalam rumah, kitorang memasak dan lain lain.. serious macam rumah sendiri.. selamat teacher tu sporting :) btw, lepas makan.. kami terus TERJUN!



habsah takut air~  












aksi stunt daripada mereka



antara yang pergi


macam maca permainan yang kami main semasa ada kat sana.. nak tahu apa?

permainan :)


membuat aksi lagak ngeri


bermesej


bermain bola air


mengapungkan diri


menahan nafas


membuat kumpulan bermain *group aku,habsah,esha dan shira menang


berenang bersama


bergambar


membuat belon terapung :)

sebenarnya banyak lagi.. tapi lupa nak take pic.. seperti, meniup belon, membaling belon, membuang belon merata rata, makan didalam pool, menari salsa didalam air, buat ponco ponco, 'mencuci mata', tutorial berenang dan lain lain :) selepas tu, semua orang balik dengan wajah kepenatan

wajah kepenatan












namun begitu



selepas saya ditinggalkan bersendirian di perhentian bas.. adena dan esha pergi ke bukit bintang.. ishhh.. jeles nie.. hahaha

that's the end of our story.. byebye!