SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Wednesday, 25 July 2012

berulang :'(

assalamualaikum..
hmm.. sebenarnya, nak cerita tentang sesuatu.. sorry, saya tak tahu nak cerita dekat siapa :'(
kepada sesiapa yang tahu tentang kejadian yang pernah berlaku pada saya dan habsah..
saya pasti, awak tahu.. betapa takutnya saya waktu tu..
dan kejadian itu berulang kembali..
tempat yang lain, masa yang lain :'(
kejadian tu terjadi pagi tadi.. waktu saya dalam perjalanan untuk ke sekolah..
hmm.. saya rasa, waktu tu.. tak ada laa gelap sangat.. dan ada seorang pelajar sekolah, lelaki yang saya kenal berjalan dihadapan saya *beberapa meter
 tiba tiba ada seseorang panggil..
saya pon tak pasti sebenarnya.. then, selepas pelajar tu agak jauh dari saya..
dia panggil berulang kembali dan akhirnya, saya ambil keputusan untuk pandang..
tiba tiba ada seorang lelaki keluar dari kereta dan...
ya Allah, masa tu tak tahu nak buat apa.. saya terus lari.. tak terfikir nak tengok no plat or cam muka dia..
waktu saya lari tu, saya tahu dia kejar saya.. waktu tu rasa macam nak menangis je..
apa yang saya mampu ingat.. dia lelaki cina, dan naik kereta wira..
waktu dalam bilik pengawas..
seorang pengawas lelaki cakap sesuatu kat saya
tapi waktu tu serious tak dapat nak fikir apa apa.. sampai pengawas tu terpaksa ulang beberapa kali..
keluar dari bilik pengawas, macam macam benda terlintas kat fikiran..
tapi, teringat kata kata mama
"jangan anggap semua lelaki sama.. tak baik berperasangka buruk"
sebenarnya, saya dah rasa terlalu takut sampai tak boleh nak buat apa apa..
saya terus masuk kelas dan jumpa ummi and iefa.. cerita dekat diorang..
haa.. tak sangka pula.. sebenarnya, orang yang ikut tadi tu ialah orang yang sama kejar iefa..
amy cakap, pagi tadi ada seorang lagi pengawas perempuan kena, macam yang saya kena..
rasanya, dah tak ada tempat pon yang selamat.. 
sepanjang hari, saya rasa macam tak larat nak buat apa apa.. rasa macam nak menangis..
so, kitorang decide nak bagitahu encik zainal.. then, dia cakap.. dia akan lakukan sesuatu dan buat laporan polis :'(
tak sangka.. lagi beberapa meter nak sampai ke kawasan sekolah pon.. still bahaya lagi.. :'(
sekarang, tak tahu nak cerita dekat mama atau tak.. hmm.. tak tahu nak cakap macam mana..
harap mama tak marah kalau saya rahsiakan benda ni dari dia..
sorry mama :'(

No comments: