SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Sunday, 30 September 2012

dengarkanlah :)


makna lagu ni! :) ouchh.. melting~

Blue :)



When winter ends and spring comes, we wither
In longing, my heart is bruised
I’m singing my blues used to the blue tears blue sadness
I’m singing my blues love that I let go to the drifting clouds
Same sky, different place, it’s dangerous for us so I’m letting you go
From lovers to strangers. It’s cowardly, but I’m hiding because I’m worthless
No words, not even those made out of love, can comfort a cruel parting
This is probably the last melo in my life

I met you and loved you to death
My heart is stained blue and frozen, I can’t feel you even when I close my eyes
When winter ends and spring comes, we wither
In longing, my heart is bruised 
I’m singing my blues used to the blue tears blue sadness
I’m singing my blues love that I let go to the drifting clouds
It feels like my heart stopped, the war ended but you and I are still frozen in that place
The trauma is inscribed in my mind, once my tears dry, hopefully I’ll remember my love
I’m not in pain, I’m not lonely, happiness is simply talking to myself, and I can’t stand anything more complicated

I don’t care, I’m ok. People, who can’t do anything about it, wander here and there
I met you and loved you to death
My heart has stained blue and frozen, you left but I’m still here
When winter ends and spring comes, we wither
In longing, our hearts are bruised
I’ll fall asleep under the blue moon all alone again tonight
Even in my dreams, I’ll be looking for you, singing this song

I’m singing my blues used to the blue tears blue sadness
I’m singing my blues love that I let go to the drifting clouds
I’m singing my blues used to the blue tears blue sadness
I’m singing my blues love that I let go to the drifting

30 September 2012
7.30pm

severely



assalamualaikum..
pada petang yang indah dan redup ini *setelah panas untuk beberapa ketika*
saya rasa ada sesuatu yang saya ingin kongsikan..
dan saya harap dia akan baca.. kepada awak awak yang tidak terlibat.. boleh tutup mata dan pergi pada post yang lain..
cerita ini berkisar tentang seseorang yang secara teorinya adik angkat saya.. trolololololooo~ :p
yes, adik!
dalam hidup saya, lelaki yang pernah hadir dan dekat dengan saya tak ramai.. antaranya ialah dia..
hmm.. saya pon tak tahu nak mulakan dari mana..
sebenarnya, saya terfikir nak post kan sesuatu tentang dia setelah beberapa kali mama dan adik bertanya tentang dia..
saya kenal dia sewaktu saya di tingkatan empat, awal tahun.. semuanya bermula dari tahun itu -__-" kenapa semuanya jadi satu kebetulan.. haihhh~
baiklah, saya teruskan.. jarak umur kami jauh.. kan? yes! rasa macam sangat jauh.. 3 tahun.. hahahaha..
pada mulanya, saya tak pernah berniat untuk mengenali dia.. tapi, setelah beberapa kali dia menghulurkan salam perkenalan.. akhirnya, saya sambut salam itu sebagai satu permulaan untuk menjadi sahabat..
macam biasa.. pada sesiapa yang tak boleh bertahan dengan perangai saya.. pasti akan pergi dan menghilangkan tanpa khabar berita
tetapi, dia agak lain.. pada mulanya, ketika dia menyatakan hasrat untuk menjadi adik angkat..  saya rasa macam pelik.. mampu ke saya nak menjadi kakak yang baik untuk seorang lelaki..
beberapa bulan kemudian, kami sah menjadi adik beradik angkat.. *ayat kau macam apa je*
baru baru ini, dia telah mengatakan lagi tentang sesuatu.. perkara yang berulang kali.. mungkin juga dia keliru dengan perasaan dia.. dan akhirnya saya jawab..

mungkin, kita tak akan dan tak boleh menjadi seorang kakak yang baik untuk adik.. mungkin juga, suatu hari nanti, kita akan tinggalkan adik lagi tanpa khabar berita.. kalau pekara itu terjadi jadi lagi.. akak minta maaf.. semuanya memang salah akak.. dan yang paling penting.. sahabat, adik angkat dan cinta adalah perkara yang jauh berbeza.. harap adik faham..

saya rasa bersalah sangat.. sangat!
banyak yang saya telah lakukan pada dia.. dan mungkin terlalu menyakitkan hati dia.. 
tapi, dia tak pernah jemu untuk cari saya.. berharap dan terus berharap..

dia terlalu baik dan saya tak sanggup nak buat sesuatu yang boleh melukakan hati dia.. dia seperti mempunyai banyak masa untuk saya.. dia terlalu menjaga hati dan perasaan saya.. tetapi, hakikatnya saya terus menerus melukakan hati dia.. hmm.. hati saya tak boleh dipaksa untuk mencintai seseorang yang saya tak pernah terfikir untuk menyayangi.. harap dia faham..
saya tidak pernah mencari lelaki yang sempurna.. lelaki yang ada ketika saya terluka.. tetapi, saya mencari lelaki yang boleh menjadi ubat dan penawar ketika hati saya terluka.. dan orang itu bukan dia.. saya tak nak menjadikan dia sebagai pilihan dalam hidup saya.. dia lebih berhak untuk berjumpa dengan orang yang lebih baik..

mencintai seseorang bukan sama seperti mengasihi seseorang.. cinta tak seharusnya diperjudikan.. sekiranya perasaan itu terus hadir, salah seorang perlu mengundur diri.. 

malam yang panjang

assalamualaikum..
baiklah, seperti yang awak semua nampak dan lihat..
blog saya sudah berubah wajah.. yesss! ianya memang agak simple dan tak cantik T___T
tapi, ini yang termampu.. hahahahaha :)
sebenarnya, saya membuat tindakan drastik ini adalah kerana..
semalam, seseorang telah menelefon saya dan beliau bercerita tentang blog saya
*ingat tiada orang yang baca selain daripada pakcik.. rupa rupanya -__-" menyeasal tak update blog betul betul*
ok, lupakan! beliau kata, ada sedikit masalah dengan blog itu.. err.. saya pon tak tahu apa yang masalah nya.. tapi, apa yang penting.. selepas study tadi.. saya telah mengambil satu inisiatif untuk mengubah wajah blog ini.. haaa.. 
apa yang penting..
cuma satu yang saya ingin katakan sekarang..
saya tidak boleh tidur dan sekarang jam sudah menunjukkan hampir jam 7 :'(


Thursday, 27 September 2012

awak, saya risau :'(

assalamualaikum..
nak tahu sesuatu? tadi.. habsah jatuh -__-"
saya ingat biasa je.. so, saya suruh dia naik bas.. but.. :'(
baiklah baiklah.. mesti awak awak tak faham kan?
saya cerita semula *sigh*
dikala saya, nazihah dan habsah berjalan.. menuju ke tempat perhentian bas kami..
setibanya disana.. kami pon tunggu laa bas.. lama ouhhh~ -__-"
beberapa minit kemudian.. bas sampai.. kami berjalan menuju ke arah bas.. sedang saya menyanyi nyanyi dengan hati yang riang..

"patah seribu hatiku.. bila mengenangkan segalanya kita bina.. bersama......."
*kedebukkkkk!!!!!!*
"errr? habsah? macam mana boleh jatuh?" -saya-
"haa.. tak tahu.. melly, kaki aku.." -habsah-
*saya turun dari bas*
"bertz? kau ok tak ni? hmm.. pakcik, abang saya rasa baik jalan dulu.. kawan saya jatuh ni" -saya-
"tadi bukan kau belakang aku ke?" -nazihah-
"aku tak tahuu" -habsah-
"adik, naik jelaaa.. tak apa.. abang tunggu.. bagi kawan adik berdiri dulu"-dreba bas-
"melly, aku tak boleh gerakkan kaki ni.." -habsah-
*nazihah pegang tangan habsah*
"korang pergi laa dulu.. aku balik dengan makcik aku nanti" -habsah-
"pakcik, abang jalan dulu.. saya tunggu kawan saya"-saya-
*bas RapidKL U6 pon pergi meninggalkan kami*

waktu tu.. habsah tak boleh bergerak.. dia dah start nak menangis.. ouhhh goshhh! saya tak reti tenangkan hati orang T___T
drama tu berlaku agak lama.. kami duduk hampir di tengah jalan =,="
saya dan nazihah tak tahu macam mana nak angkat habsah.. so, kami suruh habsah lompat lompat pergi duduk tepi jalan.. *part yang kelakar!*

"bertz.. kau comel.. macam rabbit! :) dah dah.. jangan menangis.. aku tak suka tengok kawan aku menangis"

tapi, waktu tu.. habsah still menangis.. memang saya tak tahu nak buat apa..

"habsah.. nak aku urutkan kaki kau ke?" -nazihah-
"jangan! aku takut.. kalau urut jadi lagi teruk.. jangan jangan.. biar..  bertz, nak aku call siapa ni? mak kau?" 
"jangan jangan.. call makcik aku.. mak aku jaga budak UPSRA"

*saya pon mula laa calling calling dengan makcik habsah*

hampir setengah jam juga nak tunggu orang yang boleh jemput habsah balik..
sebenarnya, saya bukan apa.. tak kisah sangat pon.. *yeke? tapi muka kau lebih pucat tadi* -__-"
cuma, apa yang buat saya takut.. kaki yang sakit tu ialah kaki kanan dia yang dia pernah operate dulu..
waktu dia menangis, saya pon rasa macam nak menagis.. haishhh.. luluh betul hati bila tengok kawan kita menangis.. tapi tak kan nak menangis jugak kan? mesti laa dia lagi kuat menangis nanti..
so, sepanjang masa tunggu orang yang bakal jemput dia.. saya pon bersembang sembang dengan habsah.. gelak gelak.. dan lain lain supaya dia boleh lupa sekejap sakit kaki dia tu..

situasi pada waktu malam :
habsah text.. dan ayat dia buat saya rasa macam nak pengsan doploh hari =,="

Mel , aku okay . Doc cakap kaki mungkin patah sikit . Tapi dia tak sure . Dia kata kena check pakar dulu . I got 7 day mc . hewhew . jangan risau aku okay .

gila kau habsah! MUNGKIN PATAH SIKIT?!! whattt?! are you kidding me? kau macam rileks je.. habsah.. jaga laa diri baik baik.. jangan laa sakit sakit.. aku risau laa.. hmm.. nanti, hari minggu.. aku datang rumah kau.. hantar buku untuk kau.. kalau kau tak dapat datang untuk trial, kau tetap kena baca buku tau.. janji! :( jaga diri..
aku bakal merindui kau


-kaki habsah dah jadi besar macam giant- :'(

Monday, 24 September 2012

dari mata dan suara hati :)

assalamualaikum!
dan happy monday! lalalalalala~ *lompat lompat*
baiklah, sebenarnya saya baru sahaja pulang dari sekolah.. walaupun awak awak tak tanya, tapi.. kisahh apa.. blog saya kan? bukan blog awak awak ponn.. *jeling pakcik* =,="
hari ini, seperti biasa.. sungguh panas dan memenatkan.. kelas habis pukul 2.30 T__T
walaupun tiada perhimpunan.. tetapi, bahang perhimpunan tu ada juga terasa apabila kami disuruh oleh cikgu cikgu untuk membuat okestra pagi yang merdu lagi menyedapkan untuk menjadi halwa telinga -__-"
kami kena berdiri punya laa lama.. berabad rasanya..
kadang kadang, saya rasa.. cikgu ni terlupa kot yang kami berdiri sepanjang waktu cikgu bagi pengumumam.. penat nya. hanya Allah je yang tahu.. dengan tugasan pagi, kena cari anak buah untuk ambil tandatangan lagi.. haaa..
sesak! 
dan apa yang lebih menyesakkan kepala ialah..
tadi kami.. *drum roll*
ada test PENGAJIAN AM :)
alhamdulillah, saya dapat jawab.. sebab malam tadi saya sempat buka, ngorat, bercinta dan dating dengan buku serta kertas model.. entah apa mimpi malam tadi.. habis 6 set saya buat.. wewitttttttt~ *muka bangga* :))
hohohoho.. walaupun test ni dibuat secara mengejut.. tapi, rasa macam boleh jawab dengan tenang.. sebab ada laa sikit input tentang PA *input = 2%
baiklah.. lupakan tentang test.. hari ini saya nak berkongsi sedikit maklumat yang telah diberikan oleh Pn. Nor kepada kami kami tadi..
ehemmm ehemmmmm..

"sesuatu yang datang tanpa diundang dan perginya tidak dihalang ialah sesuatu yang dinamakan sebagai
CINTA"
"Cinta merupakan puncak dari kasih dan sayang"

baiklah.. itu adalah apa yang cikgu cakap kepada kami.. saya tukang menyalin sahaja.. kerana, budak budak kelas paksa saya update blog untuk tulis ayat ayat ni.. *cehhh.. bukannya tengok pon diorang tu* -__-"
mungkin, kalau saya ada masa.. lain kali, saya akan bercerita tentang Pn. Nor.. 
lain masa.. sebab tangan saya dah rasa terlalu + teramat penat.. masa untuk melabuhkan tirai :P
assalamualaikum dan selamat malam :)


dalam kereta, dengar lagu ni.. best! wanna - lepaskanlah :)

Saturday, 22 September 2012

roly poly :)

assalamualaikum..
haaa.. tiba tiba rasa rindu kat blog ni... huuuu :')
baiklah, sebelum sebelum ni.. saya terlalu + teramat busy dengan latihan, jamming dan sebagainya..
dengan tutorial class, study group dan lain lain telah membuatkan saya terpaksa balik dari sekolah lambat dari biasa *luar biasa lambatnya*
penat ouhhhhh.. *sigh*
tapi nak buat macam mana.. haaaa :))
baiklah, mungkin hari yang dinanti nanti telah tiba.. hee :P
esok, majlis perpisahan pra u
kalau nak datang jumpa saya boleh juga :)
selepas sekolah *sekolah ganti saya akan berada di Hotel Dynasty, Kuala Lumpur
Hi-Tea kat sana *lompat lompat*
haaa.. esok, ada dua persembahan yang saya akan buat
lagu pertama : somebody that i used to know by gotye
lagu kedua : count on me by bruno mars boffie saya *tutup muka*
dan... untuk pengetahuan semua.. tema esok adalah RETRO STYLE *roly poly roly roly poly*
ayuh kita main cucukcucuk bintang! hahahahaha lolme :P
and seperti biasa.. saya memang tak ada pakaian yang sesuai.. dan saya tidak reti berfesyen bagai.. so, saya terpaksa...
sobbb sobbb T___T
actually, tadi try pakai baju yang dah beli hari tu.. walaupun dia tak nampak retro.. tapi ada unsur polka dot uhh.. haa.. kira ok laaa :P
haa.. tak tahu nak matching dengan apa baju tuuuu.. haaa.. someone, please help me!
rasa macam nak call adik.. nak tanya, mana dia letak semua tudung dia.. adoiiiii
*inilah balasan orang selalu menangguhkan kerja*
btw, tadi.. selepas study dan bermain game.. saya decide untuk try baju tu.. just nak cari gaya retro.. habis semua barang mama and papa saya punggah.. and finally.. dapat satu gaya *padahal banyak, tapi ini yang paling retro :)
tapi, esok.. saya tak pakai macam tu pon..
walaubagaimanapun, pada ketika ini.. saya masih tidak mampu untuk melelapkan mata.. gementar mungkin.. hmmm -__-"
baiklah, rasa saya perlu gosok baju sekarang.. so, selamat malam! :)




Wednesday, 19 September 2012

romeo and juliet :)

assalamualaikum :)
selamat petang semua.. rindukan saya? ohhh.. saya tahu tu *padahal tak ada orang baca pon blog ni* -__-"
ok, syok sendiri tu seronok tau! hahaha.. tak mengapalahhh..
baiklah, munirah, dulu kan.. saya suka sangat dengar lagu Liang Shan Bo Yu Zhu Li Ye.. best! *monolog sendirian*
hahahahaha.. back to normal :))
lagu tu.. (Liang Shan Bo Yu Zhu Li Ye)
sumpah sedap! makna dia.. awwww.. melting~
hewhew lol :P
dulu kan, saya selalu nyanyi lagu ni.. tapi bila saya nyanyi je.. orang kata sedap sangat! orang buat muka pelik.. err.. saya nyanyi macam lagu jawa ke? hahahahahahaha :) harap maaf~
saya rasa.. nanti kalau ada masa.. awak patut dengar.. tak rugi..
kalau dengar banyak kali, mesti awak boleh hafal :)
dekat bawah ni saya sertakan lirik yang telah ditranslatekan dan video lagu ni.. saya so, enjoyyyyyyyy! :))
mimpi indah malam ini 




Let my heart sing a song just for you
The lyrics are blissful
But I am too shy to say the words ‘I love you’
Why have you still not spoken
No wonder you don’t understand my heart
No matter what method you use to make it clear
I will say to you that I am willing
all the words that can be said
Only one phrase can really represent what my heart wants to say
all the words that can be said only this phrase is capable of letting us be together
I love you for you are my juliet
I am willing to change into your ‘liang shan bo’ (‘Chinese’ Romeo)
Fortunate during the day and romantic during the nightNever let love go for I love you
I love you for you are my romeoI am willing to change into your ‘zhu ying tai’ (‘Chinese’ Juliet)
Fortunate during the day and romantic during the night
the beautiful love that we share will bless our future

Monday, 17 September 2012

aku dan malam

awan yang berarak,
hadir dan menutupi bulan itu
bulan yang indah
walaupun ianya hanya kelihatan samar
seperti ingin bersembunyi 
dan melarikan diri dari aku, si pencinta bulan
ku sangkakan ku mampu menikmati keindahan pemandangan itu
tetapi
hujan yang hadir menemani malam malamku yang dingin
tatkala pena dijari menari nari diatas kertas
ku terfikir
alangkah bertuahnya aku kerana 
aku masih diberi peluang daripada Dia untuk menikmati keindahan dunia
walaupun malam malamku kini hanya ditemani malam yang suram
tetapi aku tahu,
ada suatu ketikanya
aku akan dapat melihat cahaya keindahan itu
suatu hari nanti :')

9.30pm
17 Sept 2012

assalamualaikum
mesti macam pelik kan kenapa tiba tiba malam ni bersajak bagai
lol :P
aku ni minah yang brutal tapi ada taman bunga di hati *tutup muka*
sebenarnya, tiba tiba je ni.. secara tak sengaja.. waktu tengah study ekonomi.. tiba tiba ada idea.. hahahaha
walaupun ayat dia macam apa je.. tapi, tak apa laa.. hohoho :))
mungkin sajak ni berkisar tentang apa yang aku rasa sekarang ni..
kehidupan aku cukup bahagia, tapi ada sesuatu yang menjadi mimpi ngeri aku
aku berharap bila aku bangun tidur esok.. semuanya akan jadi seperti sedia kala
tak ada pergaduhan :'(
aminn~



"Almost Lover"


lagu ni! awesome gila.. saya rasa saya jatuh hati dengan bunyi piano dia dan suara dia yang sangat lembut.. goshhhh!admire sangat!



Your fingertips across my skin
The palm trees swaying in the wind
Images

You sang me Spanish lullabies
The sweetest sadness in your eyes
Clever trick

I never want to see you unhappy
I thought you'd want the same for me

Goodbye, my almost lover
Goodbye, my hopeless dream
I'm trying not to think about you
Can't you just let me be?
So long, my luckless romance
My back is turned on you
I should've known you'd bring me heartache
Almost lovers always do

We walked along a crowded street
You took my hand and danced with me
Images

And when you left you kissed my lips
You told me you'd never ever forget these images, no

I never want to see you unhappy
I thought you'd want the same for me

Goodbye, my almost lover
Goodbye, my hopeless dream
I'm trying not to think about you
Can't you just let me be?
So long, my luckless romance
My back is turned on you
I should've known you'd bring me heartache
Almost lovers always do

I cannot go to the ocean
I cannot drive the streets at night
I cannot wake up in the morning
Without you on my mind
So you're gone and I'm haunted
And I bet you are just fine
Did I make it that easy
To walk right in and out of my life?

Goodbye, my almost lover
Goodbye, my hopeless dream
I'm trying not to think about you
Can't you just let me be?
So long, my luckless romance
My back is turned on you
I should've known you'd bring me heartache
Almost lovers always do

cerita tentang dia:)

assalamualaikum
hari yang sangat panas dan memenatkan *sigh*
tetapi, didalam fikiran saya pada ketika ini.. hanyalah satu..
baiklah, mungkin.. hari ni adalah hari yang paling sesuai untuk saya post kan perkara ini..
benda yang agak lama telah berlalu.. tetapi, rasa seperti baru sahaja semalam ianya terjadi :')

17 September 2012

sebenarnya, ada sesuatu yang saya nak postkan.. walaupun benda ini dah lama dan agak lapuk.. *lolme* :P
tetapi, apabila saya merasakan seperti tiada sesiapa yang akan membaca blog ini.. saya rasa seperti tidak salah sekiranya saya post kan sesuatu yang dah lama saya save kan di dalam draft -__-"
hahahahaha.. lama sangat! 
mungkin post ini bakal menjadi post yang ter. paling. amat. panjang.. tetapi, tidak mengapa..
ini sekadar kenangan saya dan dia.. mungkin juga sekiranya sesuatu telah terjadi dan saya telah lupa ingatan atau nyanyok.. cucu cicit saya akan tunjukkan blog ini.. hahahahah MEREPEK! *tiada sesiapa pon yang bacakan?*
sebentar.. saya nak copy paste semula post yang saya telah save :)

*2 minit kemudian*

saya dah jumpa! *dancing*
ini ialah post pertama yang saya buat selepas semuanya telah terjadi :') *saya save perkara ini selepas beberapa jam perkara itu terjadi*

kini, segalanya telah berakhir dan saya kena terima hakikat dan lupakan dia :')
munirah, awak tahu tak.. sepatutnya awak perlu berterima kasih kepada dia.. kerana dia telah banyak mengajar awak tentang erti kehidupan..
mungkin sekarang juga awak perlu..

belajar untuk melupakan orang yang kita pernah sayang
belajar untuk tidak mencintai seseorang dengan sepenuh hati
belajar untuk bekerjasama dengan minda dan bukannya hati
belajar untuk meneruskan perjalanan hidup
belajar untuk tidak mengambil tahu tentang dia
belajar untuk tidak terlalu percaya pada seseorang walaupun kita benar benar mencintai dia
belajar untuk tabahkan hati
belajar untuk tidak terlalu membenci dan terlalu mencintai
belajar untuk terima hakikat yang semuanya berakhir
belajar untuk melupakan semuanya tentang dia
belajar untuk berhenti dari terus mencari dia
belajar untuk menerima hakikat yang dia sudah jauh meninggalkan kita

walaupun semua proses itu akan membuatkan hati ini terus menerus terluka.. tapi awak perlu belajar untuk sesuatu perkataan baharu dalam kamus hidup awak.. iaitu
"move on"

hahahaha.. mungkin. waktu tu.. saya tak dapat menahan perasaan saya..
saya hanya menaip apa yang saya fikirkan..
setelah sekian lama saya tidak bercerita mengenai hati dan perasaan.. tetapi.. hari ni, saya bercerita tentang dia

kawan kawan saya pernah cakap

"munirah, aku tak sangka yang aku tak sekuat kau"
"kau macam tak sedih je? or kau memang tak ada perasaan dengan dia?"
"mell, kadang kadang apa yang kau rasa buat aku takut"
"kau tak menangis ke mell? dia kan first love kau"

hahahahaha.. itu antara soalan yang memang tak masuk akal..
siapa kata saya kuat? siapa yang kata saya tak sedih? siapa yang cakaap saya tak rasa apa apa?
tipu laaa kalau saya yang cakap semua tu..

dear kawan,
awak pernah rasa tak macam mana perasaan kecewa sehingga tidak mampu berbuat apa apa?
memang saya mengaku yang saya tidak pernah menangis diatas jalan cerita yang berakhir dengan tiba tiba..
tetapi.. awak tahu ke apa perasaan saya?
kecewa, kecewa yang teramat sangat sehingga saya tak mampu menangis..
awak kata saya kuat?
tidak, hakikatnya.. malam tu.. jantung saya berdegup terlalu laju.. terlalu pantas sehinggakan saya sukar untuk bernafas.. saya menggigil dan badan saya terasa sangat sejuk..
kalau betul awak kenal dan awak kawan saya.. mesti awak tahu macam mana keadaan saya ketika saya terlalu sedih dan takut? kan? :)
hmm.. semua itu saya pendam sendiri..  saya cuba menganggap yang tiada apa apa yang berlaku.. hakikatnya, sepanjang malam tu saya tak dapat memejamkan mata.. awak tahu?
beberapa minggu yang pertama.. saya tak dapat melupakan dia.. walaupun pada ketika itu saya cuba sedaya upaya untuk melupakan dia.. bayangan dia ada di mana mana.. itu yang awak cakap saya kuat?
hahahahaha.. mungkin awak silap orang.. dan mungkin juga awak terpedaya dengan apa yang awak nampak..

dulu, saya terlalu sayangkan dia.. sangat!
tetapi, kini.. tidak lagi.. setelah kami menjadi sahabat.. semua rasa tu saya simpan jauh jauh.. kalau boleh saya tak nak rasa suka atau cinta atau sayang itu hadir lagi dalam diri saya..
saya perlu menjaga hati pelbagai pihak.. saya faham, bagaimana perasaan si dia.. saya pernah laluinya :') dan ianya terlalu sakit..
saya percaya sekiranya kita mencintai seseorang kita perlu percaya bahawa suatu masa nanti kita perlu melepaskan dia pergi..
alhamdulillah.. kini, bayangan dia tiada lagi di dalam fikiran saya.. jantung saya tidak lagi berdebar debar sekiranya saya terbaca atau terlihat sesuatu mengenai dia..
saya betul betul menganggap dia sebagai sahabat saya.. hanya sahabat kerana yang berlalu itu hanyalah kenangan dan saya tak mahu merosakkan kenangan itu dengan perasaan saya yang tah apa apa.. hahahaha..
saya bersyukur..
kini, dia telah menjadi sahabat saya :)

kepada pakcik,
pada saat kita menjadi sahabat.. saya telah pulangkan hati awak untuk diberikan kepada orang yang lebih layak untuk menjaganya.. terima kasih kerana awak pernah meminjamkan hati awak untuk saya simpan buat sementara waktu.. saya berharap awak akan sentiasa bahagia dan berjaya dalam hidup.. maafkan saya diatas semua kesilapan dan kekurangan yang saya pernah lakukan kepada awak.. maafkan juga kerana saya   tak mampu untuk melupakan awak kerana awak sahabat terhebat saya :)

Saturday, 15 September 2012

keesokan hari


saya sedih kerana saya terlalu rindu..
rasa macam perasaan ni dah tak dapat dibendung lagi..
tetapi, apa yang saya mampu buat ?
saya perlu faham..
mereka semua ada komitmen masing masing.. 
tak mengapalah..
mengalah :')

Sunday, 9 September 2012

mungkin..



assalamualaikum..
baiklah, saya tahu.. adakalanya menulis blog ini agak membuang masa.. kerana tak ada siapa pon nak tahu kisah hidup saya.. 
tapi itu lahhh, mungkin ianya telah menjadi suatu kebiasaan.. :)
tak mengapalahh.. kita jadikan kebiasaan itu sebagai suatu rutin ok?
hahahaha..
sebenarnya, saya tak ada cerita.. ouhhh mungkin :)
mesti ada yang tertanya tanya *perasan*
kenapa tajuk post kali ini 'MUNGKIN'

ini kerana..... hahahaha.. biar saya sahaja yang tahu..
haaa.. ianya suatu yang sangat mudah..
kemungkinan itu boleh timbul didalam fikiran sekiranya kita tidak mempercayai kewujudan atau kebenaran sesuatu.. 
pada saya, ianya mudah..
"BERTANYA"
pertanyaan mampu merungkai jutaan persoalan dan ke'mungkinan' persoalan juga mampu menjawab 'mungkin' awak tu.. 
faham? hahahahahaa :D
baiklah, saya ingin melabuhkan tirai malam..
assalamualaikum dan selamat malam :)

Saturday, 8 September 2012

welcome to my life

assalamualaikum :')
berhabuk dah blog ni *tiup habuk*
baiklah, rasanya dah lama sangat saya tak buat post terbaru.. dan, seperti yang awak semua tahu..
saya cuma akan post sesuatu sekiranya sesuatu telah berlaku..
sekiranya awak adalah antara orang yang saya paling percaya.. awak MUNGKIN akan tahu mengenai sejauh mana 'kepercayaan saya terhadap lelaki'..
tetapi, apabila awak bertanya tentang mengapa dan sebab saya sukar untuk mempercayai insan yang bernama lelaki ialah.. *tarik nafas dalam dalam*

cerita ini tentang saya, dahulu.. sewaktu saya berumur 9 :') 
dulu, saya seorang budak yang sangat amat suka untuk berkawan dengan lelaki.. sehinggakan kadang-kadang saya terlupa yang saya berlainan jantina dengan mereka.. lol :P
but, suatu kejadian telah berlaku kepada saya dan selepas daripada hari tu.. saya berasa seperti tidak selamat sekiranya berada berdekatan dengan mana mana lelaki *kecuali ahli keluarga
 selepas daripada hari kejadian.. saya mengalami sedikit kemurungan.. mungkin tak dapat terima hakikat kerana gangguan itu betul betul buat saya tak dapat berfikir dengan rasional.. 
yeahhh.. memang tiada apa yang terjadi pada saya.. tapi.. ianya cuma.. tekanan perasaan..
bertahun tahun telah berlalu.. dan akhirnya.. tiba pada hari kelahiran saya yang ke-16 :)
saya ingat lagi kata kata mama pada hari sebelum tarikh lahir saya itu..

" kakak, mama sayang sangat kakak.. mama tahu kakak tak percaya lelaki.. cuma, sampai bila? kakak perempuan.. dan kakak dah besar.. mama tahu yang kakak faham apa maksud mama.. mama bukannya harap untuk kakak berubah 100 peratus.. cuma.. bukak kan sedikit hati tu untuk percayakan orang lain.. bukan semua lelaki sama"

12.00 a.m -19 June 2010
termetrainya satu janji yang tak mungkin saya lupakan..
bersaksikan seseorang yang merupakan antara orang yang saya percaya..
mungkin pada ketika itu, dia akan menganggap saya hanya bermain main.. yeahhh, mungkin
tetapi, saya betul betul maksudkan nya :')

pada ketika itu, banyak perkara yang berlegar legar dalam fikiran saya..
terutama sekali.. cerita mengenai sahabat saya.. izwan dan irwan.. mereka kembar tidak seiras :)
ok, mungkin dalam ramai ramai kawan saya.. saya rasa.. mereka adalah salah satu watak dalam cerita saya..
 sejujurnya, saya berasa sangat bersalah pada mereka berdua.. mungkin cara saya untuk menjauhkan diri daripada mereka akan menunjukkan yang saya terlalu kejam.. cuma, pada waktu tu saya tak tahu apa cara yang terbaik untuk saya lakukan.. bukannya saya tidak mempercayai mereka.. tapi, naluri saya untuk membenci lelaki melebihi daripada apa yang saya percaya..
maafkan saya :'(

baiklah, untuk pengetahuan awak.. selepas daripada tarikh 19 june 2010.. saya terlah berusaha untuk merubah kepercayaan saya terhadap lelaki.. dan, walaupun tidak sepenuhnya berjaya.. tetapi.. alhamdulillah.. :)

namun begitu, peristiwa yang berlaku dalam beberapa bulan ini telah membuatkan saya semakin keliru.. hmm.. entah lahh.. kejadian yang sama telah berulang kembali.. dan kerap berlaku.. di kawasan sekolah..
seperti kejadian petang tadi..
saya rasa walaupun kita berada dalam satu kumpulan yang ramai.. ia tetap juga bahaya sekiranya semuanya adalah perempuan.. kini, saya sedar kepentingan untuk berada berdekatan dengan seseorang yang boleh melindungi kita..
mungkin, ini adalah salah satu cara untuk saya menjadi lebih kuat.. Allah beri dugaan yang sama pada saya seperti dahulu.. sekiranya dahulu saya tidak mampu berbuat apa apa.. mungkin, kejadian petang tadi akan membuat saya lebih berani..
doakan saya :')