SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Monday, 2 July 2012

jemari seni !

assalamualaikum..
salam sejahtera, salam 1Malaysia dan salam 1Bahasa :)
haa.. baiklah.. sebenarnya.. saya nak update blog ni.. sebab saya rasa macam.. blog ni dah terlalu bersarang fuhhhhhhh~ *tiup habuk* 
maaflahh.. saya sedikit busy.. harharhar :P
hmm.. tak banyak yang saya mampu cerita dan type pada malam ni.. memandangkan petang tadi hujan yang sangat lebat dan saya selsema + batuk *tiada kena mengena* #menagih simpati -__-"
ok ok.. berbalik kepada cerita asal.. semenjak duamenjak tigamenjak saya menjadi pengawas percubaan.. saya rasa, saya semakin dibuli oleh masa, pengawas lama, guru disiplin dan para pelajar T___T *wiping tears*
sebagai contoh, perhimpunan pagi tadi.. saya dipaksa + terpaksa berdiri di tengah tengah dewan.. sedangkan yang lain sedang duduk sewaktu guru sedang memberi ucapan PENDEK =,="
saya juga terpaksa membuang perasaan cover macho dan perasaan malu gara gara kesabaran saya senipis sehelai kertas yang dibahagi lima *sigh*
btw, hari pertama bertugas sebagai TIANG DISPLIN berjalan dengan lancar apabila ada adik adik yang cakap 

" bagus lahh kakak pengawas ni.. baik je " *sambil pelajar itu tersenyum #suasana di kantin sekolah

sebenarnya, mereka berkata sedemikian rupa disebabkan oleh.. saya menegur mereka untuk makan dengan super duper laju.. memandangkan waktu rehat dah nak habis.. saya mengerti perasaan mereka yang sedang makan, dan TIANG TIANG DISPLIN berdiri disebelah sambil merenung mereka makan *benci part ni* disebabkan saya ni antara ahli ahli yang suka makan lama.. so, saya dengan penuh dedikasinya memberitahu mereka yang lambat makan seperti ini...

"sorry ehh adik.. sebenarnya masa rehat dah nak habis.. adik makan cepat siket tauu.. takut nanti lambat masuk kelas pulak.. tapi jangan buang makanan.. membazir.. ok?" 

haaa.. nampak tak permainan saya di situ.. lalalala~ 
ok.. ini pula situasi di dewan.. *sewaktu pengetua sedang berucap
memandangkan saya berdiri di tengah dan berada di baris yang agak hadapan.. saya terpaksa menegur pelajar pelajar yang sungguh 'mengerti' bahasa melayu -__-"

*cuit pelajar yang bising* " excuse me, listen here.. u nak i bawak u berdiri kat depan sebelah pentas? or u nak berdiri atas pentas? or u nak diam? u pilih mana satu.." *senyum*

selepas kejadian tu.. pelajar tu terus diam.. HAHAHA :D bukan niat nak takutkan dia.. tapi, masa tu saya dah rasa macam tekad betul nak tarik dia ke depan.. yelahhh.. bising GILA! -____- kalau tak tegur.. tak pasal pasal saya kena marah dengan cikgu.. itu pun saya tegur selepas satu jam budak tu bising.. #saya pengawas percubaan yang bertimbang rasa :)

ok.. saya dah habis bercerita sedikit tentang hari ni.. nak sambung buat kerja.. selamat malam dan doakan saya cepat sembuh :)



antara kerja yang sedang saya lakukan sekarang ini :)

No comments: