SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Tuesday, 10 July 2012

kisah semalam


assalamualaikum.. :)
baiklah.. this is an order *uncle, teh tarik satuuuu* #joking :P
sila play kan lagu dibawah ini sewaktu anda membaca post ini.. kalau dah habis.. replay balik.. WAJIB! untuk mengambil mood sedih dalam diri.. hoho :) ok.. mulakan!




semenjak kau hadir dalam hidupkuuuuu~ *tiru lagu orang pulak*
ok.. sebenarnya, saya nak bercerita tentang satu kisah indah :')
kisah ini berkisar tentang.. seorang pelajar yang belajar disebuah sekolah.. tempatnya agak pendalaman, suasana kampung, bunyi seperti sungai mengalir, burung burung berkicauan, kadang kadang.. kedengaran sayup sayup ayam berkokok..
hiruk pikuk suasana bandar jarang dirasai.. kerana.. untuk berjalan ke jalan besar.. mengambil masa beberapa minit..
pelajar itu tinggal bersebelahan dengan sebuah sekolah yang agak usang.. sekolah yang diberi nama SMK PAK ALI *bukan nama sebenar*
sekolah ini memang jarang didengari.. tidak seperti sekolah sekolah lain seperti SMK DO IT YOURSELF *bukan nama sebenar* tetapi.. kejayaan sekolah ini agak membanggakan.. sekolah ini berjaya melahirkan berpuluh ratus ribu *unsur hiperbola* mahasiswa dan mahasiswi yang berjaya :') *clap clap*
ok... jauh terpesong dahh ni sebenarnya.. haa.. ok.. reverse balik.. berbalik kepada cerita asal..
dari darjah satu sehingga darjah 6 setengah tahun.. pelajar ini bersekolah di SEMEPA.. pelbagai memori yang mungkin dia tak dapat lupakan..
bermula dari darjah satu.. dia diketemukan oleh Cik Kobis *bukan nama sebenar* iaitu sahabatnya dari 1 tahun.. mereka pernah bersekolah bersama.. untuk pengetahuan anda.. Cik Kobis masih bersekolah dengan dia sehingga kini.. 
kenangan demi kenangan, tahun demi tahun, hari demi hari.. semuanya menambahkan lagi bibit bibit kasih sayang antara sahabat sahabat pelajar ini..
saat dia dirundung kesedihan, dihadiahkan kegembiraan.. hidupnya dipenuhi dengan insan bernama sahabat :)
sahabat yang bersama sama didenda mencuci tandas, didenda mencuci pinggan mangkuk selama seminggu, teman yang menjadi bantal peluk, teman yang sering menjadi mangsa buli ikatkan tali kasut, teman ukur tinggi dan timbang berat, teman ponteng kelas, teman menjaga koperasi, teman bersengkang mata untuk bergosip dan belajar, teman mandi pili bomba bersama, teman membawa telefon bimbit a.k.a Norkiah disekolah dan asrama.. serta banyak lagi.. 
tidak lupa juga kepada ummi, mummy, daddy, dan papa di White House mereka..
kini, sewaktu dia bersendirian di rumah, tatkala tiada orang dan tiada sesiapa.. acapkali dia mengalirkan air mata, air hidung kerana terkenangkan zaman zaman remaja *sekarang dah tua*
dia baru tersedar dari lamunan.. bahwasanya, tiada lagi mereka mereka disisi.. untuk menumpang kasih.. tiada lagi yang sudi meminjamkan bahu, peha, tangan untuk menangis.. tiada lagi.. ada nota yang saya jumpa di celah celah buku, dalam beg pelajar itu.. nota itu lebih kurang seperti ini..


tapi dia sering berpegang kata kata
"tiada disisi tetapi sentiasa dihati" 

p/s : cerita ini hanyalah rekaan semata mata.. tiada kaitan dengan yang sudah meninggal dunia.. sekiranya sama, hanyalah satu kebetulan :)



kepada sahabat saya, saya akan sentiasa, always, da'iman merindui awak :') 

No comments: