SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Monday, 17 September 2012

cerita tentang dia:)

assalamualaikum
hari yang sangat panas dan memenatkan *sigh*
tetapi, didalam fikiran saya pada ketika ini.. hanyalah satu..
baiklah, mungkin.. hari ni adalah hari yang paling sesuai untuk saya post kan perkara ini..
benda yang agak lama telah berlalu.. tetapi, rasa seperti baru sahaja semalam ianya terjadi :')

17 September 2012

sebenarnya, ada sesuatu yang saya nak postkan.. walaupun benda ini dah lama dan agak lapuk.. *lolme* :P
tetapi, apabila saya merasakan seperti tiada sesiapa yang akan membaca blog ini.. saya rasa seperti tidak salah sekiranya saya post kan sesuatu yang dah lama saya save kan di dalam draft -__-"
hahahahaha.. lama sangat! 
mungkin post ini bakal menjadi post yang ter. paling. amat. panjang.. tetapi, tidak mengapa..
ini sekadar kenangan saya dan dia.. mungkin juga sekiranya sesuatu telah terjadi dan saya telah lupa ingatan atau nyanyok.. cucu cicit saya akan tunjukkan blog ini.. hahahahah MEREPEK! *tiada sesiapa pon yang bacakan?*
sebentar.. saya nak copy paste semula post yang saya telah save :)

*2 minit kemudian*

saya dah jumpa! *dancing*
ini ialah post pertama yang saya buat selepas semuanya telah terjadi :') *saya save perkara ini selepas beberapa jam perkara itu terjadi*

kini, segalanya telah berakhir dan saya kena terima hakikat dan lupakan dia :')
munirah, awak tahu tak.. sepatutnya awak perlu berterima kasih kepada dia.. kerana dia telah banyak mengajar awak tentang erti kehidupan..
mungkin sekarang juga awak perlu..

belajar untuk melupakan orang yang kita pernah sayang
belajar untuk tidak mencintai seseorang dengan sepenuh hati
belajar untuk bekerjasama dengan minda dan bukannya hati
belajar untuk meneruskan perjalanan hidup
belajar untuk tidak mengambil tahu tentang dia
belajar untuk tidak terlalu percaya pada seseorang walaupun kita benar benar mencintai dia
belajar untuk tabahkan hati
belajar untuk tidak terlalu membenci dan terlalu mencintai
belajar untuk terima hakikat yang semuanya berakhir
belajar untuk melupakan semuanya tentang dia
belajar untuk berhenti dari terus mencari dia
belajar untuk menerima hakikat yang dia sudah jauh meninggalkan kita

walaupun semua proses itu akan membuatkan hati ini terus menerus terluka.. tapi awak perlu belajar untuk sesuatu perkataan baharu dalam kamus hidup awak.. iaitu
"move on"

hahahaha.. mungkin. waktu tu.. saya tak dapat menahan perasaan saya..
saya hanya menaip apa yang saya fikirkan..
setelah sekian lama saya tidak bercerita mengenai hati dan perasaan.. tetapi.. hari ni, saya bercerita tentang dia

kawan kawan saya pernah cakap

"munirah, aku tak sangka yang aku tak sekuat kau"
"kau macam tak sedih je? or kau memang tak ada perasaan dengan dia?"
"mell, kadang kadang apa yang kau rasa buat aku takut"
"kau tak menangis ke mell? dia kan first love kau"

hahahahaha.. itu antara soalan yang memang tak masuk akal..
siapa kata saya kuat? siapa yang kata saya tak sedih? siapa yang cakaap saya tak rasa apa apa?
tipu laaa kalau saya yang cakap semua tu..

dear kawan,
awak pernah rasa tak macam mana perasaan kecewa sehingga tidak mampu berbuat apa apa?
memang saya mengaku yang saya tidak pernah menangis diatas jalan cerita yang berakhir dengan tiba tiba..
tetapi.. awak tahu ke apa perasaan saya?
kecewa, kecewa yang teramat sangat sehingga saya tak mampu menangis..
awak kata saya kuat?
tidak, hakikatnya.. malam tu.. jantung saya berdegup terlalu laju.. terlalu pantas sehinggakan saya sukar untuk bernafas.. saya menggigil dan badan saya terasa sangat sejuk..
kalau betul awak kenal dan awak kawan saya.. mesti awak tahu macam mana keadaan saya ketika saya terlalu sedih dan takut? kan? :)
hmm.. semua itu saya pendam sendiri..  saya cuba menganggap yang tiada apa apa yang berlaku.. hakikatnya, sepanjang malam tu saya tak dapat memejamkan mata.. awak tahu?
beberapa minggu yang pertama.. saya tak dapat melupakan dia.. walaupun pada ketika itu saya cuba sedaya upaya untuk melupakan dia.. bayangan dia ada di mana mana.. itu yang awak cakap saya kuat?
hahahahaha.. mungkin awak silap orang.. dan mungkin juga awak terpedaya dengan apa yang awak nampak..

dulu, saya terlalu sayangkan dia.. sangat!
tetapi, kini.. tidak lagi.. setelah kami menjadi sahabat.. semua rasa tu saya simpan jauh jauh.. kalau boleh saya tak nak rasa suka atau cinta atau sayang itu hadir lagi dalam diri saya..
saya perlu menjaga hati pelbagai pihak.. saya faham, bagaimana perasaan si dia.. saya pernah laluinya :') dan ianya terlalu sakit..
saya percaya sekiranya kita mencintai seseorang kita perlu percaya bahawa suatu masa nanti kita perlu melepaskan dia pergi..
alhamdulillah.. kini, bayangan dia tiada lagi di dalam fikiran saya.. jantung saya tidak lagi berdebar debar sekiranya saya terbaca atau terlihat sesuatu mengenai dia..
saya betul betul menganggap dia sebagai sahabat saya.. hanya sahabat kerana yang berlalu itu hanyalah kenangan dan saya tak mahu merosakkan kenangan itu dengan perasaan saya yang tah apa apa.. hahahaha..
saya bersyukur..
kini, dia telah menjadi sahabat saya :)

kepada pakcik,
pada saat kita menjadi sahabat.. saya telah pulangkan hati awak untuk diberikan kepada orang yang lebih layak untuk menjaganya.. terima kasih kerana awak pernah meminjamkan hati awak untuk saya simpan buat sementara waktu.. saya berharap awak akan sentiasa bahagia dan berjaya dalam hidup.. maafkan saya diatas semua kesilapan dan kekurangan yang saya pernah lakukan kepada awak.. maafkan juga kerana saya   tak mampu untuk melupakan awak kerana awak sahabat terhebat saya :)

No comments: