SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Thursday, 2 February 2012



selamat pagi semua! baiklah.. pagi ini.. tak banyak yang nak cakap.. sebab keadaan tak mengizinkan.. malam tadi.. pukul empat tu.. terjaga.. tiba tiba rasa macam tak selesa.. sejuk! then rasa dahi, panas.. ouh.. aku demam! hmm.. lama tak demam.. ni mesti sebab semalam ni.. lama sangat duduk bawah panas + terkejut.. sebab kawan papa yang ada dusun tu masuk hospital.. patotlah dia beria ia nak pergi.. hmm.. :( ok.. tengah hari semalam.. aku risau.. aku call mama.. sebab semalam tiba tiba rasa tak sedap hati.. then, mama cakap.. mama kat hospital..

"kakak, mama tak jadi teman kakak pergi cari kasut tau.. kakak pergi dengan kawan kakak"
"ok.. tapi mama pergi mana?"
"hospital.. ok ok.. nanti mama call balik.. tak payah risau lah.. tade pape.."

mama letak je phone.. tiba tiba aku cakap kat kawan sekerja..

"korang, pakcik yang jaga dusun uh masuk hospital"
"kenapa?"
"suspek cancer"
ok.. aku tak tahu kenapa aku cakap macam tu.. padahal aku tak tahu apa apa langsung.. aku tak berniat pon.. =,=

malam tadi.. pukul empat tu.. aku terjaga.. then aku keluar bilik.. sebab aku rasa tak boleh tidur.. tiba tiba papa keluar dari bilik dia..

"kakak buat apa? tak tidur lagi?"
"tak.. rasa tak sedap badan.. macam nak muntah lah.. kakak demam kot"

lepas tu, papa terus bagi aku makan ubat.. dan letak tuala basah kat kepala.. tiba tiba papa cakap..

"kakak, uncle yang ada dusun tu.. masuk hospital semalam.. dia kena tahan sebab suspek cancer"

..
..
..
..
..
..
..
..

"pakcik.. mira doakan pakcik cepat sembuh ok?" :'(


No comments: