SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Monday, 29 October 2012

ku hanya penghibur jalanan :')


assalamualaikum.
salam rindu dari saya. yang jauh diperantauan *lambai lambai jiran sebelah*
tak banyak yang mampu saya katakan.
cuma kepanasan yang melampau berlaku pada ketujuh tujuh hari *isninnnnnnnnn, selasaaaaaa, rabuuuuuuu, khamisssssssss, jumaatsabtuahad*
hampir tiap masa.
panas berpanjangan.
air berbaldi baldi mandi pon masih tak dapat melegakan suasana.
ice cream kelihatan seperti mencair dengan sendirinya.
sejujurnya..
pening sakit kepala semakin teruk.
rasa macam makan ubat pon tak ada function.
niat di hati nak makan sekali 5 biji je ubat tu. haishhhhh..
pahala tak cukup lagi~
-_____-
pandangan semakin kabur.
selera makan berlari jauh tinggalkan saya.
suhu badan panas. rasa seperti demam setiap hari.
tak mampu nak senyum. sehinggakan ada orang cakap saya moody.
apabila saya berdiri atau duduk terlalu lama.
terasa diri akan berada di awangan.
mungkin cuaca ini terlalu panas.
fliphair~ *senyum*
sebenarnya saya sedang mengulang kaji sejarah sekarang ni. tapi itu laaa.
nafsu menghasut, memujuk diri.
supaya update blog yang usang berhabuk kuno buruk takstyle
mungkin, saya RINDU :')

Note : semoga berjaya kepada sahabat sahabat saya yang bakal dan sedang menghadapi final exam. hidup ini seperti ice cream. sebelum ia mencair, nikmati dan hargailah ia. :)

Saturday, 27 October 2012

saya dan mimpi



tidur semalam.
bermimpkan tentang bintang.
bintang yang terlalu banyak.
cerah, bersinar, berkilau.
tempat yang indah.
seperti selalunya.
bezanya ialah waktu malam.
mungkin juga saya rindukan dia.
dia yang sudah lama menghilang dari mimpi mimpi saya.
dahulu..
dia yang selalu muncul dalam malam dingin saya.
sekiranya saya tahu siapa dia sebenarnya.
mungkin saya tidak perlu tercari cari.
siapakah dia yang sebenarnya.
terjaga dari lena yang sementara.
hanya malam yang kelam menemani.
kebuntuan menyelebungi.
selamat malam mimpi :)

note : pelik. sehingga sekarang saya tak tahu. siapa dia. siapa nama dia. saya hanya tahu itu dia. apabila saya terjaga dari tidur. semua tentang dia. saya akan lupa. kecuali, tempat itu dan bayangan dia. 

Friday, 19 October 2012

pelangi di akhir kata :')

Assalamuaikum..


duhai hati,
tenanglah.
luahkan.
ceritakan.
mengapa perlu ada kebimbangan didalam ketenangan?
sabarlah duhai hati.
pasti akan ada mentari yang bakal menyinari,
kegelapan malammu.


Note : The sky was "crying" heavily. Feel the sadness.





Thursday, 18 October 2012

maafkan saya :'(


tolong lah faham.
aku penat!
terlalu penat.
aku tahu mungkin semua ni salah aku.
tapi tolonglah.
jangan bebankan fikiran aku.
aku merayu :(





Wednesday, 17 October 2012

hujan gerimis, pelangi mendatang :)


assalamualaikum!
siapa rindu saya? siapa rindu saya *buat muka teruja* :)
baiklah, encik, cik, tuan, puan. saya tahu, saya dah lama tinggalkan blog ini. mesti awak semua rindu bukan? *muntah hijau*
tak mengapa lah. yang paling penting. saya rindu blog ini. sangat amat terlalu!
mungkin post kali ini akan dipenuhi gambar dan menyebabkan loading yang terlalu lama.
maafkan saya :')
gambar gambar dibawah merupakan gambar kami sewaktu di FRIM beberapa minggu yang lalu -___-"
ini semua salah mereka! tak upload awal awal. pfttttt~
baiklah, kita mulakan. dari sekarang!

 *mandi ouh mandi manda*

 *antara makanan yang kami bawa*

*senyummmm~*

*masa untuk makan!*

 *saya sedang termenung melihat belon dihujung sana*

*tiba tiba izzati tarik saya dan cuba untuk membuatkan saya basah*


 *gegirls*

*ros dan izzati*

*kami, budak dibarisan hadapan. hujung pintu*

*bersama zuhaimi yang gila lagi annoying*


*ummi yang saiko dan ros yang comel*

*fatin liyana* 

*amy dikelilingi para gadis. lol :P*

*aksi aksi bermain gelongsor*


*antara lelaki yang pergi*

*saya tahu, saya bakal merindui mereka*

*nampak tak siapa yang kelaparan disitu? :P*


*k-pop crew*


*muka kanak kanak yang digigit pacat*

*kami bertiga :)*

 *asmida dan saya*

 *antara yang pergi*

*teruja ea encik amy. NA lah tuuu :)* 

*sila focus gambar belakang. cik izzati yang cantik sedang membuli saya. dia berniat untuk menarik saya ke dalam sungai*


 *semua lelaki, kecuali seorang :P*


*ok, time ni ada sesuatu yang pelik di tangan saya. saya ingat pacat. selamat tak menjerit*

 *ros, asmida, izzati, ummi, saya*


 *khaulah dan fatin liyana*

 *gambar saya dan ummi sangat banyak*

*lihat! kaki siapa dibelakang? :P*

 *gambar yang menarik*

 *selamat tinggal FRIM, semoga kita bertemu kembali*

kebanyakan gambar ini. ditangkap oleh encik zaki. oleh sebab itu, gambar dia tak ada. apa apa pon. zaki sangat annoying sebab kalau diteliti balik. banyak gambar saya. tetapi dalam keadaan yang tidak sedia. mesti dia berniat untuk membahan saya -__-"
*baling tembikai enam biji*
btw, tak dapat dinafikan. gambar gambar yang dia snap, sangat menarik! :)
thanks kepada zaki!

Note : walaupun saya nampak macam makcik yang garang, tetapi hati saya baik *sorok pisau dekat belakang* :)

Saturday, 13 October 2012

hello crush :)



assalamualaikum :)
hari ini saya akan bercerita tentang crush.
crush saya! *tutup muka*
ohhh.. mesti ada sesetengah daripada awak terkejut. sejak bila pula saya ada crush crush ni bagaikan?
haaaa.. sebenarnya saya dah lama ermm.. macam mana saya nak bagitahu ehh?
mungkin, jatuh hati :) *lari belakang almari*
ohhh ohhhh.. nampak tak yang cik munirah mazzuki kita ini seorang yang mengada? goshhhh!
-____-" *sila baling tembikai lima biji*


crush saya.
ehemmm.. dia ni, dia ni.. selalu datang dan pergi tanpa saya duga.
dia macam chipsmore. 
chipsmore yang comel. disebabkan dia, saya jatuh tergolek hati kat dia.
rasa macam nak melutut, nak menjerit bagitahu
"crushhhhh! aku suka kauuuuuu.. ambil dan simpan hati aku cepattttt!"
sambil main nyorok nyorok belakang pokok atas gunung dengan angin sempoi sempoi bahasa
tapi, itu semua mimpi.. tak mungkin saya akan buat macam tu. -_____- *hamboihhhh, imaginasi melampau*

pada mulanya, saya rasa macam nak putus asa je. sebab saya tahu dia tak mungkin suka saya juga. 
lagipun, pernah ada suatu ketika saya rasa dia terlalu jauh daripada saya.
tapi. itu lah. nak buat macam mana. hati dah terlanjur suka
aku terlanjur cinta kepadamu~ *nyanyi ala ala rossa*
saya pernah cakap kat seseorang
"sekiranya saya suka dia, saya akan pastikan saya kejar dia sampai dapat"
walaupun benda itu mustahil, tapi apa boleh buat.
terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata hati tersuka
ehh? ok, gila! -__-"
crush ini. merupakan kawan saya. alahaiii.. macam mana entah tersuka
mungkin sebab dia suka dengar cerita saya, kebelakangan ni, dia sentiasa ada untuk saya. jadi pendengar setia. lagi satu, sebab perangai dia yang tak matang langsung! agak sekepala dengan saya. dia faham saya. *yeke?*
dan disebabkan semua semua itu laa, dia buat saya rasa selesa nak jadikan dia crush saya.
apa yang penting, saya takut dengan lelaki, tetapi bukan dia. muahahahahahaa :P *gelak jahat*
ok, awak semua nak tahu..
tadi, saya telah membuat satu langkah drastik. yang gila. lagi menggilakan.
perkara yang saya tak pernah terfikir untuk buat.

walaubagaimanapun *cik skema* saya tetap minta pendapat kawan saya.
yelahh, mana tahu.. dia ada idea yang lebih baik. saya nak bagitahu crush saya yang saya suka dia.

"hmm.. saya ada crush. saya nak bagitahu dia yang saya suka dia. tapi saya malu dan saya takut. -___-"
"Ermm..just bgtau je la..awk kena berani.. Mana tau dye pon suka awak..goodluck munirah"
"takk.. saya tak rasa pon yang dia suka saya.."
"Kalau awk x try..mana awak tau kan......."

selesai je text, saya decide.
munirah, cepat cepat hantar direct message *monolog dalaman*


nampak tak kegilaan yang dah saya buat?
ok, sehingga sekarang saya masih tunggu jawapan dia.
lamanyaaaaa~
saya tunggu dan terus menunggu.
ok, dia still tak reply di twitter
lari! saya malu!!!

Note : seseorang yang kita cintai tidak semestinya akan mencintai kita kembali. tetapi, sekiranya kita meluahkan rasa hati. walaupun jawapannya tidak seperti yang kita harapkan. kita tetap akan berpuas hati. cukuplah sekadar dia mengetahui rahsia hati kita :)

Wednesday, 10 October 2012

kritis dan analitis :P


apa guna dapat markah tertinggi untuk pengajian am dan bahasa malaysia.
tetapi ekonomi gagal?
apa guna kalau belajar bagai nak gila untuk subjek mikroekonomi.
tetapi subjek itu yang gagal.
apa guna cikgu mengajar.
tetapi saya hanya faham pada masa itu
apa guna terlalu yakin yang saya mampu buat
tetapi markah tetap gagal.
apa guna duduk disebelah kawan yang suka ekonomi.
tetapi dalam kelas hanya empat orang sahaja yang lulus dan orang itu juga gagal.
apa guna dapat guru cemerlang mikroekonomi.
tetapi yang lulus kurang suku dari kelas.
apa guna rasa berdebar debar.
tetapi markah tetap gagal.
apa guna merungut
tetapi tiada tindakan yang bakal dilakukan.
apa guna mengadu.
tetapi awak masih berada pada tempat yang sama
apa guna?!

Note : airmata tak akan berhenti dari terus jatuh sekiranya tidak di lap. begitu juga kejayaan dan kebahagiaan,  ia tidak akan datang sekiranya tidak dicari dan dikejar 

-salam yang diterima-



ianya menyakitkan.
saya cuba untuk melupakan. tetapi tidak mampu :'(
hati memujuk untuk beritahu. tetapi, saya tak mampu.
saya takut, saya tak mampu pergi dengan lebih jauh.
saya tahu, ia hanya lebih membuatkan hati ini lebih parah.
tetapi, buat masa ini. hanya cara ini yang saya mampu fikirkan.
maafkan saya sekiranya sehingga kini, saya tak mampu untuk lupakan kisah dulu.