SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Monday, 24 September 2012

dari mata dan suara hati :)

assalamualaikum!
dan happy monday! lalalalalala~ *lompat lompat*
baiklah, sebenarnya saya baru sahaja pulang dari sekolah.. walaupun awak awak tak tanya, tapi.. kisahh apa.. blog saya kan? bukan blog awak awak ponn.. *jeling pakcik* =,="
hari ini, seperti biasa.. sungguh panas dan memenatkan.. kelas habis pukul 2.30 T__T
walaupun tiada perhimpunan.. tetapi, bahang perhimpunan tu ada juga terasa apabila kami disuruh oleh cikgu cikgu untuk membuat okestra pagi yang merdu lagi menyedapkan untuk menjadi halwa telinga -__-"
kami kena berdiri punya laa lama.. berabad rasanya..
kadang kadang, saya rasa.. cikgu ni terlupa kot yang kami berdiri sepanjang waktu cikgu bagi pengumumam.. penat nya. hanya Allah je yang tahu.. dengan tugasan pagi, kena cari anak buah untuk ambil tandatangan lagi.. haaa..
sesak! 
dan apa yang lebih menyesakkan kepala ialah..
tadi kami.. *drum roll*
ada test PENGAJIAN AM :)
alhamdulillah, saya dapat jawab.. sebab malam tadi saya sempat buka, ngorat, bercinta dan dating dengan buku serta kertas model.. entah apa mimpi malam tadi.. habis 6 set saya buat.. wewitttttttt~ *muka bangga* :))
hohohoho.. walaupun test ni dibuat secara mengejut.. tapi, rasa macam boleh jawab dengan tenang.. sebab ada laa sikit input tentang PA *input = 2%
baiklah.. lupakan tentang test.. hari ini saya nak berkongsi sedikit maklumat yang telah diberikan oleh Pn. Nor kepada kami kami tadi..
ehemmm ehemmmmm..

"sesuatu yang datang tanpa diundang dan perginya tidak dihalang ialah sesuatu yang dinamakan sebagai
CINTA"
"Cinta merupakan puncak dari kasih dan sayang"

baiklah.. itu adalah apa yang cikgu cakap kepada kami.. saya tukang menyalin sahaja.. kerana, budak budak kelas paksa saya update blog untuk tulis ayat ayat ni.. *cehhh.. bukannya tengok pon diorang tu* -__-"
mungkin, kalau saya ada masa.. lain kali, saya akan bercerita tentang Pn. Nor.. 
lain masa.. sebab tangan saya dah rasa terlalu + teramat penat.. masa untuk melabuhkan tirai :P
assalamualaikum dan selamat malam :)


dalam kereta, dengar lagu ni.. best! wanna - lepaskanlah :)

No comments: