SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Tuesday, 9 October 2012

20121009 :'(


petang yang mendung, menunggu masa untuk memuntahkan hujan
awan yang gelap, tidak bergerak. kaku

assalamualaikum,
saya baru balik balai polis.
saya takut. takut terjumpa lagi lelaki yang sama.

mungkin ada yang tertanya tanya kenapa? mungkin.
sebenarnya, tadi.. di pejabat sekolah, kecoh tentang kisah saya, ifa dan ummi.
saya tak tahu saya perlu mulakan dari bila.
kejadian bermula pada pagi tadi.
seperti yang awak tahu. sebelum ini, saya pernah mengalami gangguan seksual daripada seorang lelaki cina.
sehinggakan saya dibenarkan untuk membawa telefon bimbit ke sekolah.
sekiranya nak baca entry sebelum ini.
baiklah, mungkin ada sesetengah daripada kamu tahu yang kemungkinan besar tidak akan menggunakan twitter, facebook dan nombor maxis saya untuk sementara waktu.
bukan apa, saya hanya perlukan masa untuk melupakan. lagipun, STPM semakin menghampiri,
mungkin juga alasan STPM adalah alasan paling besar untuk melarikan diri dari terus keliru.
berbalik kepada cerita.

petang semalam, ummi text. dia beritahu bahwasanya dia mempunyai masalah dan dia ingin berceritakan kepada saya. 
jadi, kami buat keputusan supaya esok kami akan pergi sekolah awal dan berjumpa di hadapan 7Eleven
 pada pagi harinya,
saya tunggu ummi hampir setengah jam -___-" 
rupa rupanya dia dah text untuk batalkan datang awal pagi.

"ummi, kita dah bagitahu ummi kita tak guna nombor tu kan?"

rupa rupanya dia terlupa ~ 
baiklah, dalam lingkungan pukul 6.50 pagi.. ummi dan muzalifah sampai.
kami menuju ke arah sekolah sambil bercerita.
tiba tiba ummi menghala pada jalan yang sama saya dan ifa pernah kena ganggu.

"korang nak tahu tak? kita dah lama tak jalan kat jalan ni selepas insiden hari tu"

tiba tiba nampak kereta wira.
tetapi, untuk sedapkan hati. saya cakap kat ifa.
"tak mungkin kereta yang sama. mungkin kebetulan. kereta sebelum ni blueblack ini warna maroon"

6.55pagi
*empunya kereta keluar dari tempat duduk pemandu*
"ifa, ummi. aku tak sedap hati. tolong hafal nombor plat kereta tu. mana tahu dia orang yang kita cari."

hati kami betul betul yakin dia ialah suspek yang kami cari. 
nasib kami agak baik, sebab ada sebuah kereta perdana halang daripada suspek itu melakukan sesuatu yang dia harapkan.
mungkin suspek syak yang kami tahu dia cuba lakukan sesuatu dan berniat untuk call polis. kemudian, dia melarikan diri.

sampai sahaja di sekolah. hati membuak buak nak telefon koperal hasri. tapi ifa cakap tak perlu sebab suspek dah larikan diri.
so, kami decide untuk text cikgu dzul *guru kelas merangkap guru disiplin* 
beberapa jam kemudian

"muzalifah, nanti suruh ummi dengan munirah jumpa saya dan pihak polis kat pejabat. nak buat pengecaman"

10.05 pagi
*selesai membuat pengecaman*
sah! itu memang suspek dan orang yang sama. selamat sempat hafal no plat kenderaan.
lega sikit~

11.35pagi
"awak bertiga kena ikut cikgu ezany dengan cikgu andy. polis dah dapat tangkap suspek. kita buat report kat balai polis jinjang"

selesai buat laporan polis, cikgu tunjuk gambar suspek. dan ia adalah orang yang sama.
alhamdulillah

"pukul 3 awak perlu datang lagi untuk buat kawad pengecaman"

habis sekolah, kami naik kereta cikgu ibrahim dan cikgu yahya.
rupa rupanya kami perlu buat laporan untuk kali kedua.
sewaktu saya sedang beri report
tiba tiba.
suspek jalan dibelakang saya, tangan digari. menuju ke penjara sementara.
kami terdiam.
jantung berdebar. rasa seperti nak menangis.
waktu dia pandang kitorang. rasa macam jantung nak gugur! takut dia hafal muka.
ya Allah, harap harap tiada apa yang berlaku.
esok, kami perlu buat pengecaman bersama saksi saksi yang lain.

sekarang, apa yang berlegar legar dalam fikiran saya hanyalah satu.
saya takut dia akan cari kami selepas dia kena denda.
sebab, menurut apa yang cikgu bagitahu.
"mungkin dia akan didenda bayar beberapa ratus sebab dia tak buat kesalahan besar. kalau tak mampu, baru dia kena penjara. itupun untuk tempoh yang tak lama"
sesungguhnya, saya semakin takut untuk ke sekolah :'(


No comments: