SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Thursday, 26 July 2012

berita gembira dari seberang :)


assalamualaikum :)
sebenarnya, saya ada satu berita baik.. yey!
hee.. rasa bahagia sebenarnya.. ingat tak cerita tentang semalam? hmm.. yang saya kena kejar dengan makhluk aneh -___-"
ok.. tadi.. waktu tengah study pengajian am.. tiba tiba cikgu dzul *guru kelas* datang..
then, dia panggil muzaliffah a.k.a iefa *ketua kelas*
beberapa minit kemudian.. cikgu panggil saya dan dia suruh ikut pergi pejabat..
semasa berjalan
"munirah, cuba cerita siket apa yang dia buat dekat awak semalam?"
"dia? siapa?" *muka blurr*
"dia...."
"ohhh -___-"
lepas tu.. saya pon bercerita laa.. dari mula sampai akhir.. then, dengan secara terkejut dan mendadaknya.. cikgu dzul cakap..
"ok, lepas ni.. polis akan datang dekat sekolah kita dan akan soal siasat awak.. sebab nak buat laporan polis"

WHATTTTT?!!

terkezutt ohhhhh.. 
lepas tu.. kitorang duduk dekat pejabat.. masa tu tak ramai pon dalam bilik tu.. saya, iefah dan cikgu..
tak lama kemudian.. ada beberapa orang polis datang..
then, dia tanya itu dan ini.. lama jugak.. penat bercakap -___-"
sempat lagi diorang buat lawak.. lelaki boleh cerita laaaa... hadoiiii.. tak memahami langsung! hahaha
akhir ayat daripada koperal tu..
"munirah, muzaliffah.. saya harap kita dapat tangkap orang tu.. dan awak berdua perlu bekerjasama dengan kami.. supaya awak berdua boleh buat pengecaman selepas tu.. so, ambil nombor ni.. kalau ada apa apa.. boleh call"
lepas je polis tu pergi.. iefa tanya cikgu..
"cikgu, kalau macam tu.. kitorang kena bawak fon laa kan?"
"saya rasa.. awak berdua patut bawak.. sebab benda ni tentang keselamatan awak berdua.. takut.. dia ingat muka awak berdua.. so, bawak laaa"
eleyhhh iefah ni.. macam selama ni tak bawak pulak -____-"
hahaha.. so, sekarang ni rasa macam selamat siket.. dan tak rasa takut sangat.. sebab, polis tu cakap.. dia akan buat rondaan dekat kawasan sekolah tu.. alhamdulillah..
btw, nak bagitahu.. zaki masuk form six balik.. habisss laaaaaa~ T____T

btw, mana nak cari spray pemedih mata ehhh? sebab sebelum ni guna perfume je.. tapi botol burberry uh gedabak sangat -____-"

Wednesday, 25 July 2012

adena . shazwina . aisyah :')





assalamualaikum..
hmm.. betapa rindu nya aku kat korang.. :')
sebenarnya nak cerita dekat korang.. semua yang terjadi kat aku.. tapi aku tahu korang busy.. aku tak nak korang rasa terbeban pulak bila aku cerita semua ni..
so, bila korang tanya.. aku ok atau tak.. aku cakap aku ok.. 
aku minta maaf.. aku tipu.. aku betul betul sedih..
aku harap korang baca post ni..
:'(
ingat tak dulu.. kalau ada antara kita yang sedih.. kita akan hug sama sama kan?
 i really miss that moment :')
sebenarnya aku sedih.. tapi.. malangnya, aku dah lupa macam mana cara untuk menangis..

.

lepas satu benda, satu benda lagi terjadi..
semua tu berlaku dalam masa yang singkat..
hmm.. rasanya, kalau berterusan macam ni.. saya memang tak dapat nak hadapi sorang sorang
rasa macam nak menangis.. sangat sangat.. 
haaa.. jangan laaa sampai menangis..
tak nak! saya kena jadi kuat.. :')
sebenarnya, kalau berlaku sekali.. rasa macam ok lagi.. tapi bila dah berulang kali.. dalam masa yang terdekat.. buat saya rasa takut nak pergi sekolah..
tak sangka.. perkara yang saya tak nak buat saya ingat lagi peristiwa dulu.. berulang.. dua kali dalam masa yang terdekat..
saya harap ini semua dugaan.. kadang kadang, bila kita nak mula percayakan seseorang.. memang akan terjadi sesuatu kan? :')
saya harap, lepas ni.. tak jadi laa lagi perkara macam ni lagi.. 
cukup lahh saya pernah tak percayakan lelaki sebelum ni disebabkan kisah yang macam ni.. tak kan saya nak rasa macam tu lagi? :'(
serious tak kuat.. 

berulang :'(

assalamualaikum..
hmm.. sebenarnya, nak cerita tentang sesuatu.. sorry, saya tak tahu nak cerita dekat siapa :'(
kepada sesiapa yang tahu tentang kejadian yang pernah berlaku pada saya dan habsah..
saya pasti, awak tahu.. betapa takutnya saya waktu tu..
dan kejadian itu berulang kembali..
tempat yang lain, masa yang lain :'(
kejadian tu terjadi pagi tadi.. waktu saya dalam perjalanan untuk ke sekolah..
hmm.. saya rasa, waktu tu.. tak ada laa gelap sangat.. dan ada seorang pelajar sekolah, lelaki yang saya kenal berjalan dihadapan saya *beberapa meter
 tiba tiba ada seseorang panggil..
saya pon tak pasti sebenarnya.. then, selepas pelajar tu agak jauh dari saya..
dia panggil berulang kembali dan akhirnya, saya ambil keputusan untuk pandang..
tiba tiba ada seorang lelaki keluar dari kereta dan...
ya Allah, masa tu tak tahu nak buat apa.. saya terus lari.. tak terfikir nak tengok no plat or cam muka dia..
waktu saya lari tu, saya tahu dia kejar saya.. waktu tu rasa macam nak menangis je..
apa yang saya mampu ingat.. dia lelaki cina, dan naik kereta wira..
waktu dalam bilik pengawas..
seorang pengawas lelaki cakap sesuatu kat saya
tapi waktu tu serious tak dapat nak fikir apa apa.. sampai pengawas tu terpaksa ulang beberapa kali..
keluar dari bilik pengawas, macam macam benda terlintas kat fikiran..
tapi, teringat kata kata mama
"jangan anggap semua lelaki sama.. tak baik berperasangka buruk"
sebenarnya, saya dah rasa terlalu takut sampai tak boleh nak buat apa apa..
saya terus masuk kelas dan jumpa ummi and iefa.. cerita dekat diorang..
haa.. tak sangka pula.. sebenarnya, orang yang ikut tadi tu ialah orang yang sama kejar iefa..
amy cakap, pagi tadi ada seorang lagi pengawas perempuan kena, macam yang saya kena..
rasanya, dah tak ada tempat pon yang selamat.. 
sepanjang hari, saya rasa macam tak larat nak buat apa apa.. rasa macam nak menangis..
so, kitorang decide nak bagitahu encik zainal.. then, dia cakap.. dia akan lakukan sesuatu dan buat laporan polis :'(
tak sangka.. lagi beberapa meter nak sampai ke kawasan sekolah pon.. still bahaya lagi.. :'(
sekarang, tak tahu nak cerita dekat mama atau tak.. hmm.. tak tahu nak cakap macam mana..
harap mama tak marah kalau saya rahsiakan benda ni dari dia..
sorry mama :'(

Monday, 23 July 2012

si pendusta :')

assalamualaikum..
dear readers,


I HATE LIARS!!!


baiklah.. kepada sesiapa yang menipu, pernah menipu, sedang menipu atau bakal menipu saya, nur munirah mazzuki.. sila sila lahh mengaku.. sekiranya tidak.. anggap sahaja yang saya tak pernah kenal anda.. sekian harap maklum #HarapTerasa
:)
bulan baik, hari baik, minggu baik.. saya malas nak fikir banyak banyak.. kepada si penipu.. harap ada karma yang akan berlaku kepada anda.. selamat malam :)


p/s : ingatlah.. kalau jujur.. kesakitan tu akan berkurang.. tapi kalau menipu.. kesakitan dia akan tinggalkan parut yang tak akan hilang.. :')

Sunday, 22 July 2012

short post

tahniah! awak dah berjaya tipu saya..
sekarang, saya ada sebab kenapa saya tak nak dan tak perlu percaya kat awak..  :')
hahahaha.. emo sungguh :)
sabar ye awak.. bulan puasa.. sabar je..
~karma~

out of sight, out of mind

assalamualaikum dan selamat menyambut bulan yang penuh keberkatan :')
actually, dengan jiwa yang bercelaru dan fikiran yang berserabut..
saya telah menambahkan lagi kekusutan dengan membuat assignment ekonomi.. hahaha
ok.. dengan presentation sejarah nye lagi.. alahaiiiii..
hahaha.. ok lahhh.. btw, sekarang tengah dengar lagu ni :)


serious, bila dengar lagu ni.. teringat kat myra.. :')
sedihnyaa.. rindu kat dia..
sebenarnya.. saya ada buat video sempena puasa.. tapi.. penat pulak rasa nak upload kat blog ni.. hahaha..
maaf maaf maaf~ saya tak berubah.. masa yang mengubah saya :P
HAHA.. ok.. sekarang ni jugak.. tengah text dengan addy :)
hahaha.. dia kelakar.. btw, thanks addy.. untuk segalanya.. :')
dalam masa yang sama.. sebenarnya, saya tengah baca twitter kawan saya.. ok.. dia aneh.. haaa.. masalah masalah.. hahaha
hmm.. tak banyak yang saya boleh cerita kat sini..
cuma, satu je.. 
saya terlalu rindukan semuanya :')
mungkin saya terlalu hipokrit dan pentingkan diri..
tapi itu je cara yang terbaik untuk saya
hahaha.. i hope so :)
selamat malam.. 
semoga angin membisikkan kata rindu dan sayang saya kepada awak semua :')




Tuesday, 17 July 2012

satu makna :)


biarkan mendung berlalu
mengusir lara di jiwa
izinkan embun ketenangan
mengalir lembut di hati
hilangkan resah yang menyiksa ini
moga dapat ku hirup kedamaian
dari telaga permasalahan
yang menyakitkan..

-with love-
munirah mazzuki
10.22pm
17/7

*p/s : setelah lama tak post sajak.. akhirnya.. hahaha.. 
harap maaf.. sajak ni simple dan pendek sangat :P

kan ku isi hari hari ku .....



assalamualaikum.. fuhhhhhhhhhhhhhhh~ *tiup habuk*
hahaha.. ok.. firstly, saya ingin menyatakan bahwasanya.. saya berasa seperti sedang bermimpi.. tak sangka masa cepat sangat berlalu.. sangat.. lagi beberapa hari.. kita dah nak menyambut pakcik Ramadhan.. dan menziarah abang Syawal.. hehe.. ok.. saya bakal merindui kenangan kenangan dulu.. 
ok.. nothing much yang saya boleh dan mampu cerita.. tak banyak cerita menarik pon yang berlaku.. cuma, saya rasa.. saya makin matang.. tahniah munirah :') ok done! for your information, kini saya sedang mendengar lagu ini.. 

Tuesday, 10 July 2012

kisah semalam


assalamualaikum.. :)
baiklah.. this is an order *uncle, teh tarik satuuuu* #joking :P
sila play kan lagu dibawah ini sewaktu anda membaca post ini.. kalau dah habis.. replay balik.. WAJIB! untuk mengambil mood sedih dalam diri.. hoho :) ok.. mulakan!




semenjak kau hadir dalam hidupkuuuuu~ *tiru lagu orang pulak*
ok.. sebenarnya, saya nak bercerita tentang satu kisah indah :')
kisah ini berkisar tentang.. seorang pelajar yang belajar disebuah sekolah.. tempatnya agak pendalaman, suasana kampung, bunyi seperti sungai mengalir, burung burung berkicauan, kadang kadang.. kedengaran sayup sayup ayam berkokok..
hiruk pikuk suasana bandar jarang dirasai.. kerana.. untuk berjalan ke jalan besar.. mengambil masa beberapa minit..
pelajar itu tinggal bersebelahan dengan sebuah sekolah yang agak usang.. sekolah yang diberi nama SMK PAK ALI *bukan nama sebenar*
sekolah ini memang jarang didengari.. tidak seperti sekolah sekolah lain seperti SMK DO IT YOURSELF *bukan nama sebenar* tetapi.. kejayaan sekolah ini agak membanggakan.. sekolah ini berjaya melahirkan berpuluh ratus ribu *unsur hiperbola* mahasiswa dan mahasiswi yang berjaya :') *clap clap*
ok... jauh terpesong dahh ni sebenarnya.. haa.. ok.. reverse balik.. berbalik kepada cerita asal..
dari darjah satu sehingga darjah 6 setengah tahun.. pelajar ini bersekolah di SEMEPA.. pelbagai memori yang mungkin dia tak dapat lupakan..
bermula dari darjah satu.. dia diketemukan oleh Cik Kobis *bukan nama sebenar* iaitu sahabatnya dari 1 tahun.. mereka pernah bersekolah bersama.. untuk pengetahuan anda.. Cik Kobis masih bersekolah dengan dia sehingga kini.. 
kenangan demi kenangan, tahun demi tahun, hari demi hari.. semuanya menambahkan lagi bibit bibit kasih sayang antara sahabat sahabat pelajar ini..
saat dia dirundung kesedihan, dihadiahkan kegembiraan.. hidupnya dipenuhi dengan insan bernama sahabat :)
sahabat yang bersama sama didenda mencuci tandas, didenda mencuci pinggan mangkuk selama seminggu, teman yang menjadi bantal peluk, teman yang sering menjadi mangsa buli ikatkan tali kasut, teman ukur tinggi dan timbang berat, teman ponteng kelas, teman menjaga koperasi, teman bersengkang mata untuk bergosip dan belajar, teman mandi pili bomba bersama, teman membawa telefon bimbit a.k.a Norkiah disekolah dan asrama.. serta banyak lagi.. 
tidak lupa juga kepada ummi, mummy, daddy, dan papa di White House mereka..
kini, sewaktu dia bersendirian di rumah, tatkala tiada orang dan tiada sesiapa.. acapkali dia mengalirkan air mata, air hidung kerana terkenangkan zaman zaman remaja *sekarang dah tua*
dia baru tersedar dari lamunan.. bahwasanya, tiada lagi mereka mereka disisi.. untuk menumpang kasih.. tiada lagi yang sudi meminjamkan bahu, peha, tangan untuk menangis.. tiada lagi.. ada nota yang saya jumpa di celah celah buku, dalam beg pelajar itu.. nota itu lebih kurang seperti ini..


tapi dia sering berpegang kata kata
"tiada disisi tetapi sentiasa dihati" 

p/s : cerita ini hanyalah rekaan semata mata.. tiada kaitan dengan yang sudah meninggal dunia.. sekiranya sama, hanyalah satu kebetulan :)



kepada sahabat saya, saya akan sentiasa, always, da'iman merindui awak :') 

:)

dear love,
untuk mencintai dan dicintai, tak perlukan sebab dan alasan..
cukup bila hati merasa,
terdetiknya di hati..
"inilah cintaku"
raihlah dengan lembut dan penuh kasih sayang.
letakkan cinta yang hadir
disudut hati yang paling istimewa..

selamat pagi cinta :)


Sunday, 8 July 2012


assalamualaikum , selamat malam CINTA dan RINDU

kadangkala di dalam hidup, kita akan bertemu dengan cabaran.. 
saat itulah yang kita namakan sebagai 'ujian' 
ikhlaskan lah diri agar menjadi diri sendiri 
supaya hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.. :')

Saturday, 7 July 2012

mengundang !


assalamualaikum :)
well, hello there! ok.. rindu saya tak? haa.. rindu kan? baik mengaku :P
hmm.. ok.. actually, saya nak bercerita tentang kejadian hari ini.. haa.. make it short..
tadi pergi kenduri kahwin di Rasa :)
haa.. then, jumpa seseorang :O OMG! SHAKILA
dia tegur saya.. dan saya rasa sangat terkejut.. setelah ber-conversation.. saya dapat merasakan yang.. dia ada pertalian darah dengan saya -__-"
sebenarnya.. ada macam macam cerita yang nak diceritakan.. cuma.. tangan saya ni dah keras + kaku.. tak larat nak type.. lagipun.. kerja pengajian am ni cukup membebankan kepala =="
ok laa.. semoga kita bertemu lagi di lain waktu.. bye bye *yawn*

Tuesday, 3 July 2012

kudapan dari seberang

assalamualaikum.. well, hello there *waving* :)
baiklah.. walaupun baru semalam update blog.. tapi hari ni dah rasa R.I.N.D.U *tutup muka*
ok.. first nak cerita tentang malam semalam.. untuk pengetahuan uoulsss.. semalam saya tidur awal.. haa.. pukul 12 -___-" *macam sama je
ok, then.. sedang saya diulit mimpi indah bersama prince charming naik kereta kuda tiba tiba saya terdengar suara KATY PERRY menyanyi di tepi telinga saya #unsurHIPERBOLA
ohh.. rupa rupanya cik adik manis @AdenaMohd call :)


dengan suara serak serak basah *tambahan : mamai #barubangun saya menjawab dengan gembira penggilan itu.. ok.. saya rindu dia.. RINDUUUUUUUUU~ :')
walaupun sekejap.. tapi penuh dengan makna makna tersurat tersirat berselirat :P
ini petikan dari kata kata orang yang baru bangun tidur -___-"
"Allah itu maha adil.. kadang kadang, dia berikan kita jarak, waktu dan jurang untuk kita berfikir serta merenung sejenak tentang memori serta kisah kisah yang lalu.. kerana.. melalui jarak, waktu dan jurang itulah yang akan membuat kita sedar tentang erti rindu, penghargaan dan nilai sesuatu.. macam yang kita tengah hadapi sekarang.. erti rindu pada nilai seorang sahabat"

dia sentiasa ada untuk saya.. dan saya akan berusaha untuk sentiasa ada untuk dia :') walaupun ada jurang antara kami..

ok.. habis cerita itu :)
sekarang cerita tentang.. HARI KOPERASI esok.. haaa.. laii laii laiii.. jangan datang tau esok.. penat je saya buat handout dan lain lain.. *dah lahh banyak assignment 
tapi saya tak ada esok kat gerai Pra-U Bakti.. saya ada di gerai Pengawas Sekolah T___T *sobb sobbb*
ok.. itu sahaja untuk kali ini.. kita jumpa lagi pada masa yang akan datang.. bubaiiiii :P


Monday, 2 July 2012

jemari seni !

assalamualaikum..
salam sejahtera, salam 1Malaysia dan salam 1Bahasa :)
haa.. baiklah.. sebenarnya.. saya nak update blog ni.. sebab saya rasa macam.. blog ni dah terlalu bersarang fuhhhhhhh~ *tiup habuk* 
maaflahh.. saya sedikit busy.. harharhar :P
hmm.. tak banyak yang saya mampu cerita dan type pada malam ni.. memandangkan petang tadi hujan yang sangat lebat dan saya selsema + batuk *tiada kena mengena* #menagih simpati -__-"
ok ok.. berbalik kepada cerita asal.. semenjak duamenjak tigamenjak saya menjadi pengawas percubaan.. saya rasa, saya semakin dibuli oleh masa, pengawas lama, guru disiplin dan para pelajar T___T *wiping tears*
sebagai contoh, perhimpunan pagi tadi.. saya dipaksa + terpaksa berdiri di tengah tengah dewan.. sedangkan yang lain sedang duduk sewaktu guru sedang memberi ucapan PENDEK =,="
saya juga terpaksa membuang perasaan cover macho dan perasaan malu gara gara kesabaran saya senipis sehelai kertas yang dibahagi lima *sigh*
btw, hari pertama bertugas sebagai TIANG DISPLIN berjalan dengan lancar apabila ada adik adik yang cakap 

" bagus lahh kakak pengawas ni.. baik je " *sambil pelajar itu tersenyum #suasana di kantin sekolah

sebenarnya, mereka berkata sedemikian rupa disebabkan oleh.. saya menegur mereka untuk makan dengan super duper laju.. memandangkan waktu rehat dah nak habis.. saya mengerti perasaan mereka yang sedang makan, dan TIANG TIANG DISPLIN berdiri disebelah sambil merenung mereka makan *benci part ni* disebabkan saya ni antara ahli ahli yang suka makan lama.. so, saya dengan penuh dedikasinya memberitahu mereka yang lambat makan seperti ini...

"sorry ehh adik.. sebenarnya masa rehat dah nak habis.. adik makan cepat siket tauu.. takut nanti lambat masuk kelas pulak.. tapi jangan buang makanan.. membazir.. ok?" 

haaa.. nampak tak permainan saya di situ.. lalalala~ 
ok.. ini pula situasi di dewan.. *sewaktu pengetua sedang berucap
memandangkan saya berdiri di tengah dan berada di baris yang agak hadapan.. saya terpaksa menegur pelajar pelajar yang sungguh 'mengerti' bahasa melayu -__-"

*cuit pelajar yang bising* " excuse me, listen here.. u nak i bawak u berdiri kat depan sebelah pentas? or u nak berdiri atas pentas? or u nak diam? u pilih mana satu.." *senyum*

selepas kejadian tu.. pelajar tu terus diam.. HAHAHA :D bukan niat nak takutkan dia.. tapi, masa tu saya dah rasa macam tekad betul nak tarik dia ke depan.. yelahhh.. bising GILA! -____- kalau tak tegur.. tak pasal pasal saya kena marah dengan cikgu.. itu pun saya tegur selepas satu jam budak tu bising.. #saya pengawas percubaan yang bertimbang rasa :)

ok.. saya dah habis bercerita sedikit tentang hari ni.. nak sambung buat kerja.. selamat malam dan doakan saya cepat sembuh :)



antara kerja yang sedang saya lakukan sekarang ini :)