SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Thursday, 5 April 2012

post tanpa tajuk :)

bismillahhirrahmanirrahim..
assalamualaikum.. huu.. dah serupa khutbah dah ni :)
hmm.. baiklah.. hari ni, saya akan mengajar anda semua tentang konsep redha..
baiklah, pertama sekali.. rasanya.. ok kot kalau saya bagi makna redha dulu..
hmm.. redha bermaksud menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan (hukum) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t tetapi.. korang semua kena ingat.. tak semestinya.. kalau korang berpegegang pada konsep redha ni sahaja.. korang tak akan dapat kejayaan sepenuhnya.. sebab tu lah, korang kena sulamkan sekali dengan usaha yang teguh dah doa yang ikhlas dan tulus.. ok :)
baiklah, sebenarnya.. tujuan saya buat post ni panjang panjang bukan untuk berlagak sebab nak tunjuk pandai.. saya pon belajar lagi dan saya dalam proses ingin mendalami ilmu agama.. hee :)

sebagai contoh, saya nak cerita tentang saya.. kalau awak nak tahu.. dalam hidup saya, saya dah pernah merasai pelbagai erti kegagalan sampai pernah satu masa, saya rasa saya tak boleh nak tanggung semua kegagalan tu.. hahaha.. sebenarnya, tak ada lah besar sangat masalah tu.. cuma, saya seorang yang suka memendam perasaan.. tiba tiba, satu hari saya terfikir.. 
"kenapa lah aku selalu nak membebankan fikiran aku dengan perkara perkara yang sememang nya tak menjadi masalah yang besar? aku mempunyai sebuah keluarga yang lengkap dan bahagia.. aku juga tak pernah bersendirian kerana adanya Allah disisi aku, sentiasa.."

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : 
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )

bila aku fikir fikir balik.. cukup lah kalau aku selalu menangisi setiap kegagalan yang aku terima.. cukup! sebenarnya.. aku tahu, aku tak cukup berusaha untuk mendapatkan kejayaan tu.. tapi tu lahh.. selalunya, saya memang suka amalkan satu konsep ni dulu.. Tawakal dan Redha.. kemudian baru usaha.. tu pon sebab dah gagal.. haa.. 
awak semua jangan ikut cara saya.. saya dalam proses untuk memperbaiki hidup.. *ecehh.. hahaha.. serious :)

nak tahu tak? walaupun saya tak tahu meluahkan perasaan pada orang lain.. tetapi.. pada setiap malam, sekiranya saya menghadapi masalah.. mesti ada seseorang yang akan membantu dan beri semangat untuk saya.. :)

" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)

credit to al-azim, abuwafi98 dan abahyasir 

man jadda wa jadda wamanzaroa' hasoda -siapa berusaha dia akan dapat, siapa bersungguh dia akan berjaya-
*saya belajar arab dulu :)

No comments: