SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Tuesday, 13 December 2011

i hate appointment !

assalamualaikum..
hmm.. mesti korang tertanya tanya kan? kenapa aku cakap.. aku tak suka appointment.. haa..
dalam hidup aku.. ada dua benda je appointment yang aku pernah dan perlu pergi.. 

first : bersama pakar mata
second : bersama pakar neurologi

kedua duanya aku tak suka.. hadoii.. leceh kot.. btw.. baru baru nie aku kena pergi jumpa pakar mata..
biasanya aku pergi jumpa doktor yang dah biasa dengan aku.. dia doktor pakar mata kat area rumah aku, Dr.Shukri.. mama cakap, lagi senang kalau kita jumpa dr kat hospital swasta.. sebab hospital kerajaan ramai sangat pesakit.. so, aku ikut jelaa..
tapi, kali ni aku terpaksa pergi Hospital Besar Kuala Lumpur sebab mama kata aku perlu cop pengesahan dekat hospital kerajaan.. aku malas nak tanya untuk apa.. so, aku ikut..
aku datang sana.. lebih kurang tiga kali.. tapi bila kali ketiga aku datang, doktor tu bagi satu surat.. dia suruh tunjuk waktu hari appointment..
disebabkan itu hospital kerajaan yang ramai gila orang, aku pon terpaksa datang awal.. mama pon ikut sebab papa ta tahu sangat.. aku ni pula bukan jenis yang reti bercakap..
sampai je kat sana aku bagi surat tu kat nurse.. nurse tu kata pergi buat ujian mata.. *aku paling tak suka buat ujian
sampai tempat ujian.. aku pon test.. sebelum dia suruh test mata kiri aku cakap lah yang aku tak nampak.. dia tak percaya kot.. haa.. suka hati dia lah.. so, aku pon buat test.. 

"eyh adik? betul ke tak nampak? bayang bayang nampak tak?"
"hmm.. tak nampak lah kak.. tapi bayang bayang nampak lah.."

time tuh aku rasa macam nak nangis je.. :( kan aku dah kata awal awal.. 
lepas tu, nurse tu terus buat satu surat yang menyatakan aku pesakit wat kecemasan.. perghhh.. macam gempak je.. haa.. leceh leceh..
time kat wat kecemasan.. *tadelah cemas mana

"cik nur munirah mazzuki. masuk bilik satu"

aku pon terus pegang tangan mama.. sebab aku tahu apa yang akan jadi lepas ni.. dah biasa kot..
doktor tu pon start buat pemeriksaan.. bila aku cakap aku dah tahu apa masalah mata aku.. doktor tu pelik.. aku sebut lah nama masalah tu.. lepas tu doktor uh refer buku.. hmm.. sama macam doktor sebelum sebelum ni.. then, dia check.. lepas tu dia cakap.. 

"adik, doktor nak letak ubat kat mata adik tau.. doktor rasa adik pernah buat sebelum ni.. dia tak de papa pon.. sakit siket je.. nanti nurse letak dua kali titik kat dua dua belah mata untuk besarkan anak mata.. cuma kesan dia pandangan adik lepas ni kabur. mungkin dalam masa setengah hari dan mata adik tak boleh terdedah kat cahaya matahari sangat.. ok?"

aku angguk je 
then. seorang nurse lelaki buatkan.. selamat buat dengan lemahlembut.. kalau tak.. aku sepak dia.. *sakit ouh

"puan kena pegang dia tau.. takut dia jatuh.. bandage ni jangan cabut selagi tak jumpa doktor.."

lepas tu pandangan aku gelap.. apa yang pasti aku dengar ada seorang makcik bagi tempat duduk kat aku.. mesti diorang terkejut.. yelahh kat sana aku yang paling muda.. masuk je bilik.. keluar, dah ber-bandage bagai..
lepas tu mama lah usung aku.. jumpa doktor tu, doktor ni.. haishhh.. tapi apa yang seronok, appointment ni paling sekejap.. kalau tak kena ambil gambar pemeriksaan mata, ecg dan lain lain.. haa.. selamat~
bila dah habis.. aku terpaksa jalan jauh siket.. time tu dah tak pakai bandage.. so, aku tak boleh nak buka mata langsung.. silau gila kot.. time uh memang sakit kepala tak yah cakap.. hadoiii.. sampai je rumah.. aku terus tidur.. tak tahu nak buat apa.. tak nampak..
hmm.. merasa lah jadi orang buta sekejap :)
konklusinya di sini.. sayangilah mata anda!




nama masalah :toxoplasmosis
masa dikenal pasti : darjah 6

No comments: