SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Sunday, 30 September 2012

severely



assalamualaikum..
pada petang yang indah dan redup ini *setelah panas untuk beberapa ketika*
saya rasa ada sesuatu yang saya ingin kongsikan..
dan saya harap dia akan baca.. kepada awak awak yang tidak terlibat.. boleh tutup mata dan pergi pada post yang lain..
cerita ini berkisar tentang seseorang yang secara teorinya adik angkat saya.. trolololololooo~ :p
yes, adik!
dalam hidup saya, lelaki yang pernah hadir dan dekat dengan saya tak ramai.. antaranya ialah dia..
hmm.. saya pon tak tahu nak mulakan dari mana..
sebenarnya, saya terfikir nak post kan sesuatu tentang dia setelah beberapa kali mama dan adik bertanya tentang dia..
saya kenal dia sewaktu saya di tingkatan empat, awal tahun.. semuanya bermula dari tahun itu -__-" kenapa semuanya jadi satu kebetulan.. haihhh~
baiklah, saya teruskan.. jarak umur kami jauh.. kan? yes! rasa macam sangat jauh.. 3 tahun.. hahahaha..
pada mulanya, saya tak pernah berniat untuk mengenali dia.. tapi, setelah beberapa kali dia menghulurkan salam perkenalan.. akhirnya, saya sambut salam itu sebagai satu permulaan untuk menjadi sahabat..
macam biasa.. pada sesiapa yang tak boleh bertahan dengan perangai saya.. pasti akan pergi dan menghilangkan tanpa khabar berita
tetapi, dia agak lain.. pada mulanya, ketika dia menyatakan hasrat untuk menjadi adik angkat..  saya rasa macam pelik.. mampu ke saya nak menjadi kakak yang baik untuk seorang lelaki..
beberapa bulan kemudian, kami sah menjadi adik beradik angkat.. *ayat kau macam apa je*
baru baru ini, dia telah mengatakan lagi tentang sesuatu.. perkara yang berulang kali.. mungkin juga dia keliru dengan perasaan dia.. dan akhirnya saya jawab..

mungkin, kita tak akan dan tak boleh menjadi seorang kakak yang baik untuk adik.. mungkin juga, suatu hari nanti, kita akan tinggalkan adik lagi tanpa khabar berita.. kalau pekara itu terjadi jadi lagi.. akak minta maaf.. semuanya memang salah akak.. dan yang paling penting.. sahabat, adik angkat dan cinta adalah perkara yang jauh berbeza.. harap adik faham..

saya rasa bersalah sangat.. sangat!
banyak yang saya telah lakukan pada dia.. dan mungkin terlalu menyakitkan hati dia.. 
tapi, dia tak pernah jemu untuk cari saya.. berharap dan terus berharap..

dia terlalu baik dan saya tak sanggup nak buat sesuatu yang boleh melukakan hati dia.. dia seperti mempunyai banyak masa untuk saya.. dia terlalu menjaga hati dan perasaan saya.. tetapi, hakikatnya saya terus menerus melukakan hati dia.. hmm.. hati saya tak boleh dipaksa untuk mencintai seseorang yang saya tak pernah terfikir untuk menyayangi.. harap dia faham..
saya tidak pernah mencari lelaki yang sempurna.. lelaki yang ada ketika saya terluka.. tetapi, saya mencari lelaki yang boleh menjadi ubat dan penawar ketika hati saya terluka.. dan orang itu bukan dia.. saya tak nak menjadikan dia sebagai pilihan dalam hidup saya.. dia lebih berhak untuk berjumpa dengan orang yang lebih baik..

mencintai seseorang bukan sama seperti mengasihi seseorang.. cinta tak seharusnya diperjudikan.. sekiranya perasaan itu terus hadir, salah seorang perlu mengundur diri.. 

No comments: