SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Saturday, 13 October 2012

hello crush :)



assalamualaikum :)
hari ini saya akan bercerita tentang crush.
crush saya! *tutup muka*
ohhh.. mesti ada sesetengah daripada awak terkejut. sejak bila pula saya ada crush crush ni bagaikan?
haaaa.. sebenarnya saya dah lama ermm.. macam mana saya nak bagitahu ehh?
mungkin, jatuh hati :) *lari belakang almari*
ohhh ohhhh.. nampak tak yang cik munirah mazzuki kita ini seorang yang mengada? goshhhh!
-____-" *sila baling tembikai lima biji*


crush saya.
ehemmm.. dia ni, dia ni.. selalu datang dan pergi tanpa saya duga.
dia macam chipsmore. 
chipsmore yang comel. disebabkan dia, saya jatuh tergolek hati kat dia.
rasa macam nak melutut, nak menjerit bagitahu
"crushhhhh! aku suka kauuuuuu.. ambil dan simpan hati aku cepattttt!"
sambil main nyorok nyorok belakang pokok atas gunung dengan angin sempoi sempoi bahasa
tapi, itu semua mimpi.. tak mungkin saya akan buat macam tu. -_____- *hamboihhhh, imaginasi melampau*

pada mulanya, saya rasa macam nak putus asa je. sebab saya tahu dia tak mungkin suka saya juga. 
lagipun, pernah ada suatu ketika saya rasa dia terlalu jauh daripada saya.
tapi. itu lah. nak buat macam mana. hati dah terlanjur suka
aku terlanjur cinta kepadamu~ *nyanyi ala ala rossa*
saya pernah cakap kat seseorang
"sekiranya saya suka dia, saya akan pastikan saya kejar dia sampai dapat"
walaupun benda itu mustahil, tapi apa boleh buat.
terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata hati tersuka
ehh? ok, gila! -__-"
crush ini. merupakan kawan saya. alahaiii.. macam mana entah tersuka
mungkin sebab dia suka dengar cerita saya, kebelakangan ni, dia sentiasa ada untuk saya. jadi pendengar setia. lagi satu, sebab perangai dia yang tak matang langsung! agak sekepala dengan saya. dia faham saya. *yeke?*
dan disebabkan semua semua itu laa, dia buat saya rasa selesa nak jadikan dia crush saya.
apa yang penting, saya takut dengan lelaki, tetapi bukan dia. muahahahahahaa :P *gelak jahat*
ok, awak semua nak tahu..
tadi, saya telah membuat satu langkah drastik. yang gila. lagi menggilakan.
perkara yang saya tak pernah terfikir untuk buat.

walaubagaimanapun *cik skema* saya tetap minta pendapat kawan saya.
yelahh, mana tahu.. dia ada idea yang lebih baik. saya nak bagitahu crush saya yang saya suka dia.

"hmm.. saya ada crush. saya nak bagitahu dia yang saya suka dia. tapi saya malu dan saya takut. -___-"
"Ermm..just bgtau je la..awk kena berani.. Mana tau dye pon suka awak..goodluck munirah"
"takk.. saya tak rasa pon yang dia suka saya.."
"Kalau awk x try..mana awak tau kan......."

selesai je text, saya decide.
munirah, cepat cepat hantar direct message *monolog dalaman*


nampak tak kegilaan yang dah saya buat?
ok, sehingga sekarang saya masih tunggu jawapan dia.
lamanyaaaaa~
saya tunggu dan terus menunggu.
ok, dia still tak reply di twitter
lari! saya malu!!!

Note : seseorang yang kita cintai tidak semestinya akan mencintai kita kembali. tetapi, sekiranya kita meluahkan rasa hati. walaupun jawapannya tidak seperti yang kita harapkan. kita tetap akan berpuas hati. cukuplah sekadar dia mengetahui rahsia hati kita :)

No comments: