SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Thursday, 4 October 2012

.pakcik.

assalamualaikum. hai !
rasa seperti sudah terlalu lama tidak menjejakkan kaki di sini dan membuat cerita cerita bengong yang tak masuk akal..
agak rindu !
baiklah, entry kali ini, saya rasa seperti ingin bercerita tentang seseorang..
ini budaknya..


Muhammad Firdhaus Bin Ibrahim :)
baiklah, kepada sesiapa yang nampak atau kenal dia.. sila hubungi saya kerana dia telah melakukan jenayah berat..
dia merupakan ketua kepada segala orang orang gila di malaysia ini.. 
hahahahahaa.. ok, saya tipu!
maaf :)
baiklah baiklah.. kali ni saya tak main main *buat muka serious*
saya nak bercerita sedikit tentang dia..

sebenarnya, saya tak tahu nak mulakan dari mana.. rasa macam banyak sangat nak cerita *haihh kau ni munirah, pernah ke tak jadi macam mak jenon untuk sehari?* lolme :P
baiklah, saya kenal pakcik ni semenjak umur saya 25 tahun 16 tahun lagi.. *ehh, betul kan?*
mengikut pengiraan genius saya.. setelah ditolak tambah bahagi, umur dia 17 tahun..
hmm.. betul lah.. perkenalan secara tidak sengaja di Tagged telah menjadikan satu jalan cerita yang agak panjang..
sebenarnya, sejak dulu lagi dah rasa yang dia ni sangat annoying + gila + tak betul + *tak tahu nak '+' apa lagi*
tapi, tu laa.. rasanya dia ni dukun terkenal kot.. sampai saya boleh tercerita, terkongsi hampir semuanya tentang saya.. haihhh~ takmo jampi jampi ehhh.. :))
ok, lupakan! sebenarnya, pakcik ni seorang pendengar yang sangat setia! sampai kadang kadang, saya tak sengaja buat dia berfikir dan bertakafur untuk menganalisis masalah saya.. akhirnya, saya bercakap sorang sorang -__-" hahahahahaha :)
walau apa pon yang dia buat, saya tak sampai hati nak marah.. walaupun time tu saya rasa macam nak jadi Hulk pink yang besar gedabok *kan saya dah kata, dia ni bomoh*
sebelum ni, saya 
dia ni seorang yang sangat pelik! dia ada masa tidur yang agak tetap.. kalau dulu.. kami selalu bersembang sampai pagi.. tetapi, kalau waktu saya tengah cerita tuu.. tiba tiba ada bunyi cengkerik *krikkkk krikkk krikkk* itu maknanya sudah jam TIGA
saya rasa pengiraan saya tak salah.. sebab saya pernah kira.. hahaahahaha..
kemudiannya, dia suka buat monolog dalaman sewaktu saya sedang bercerita *semuanya selepas jam 3*
hahahahahahaha :)
dia ni.. selalu gelak tak henti henti sampai kita rasa sakit hati.. betul! ini tak tipu! kadang kadang tu kann.. kita memang rasa benda tu kelakar.. tapi, bila dengar dia gelak.. rasa macam dia nak bahan kita -__-"
dia sangat sweet.. percayalah~ kalau boleh.. hari hari dia nak menyanyi.. hmm.. menyanyi, saya ulang menyanyi.. HAHA :D
dia ni jugak.. degil, ketegaq, tak suka dengar cakap.. haihhhh.. apa nak jadi laa ni..
lepas tu kan, lepas tu kannn.. dia ni manja gila ouh dengan mama dia.. ishhh~ dah laa ada adik adik.. perlu ke manja manja? tak faham betul kalau anak sulung buat perangai macam anak bongsu *sorok cermin jauh jauh*
dulu kan, saya selalu analisis gambar dia.. statistik menunjukkan *setelah graf, carta pie telah dilakukan*
dia terlalu obses untuk menangkap gambar dengan membuat muka muka pelik, kemudian kepala dia akan dicondongkan sedikit..
haa.. sekarang awak faham kan kenapa saya takut dengan dia? hahahaha :D
kelemahan dia.. hmm.. dia takut dengan BADUT.. ehhh? badut yang bagi belon dan gula gula tu eh?
ye, yang itu.. dia kata badut ni membunuh.. err.. tipu je! badut laa yang selalu bagi belon kat saya masa kecik kecik dulu tauuu..
tapi, disebabkan semua sifat sifat dia yang annoying dan gila gila ni laa membuatkan saya selesa untuk berkawan dengan dia :)
sifat dia yang telus membuatkan saya rasa mudah untuk mendekati dia..
disebabkan dia, saya selalu buat perkara perkara gila.. mungkin sebab berjangkit.. hmm.. mungkin laaa~

sebenarnya, tujuan saya bercerita panjang panjang ni adalah kerana.. hari ini merupakan
BIRTHDAY DIA :) 4 Oktober
*kepada sesiapa yang tak wish lagi tu.. haa.. pergi laa cepat cepat wish*

kepada pakcik,
sempena ulang tahun kelahiran awak yang ke-19.. saya ingin mengucapkan
semoga dipanjang umur dan dimurahkan rezeki.. semoga awak juga sentiasa sihat selalu, berjaya didunia dan akhirat.. semoga semua impian dan angan awak akan tercapai *tapi kalau nak jadi ben10 dengan batman.. hapo kejadah nye awokk oii?* dan terima kasih sebab masih sudi menjadi pendengar yang setia untuk saya..
 saya harap persahabatan kita akan kekal sampai bila bila bila bila bila bila :P
*peace*

No comments: