SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Saturday, 11 August 2012

hey you!

assalamualaikum :)
ok, readers.. maafkan saya kerana rasanya dah lama tak buat post baru.. fuhhhhhhhhhhh~ *tiup habuk, buang sawang* heee :P
sebenarnya.. baru baru ni saya sedikit busy..
selain daripada hal sekolah.. habis sahaja waktu persekolahan *1.10pm* 
saya ada akan jamming bersama rakan rakan saya.. hampir setiap hari.. sampai laa petang..
malam, study as usual.. kalau nampak saya online tu.. mesti pasal assignment..
rasanya, saya dah boleh tabahan hati.. so, saya active kan facebook balik.. tapi, kalau lepas ni rasa tak penting.. saya deactivate balik.. maybe :)
tweet.. hahaha.. ok, saya sedikit addict dengan benda alah itu :P
so, almost everyday.. terutama sekali, waktu rest dari study saya *9-10*
baiklah, mengenai jamming,
sebenarnya, pada mulanya saya bersama habsah..
 tapi dia dah tukar.. tak buat persembahan sebab jadi photographer :(
dah tak ada geng.. ok tipu! *baling klcc*
hahahaha.. ok, awak nak tengok ke apa yang kami buat masa jamming? hmm.. boleh..
i guess so -__-"
nanti saya ambil semua video dari mereka mereka
:)
and.. kalau awak awak nak tahu.. sekarang saya dalam proses untuk belajar satu lagu yang sangat senang.. dengan bermain guitar :)
kali ni, saya dah minta permission mama.. so, tak ada hal lah! direstui :)
so, thanks to mama!

Sunday, 5 August 2012

saya bakal merindui bulan yang semakin menghilang


assalamualaikum
baiklah.. sekarang.. tepat jam.. 11.43pm, 5 Ogos 2012 :')
rasanya, tak banyak yang saya boleh type sekarang.. just..
doakan test saya.. esok :) sejarah..
sebenarnya, sekarang.. saya dalam proses untuk menenangkan hati, perasaan, jiwa dan raga.. hahaha
bercelaru! :')
dalam masa yang sama.. saya terlalu rindukan handphone saya, mp4 saya.. sebab ada sesuatu yang dah menjadi rutin saya untuk lakukan setiap hari.. dan tiba tiba..
saya hilangkan.. saya tinggalkan.. jauh dari saya.. hahaha.. 
tak sabar.. nak pergi sekolah esok.. ambil balik handphone tu.. saya betul betul rindu :')
btw, saya baru sahaja selesai untuk menyiapkan kerja Muet yang perlu di submit kan esok.. 
hahaha.. disebabkan kecelaruan yang melampaui batas.. satu kerja pon tak boleh nak hadam dalam otak..
ok.. rasanya.. itu je yang saya nak post untuk kali ni.. so, selamat malam :)

jangan berharap pada seseorang...
sedangkan bayang bayang sendiri pon meninggalkan kita menjelang malam..

i'm strongly believe..


why do i feel like i wanna cry so much for no apparent reason? :'(
stop lying to yourself munirah!
hmm.. "Be strong" - the phrase that's easy to say but a hard to do


Saturday, 4 August 2012

teh o ais limau


assalamualaikum.. ok.. actually, kali ni short post.. sebab sedang menyiapkan essay.. uhhuuukkkk.. short post lagi *sigh* =="
hmm, sebenarnya nak menyatakan hasrat bahawasanya.. kini, saya terluka T___T sobbb sobbbb
baiklah, kebelakangan ni.. saya dah jarang mengambil gambar.. ini kerana.. saya ingin mengejutkan anda dengan rambut baharu.. rambut raya laa kunon.. niat di hati nak volume kan siket rambut.. sebab nak merasa rambut kerinting..
namun begitu, *skema pulak kau! baling tembikai lima bijik* akibat untie yang degil tu.. tak mahu dengar betul betul.. menyebabkan rambut saya sama seperti tahun lepas.. :'( sedihhhh ohhhh.. macam tak ada beza..
layer yang paling panjang ialah layer yang paling pendek sebelum ni.. menyesal tak take pic sebelum gunting rambut.. kalau tak, mesti awak semua nampak perbezaan ketara dia :'(
bak kata adik saya

"kakak, rambut kakak.. err.. pendek daripada tadi.. kalau tak sampai pinggang kan?"

huwaaaaaaaa!!
kalau pendek macam ni, memang tak merasa laaa rambut kerinting untuk raya.. 
hmm.. tak apa laa.. benda dah jadi.. moral of the story, jangan gunting rambut.. kalau rasa nak simpan rambut panjang :'(
bersyukur apa yang ada.. kedua dua gambar ni, ialah gambar sebentar tadi
*sama macam tahun lepas punya gambar* T______T



Friday, 3 August 2012

wilayah yang tercinta :)

assalamualaikum..
baiklah.. sebenarnya pagi yang mulia ni *jumaat!*
saya akan beri sedikit maklumat tentang lagu Wilayah Persekutuan :)


 ini lagu lama(2010).. sesungguhnya, lagu ni memang high not.. even saya ni pon tak berani nak menyanyi.. sebab kalau menyanyi betul betul.. sure kuat dan kena gelak *sigh*

tetapi.. lagu yang baru ni.. hmm.. ok! HAHAHA :)
so, saya decide untuk buat as my alarm clock untuk lagu ni :) *peace!*


Thursday, 2 August 2012

free!


ehemmm..
assalamualaikum ^__^
ok.. please ignore gambar di atas, dan focus pada cerita yang saya nak ceritakan pada hari ni *muka serious*
hmm.. :)
hahaha.. tak ada apa pon sebenarnya.. just, hari ni bahagia siket.. semua assessment dah siap.. saya siapkan kat sekolah.. 
"wahhh rajin laa munirah ni.. syabas syabas!" *tersenyum malu*
lol :P #puji diri
so, saya isytiharkan kejayaan ini dengan minum susu HL dan makan Twisties sewaktu belajar.. lalalala~
hahahaha :D
btw, saya nak awak semua doakan supaya Malaysia berjaya.. sebab.. saya nak makan Baskin Robbins percuma untuk rabu depan.. HAHAHA *muka jahat*

Free Baskin Robbin next Wednesday if Malaysia wins gold in Olympic. Go  go!

pagi yang dingin

assalamualaikum.
selamat berpuasa dan bersahur wahai makcik pakcik atuk nenek adik akak abang
hehe..
ok.. short post untuk pagi ni.. *2nd August 2012*
sambil melatarkan lagu A Thousand Years - Christina Perri
alahaiii.. awat mu ni? hahahaha
puasa yang ke-13
sambil mata menjeling jeling ke arah twitter..
otak ligat memikirkan tentang assessment sejarah
akhirnya, saya buat juga post untuk pagi ni.. permulaan hari :)
sebenarnya, tak ada apa yang saya nak tulis.. bukan sebab ketandusan idea *nehiii nehii nehii*
tetapi
kerana atas dasar dan erti rindu :')
btw, untuk pengetahuan awak.. 
facebook saya sudah kembali deactivate.. atas sebab sebab tertentu *menahan diri dari terlalu addicted* ^___^:
ok.. barangkali, itu sahaja yang mampu saya cakap tulis type untuk pagi yang dingin ini
selamat pagi dan assalamualaikum



Wednesday, 1 August 2012

2nd August 2012

short post! :)
saya akan pastikan.. saya akan tengok cerita ni..
sekian terima kasih
dari saya nur munirah mazzuki ^__^


pmr candidates 2012 :)



Genuine success comes only to those who are ready for it.. May Allah succeed you in every exams.. Good Luck :) 


mere


assalamualaikum..
 heyy, awak awak.. rasa macam dah lama tak update blog.. kan? 
rindu.. ye saya rindu awak.. *nanges* T____T
hahaha.. ok, lupakan.. dah berapa hari ehh tak update blog? hmm.. satu dua tiga empat okbai! malas nak kira :P
sebenarnya, saya baru lepas study, siapkan assessment, buat nota.. homaii.. baju tak gosok lagi.. dan perlu sambung study :')
banyaknya tugasan dalam satu masa -__-"
ok, sebenarnya.. saya rasa nak ceritakan sedikit tentang rutin saya baru baru ni..
habis je waktu sekolah, normally.. ada jamming.. 
selepas itu, balik rumah.. on air-cond dan kipas, mandi, solat dan terus buka buku.. study
5-6.. biasanya, tidur.. hahaha..
selepas tu, dengar lagu.. check 'to do list' untuk malam.. 
berbuka dan mula study balik dari pukul 8.. pukul 10-11 waktu untuk rest dan gosok baju..
selepas tu, sambung study dan tidur :)
*kenapa banyak sangat waktu study ni =,="*
ok.. rasanya, disebabkan jadual yang agak padat, masalah yang tak pernah habis dan cuaca yang terlalu dan teramat panas ini telas menyebabkan migrain datang berlari lari, berkejaran.. *unsur hiperbola yang melampaui batas* =..="
hahahahha.. ok.. so, cara yang mampu saya fikir untuk tenangkan fikiran untuk sementara waktu ni.. hanyalah dengan cara.. errr.. makan ubat -__-" terpaksa! haa.. kalau migrain dan tak dapat kawal.. sure sure laa boleh demam.. tak mahu! saya nak pergi sekolah *saya si budak nerd*
disebabkan migrain yang terlalu kerap.. semalam, mama paksa untuk pergi clinic dan ambil balik ubat tu.. -__-" dan seperti biasa.. ubat tu. kesan dia 8 jam.. so, waktu dalam kelas.. rasa macam.. kerusi nak terbalik kebelakang akibat mengantuk yang teramat sangat.. lol :P tapi, setakat ni.. alhamdulillah.. tak tertidur pulak dalam kelas.. *saya ada ilmu kebal* hahaha.. 
cuma, waktu bercakap dan melayan kanak kanak ribena dalam kelas tu.. semakin berkurangan.. HAHA
sebab tak larat nak cakap dan terasa nak muntah akibat pening yang terlampau..
ohh.. maafkan saya.. dan kebelakangan ni, saya berpelakuan agak pelik bin aneh bin weird bin awkward lol :P hahaha.. 
ok.. rasanya, itu je yang mampu tulis untuk setakat ni *scroll ke atas, macam panjang je post kali ni*
hahaha.. bye :)