SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Saturday, 8 September 2012

welcome to my life

assalamualaikum :')
berhabuk dah blog ni *tiup habuk*
baiklah, rasanya dah lama sangat saya tak buat post terbaru.. dan, seperti yang awak semua tahu..
saya cuma akan post sesuatu sekiranya sesuatu telah berlaku..
sekiranya awak adalah antara orang yang saya paling percaya.. awak MUNGKIN akan tahu mengenai sejauh mana 'kepercayaan saya terhadap lelaki'..
tetapi, apabila awak bertanya tentang mengapa dan sebab saya sukar untuk mempercayai insan yang bernama lelaki ialah.. *tarik nafas dalam dalam*

cerita ini tentang saya, dahulu.. sewaktu saya berumur 9 :') 
dulu, saya seorang budak yang sangat amat suka untuk berkawan dengan lelaki.. sehinggakan kadang-kadang saya terlupa yang saya berlainan jantina dengan mereka.. lol :P
but, suatu kejadian telah berlaku kepada saya dan selepas daripada hari tu.. saya berasa seperti tidak selamat sekiranya berada berdekatan dengan mana mana lelaki *kecuali ahli keluarga
 selepas daripada hari kejadian.. saya mengalami sedikit kemurungan.. mungkin tak dapat terima hakikat kerana gangguan itu betul betul buat saya tak dapat berfikir dengan rasional.. 
yeahhh.. memang tiada apa yang terjadi pada saya.. tapi.. ianya cuma.. tekanan perasaan..
bertahun tahun telah berlalu.. dan akhirnya.. tiba pada hari kelahiran saya yang ke-16 :)
saya ingat lagi kata kata mama pada hari sebelum tarikh lahir saya itu..

" kakak, mama sayang sangat kakak.. mama tahu kakak tak percaya lelaki.. cuma, sampai bila? kakak perempuan.. dan kakak dah besar.. mama tahu yang kakak faham apa maksud mama.. mama bukannya harap untuk kakak berubah 100 peratus.. cuma.. bukak kan sedikit hati tu untuk percayakan orang lain.. bukan semua lelaki sama"

12.00 a.m -19 June 2010
termetrainya satu janji yang tak mungkin saya lupakan..
bersaksikan seseorang yang merupakan antara orang yang saya percaya..
mungkin pada ketika itu, dia akan menganggap saya hanya bermain main.. yeahhh, mungkin
tetapi, saya betul betul maksudkan nya :')

pada ketika itu, banyak perkara yang berlegar legar dalam fikiran saya..
terutama sekali.. cerita mengenai sahabat saya.. izwan dan irwan.. mereka kembar tidak seiras :)
ok, mungkin dalam ramai ramai kawan saya.. saya rasa.. mereka adalah salah satu watak dalam cerita saya..
 sejujurnya, saya berasa sangat bersalah pada mereka berdua.. mungkin cara saya untuk menjauhkan diri daripada mereka akan menunjukkan yang saya terlalu kejam.. cuma, pada waktu tu saya tak tahu apa cara yang terbaik untuk saya lakukan.. bukannya saya tidak mempercayai mereka.. tapi, naluri saya untuk membenci lelaki melebihi daripada apa yang saya percaya..
maafkan saya :'(

baiklah, untuk pengetahuan awak.. selepas daripada tarikh 19 june 2010.. saya terlah berusaha untuk merubah kepercayaan saya terhadap lelaki.. dan, walaupun tidak sepenuhnya berjaya.. tetapi.. alhamdulillah.. :)

namun begitu, peristiwa yang berlaku dalam beberapa bulan ini telah membuatkan saya semakin keliru.. hmm.. entah lahh.. kejadian yang sama telah berulang kembali.. dan kerap berlaku.. di kawasan sekolah..
seperti kejadian petang tadi..
saya rasa walaupun kita berada dalam satu kumpulan yang ramai.. ia tetap juga bahaya sekiranya semuanya adalah perempuan.. kini, saya sedar kepentingan untuk berada berdekatan dengan seseorang yang boleh melindungi kita..
mungkin, ini adalah salah satu cara untuk saya menjadi lebih kuat.. Allah beri dugaan yang sama pada saya seperti dahulu.. sekiranya dahulu saya tidak mampu berbuat apa apa.. mungkin, kejadian petang tadi akan membuat saya lebih berani..
doakan saya :')



No comments: