SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Wednesday, 10 October 2012

kawad cam


assalamualaikum.
baiklah, cerita yang paling terbaharu.
mengenai lelaki cina itu!
kami baru sahaja selesai buat kawad cam
pernah tengok cerita CSI? atau apa apa cerita penyiasatan?
penjenayah masuk bilik, dan kita berada di bilik hitam di sebalik cermin?
hmm.. ini adalah pengalaman yang saya yang saya tak akan lupakan.
sumpah!
awak bayangkan, saya dan seorang inspektor perempuan. bersama beberapa polis lelaki dan enam orang tahanan.
muka tahanan itu, hanya Allah yang tahu.
sehingga kini, tangan saya tak berhenti menggeletar.
saya akui, sekiranya saya bersendirian, saya akan terfikir dan terbayang wajah mereka.
bilik yang gelap, dan hanya diterangi bilik yang dipenuhi dengan enam orang lelaki berbaju biru, bergari besi yang besar dan panjang. mereka berdiri. nombor 1 sehingga 6 berada di atas kepala mereka.
seakan akan menanti hukuman.
saya orang yang pertama yang buat kawad cam.

"munirah, masuk bilik pemerhati hujung sekali, belah kiri"
seperti biasa, polis akan bertanya soalan yang sama
"apa yang suspek buat pada hari kejadian?"

ketika inspektor perempuan itu menyuruh saya untuk memilih suspek. tiba tiba terdengar satu suara
"cik. cik boleh jalan sampai hujung"

saya berjalan dengan perlahan. muka demi muka saya perhatikan. tetapi hati saya tetap mengatakan lelaki yang bernombor 3, berbadan sasa. tinggi. putih.
saya berjalan sehingga hujung. pada nombor enam.
memang saya tahu mereka tidak nampak. tetapi, cara mereka memandang ke hadapan seolah olah mereka nampak saya.
air mata terus bergenang. debaran jantung semakin kencang.

"saya rasa.. nombor 3"
"awak pasti?"
"ya, saya pasti. nombor tiga."


selepas itu, saya dibenarkan keluar.
tiba giliran ifa dan ummi.
ummi cakap, saya yang paling lama.
mungkin juga sebab saya terlalu takut. lagipun, saya terkena kejadian yang sama, orang yang sama untuk 3 kali.
saya takut! teramat takut!

keluar sahaja dari penjara. bunyi jeritan dan dengusan dari blok sebelah membuatkan jantung saya berdegup dengan lebih kencang.
saya berharap, ini adalah kali pertama. dan kali terakhir.
sesungguhnya, kawad cam sangat menakutkan!
:(


No comments: