SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Wednesday, 20 February 2013

papa ♥

ASSALAMUALAIKUM

hari ini saya ingin berkongsi satu artikel. sebenarnya, saya hanya copy and paste artikel ni. saya terbaca di facebook :) dan saya rasa adalah menjadi satu keperluan untuk saya berkongsi. so, jom kita baca, hayati dan fahami bersama :)
..
..
..
Selalu bercerita tentang ibu...sesekali tentang ayah juga! 
I LOVE YOU PAPA

Biasanya.. 
AYAH membelikan makanan yang kamu inginkan, dan ia akan menghabiskannya kalau kamu tidak suka….
AYAH tidak memanjakanmu ketika kamu sakit, tapi ia sebenarnya tidak lena tidur semalaman, bimbang kalau2 berlaku kecemasan...
AYAH sedih melihat kamu pergi bermain dengan rakan2mu kerana mulai sedar yang kamu sudah besar, tidak lagi beramin dengannya...
AYAH akan berkata “tanyakan saja pada ibumu” ketika ia ingin berkata “tidak”...

AYAH benar-benar gembira bila berjaya membantumu tapi ia sukar meminta bantuan...
AYAH mungkin tidak tahu jawaban segala sesuatu, tapi ia membantu kamu mencarinya...
AYAH berasa dihargai ketika dia melihatmu melakukan sesuatu persis seperti caranya….
AYAH lebih bangga dengan prestasimu, daripada prestasinya sendiri…
AYAH hanya akan bersalam denganmu ketika pertama kali kamu meningalkan rumah, keranana kalau dia sampai memelukmu mungkin ia tidak akan melepaskannya.

AYAH akan melupakan apa yang ia inginkan, untuk memenuhi apa yang kamu inginkan…
AYAH tidak cuba menjadi yang terbaik, tapi dia hanya cuba melakukan yang terbaik…untukmu!
Dan terpenting adalah… AYAH tidak pernah menghalangimu untuk mencintai Tuhan, bahkan dia akan membentangkan seribu jalan agar kau dapat menggapai cintaNya, kerana diapun mencintaimu karenaNya.

Hormatilah Ayah! Kerana Seluruh Hidupnya Dihabiskan UntukMu


saya bersyukur sangat sebab saya ada seorang papa yang sangat sangat sangat baik. saya beruntung kerana papa masih berada di samping saya. papa yang boleh saya lihat, sentuh, salam. saya tahu, perasaan bagi sesetengah orang yang telah kehilangan ayah yang mereka sayang. ianya terlalu perit. sejujurnya, saya takut untuk kehilangan seseorang yang saya sayang. kerana, sekiranya sesuatu berlaku, saya takut saya tak mampu untuk menghadapinya. sesungguhnya, saya terlalu sayangkan mereka.

apa yang penting, kita sebagai anak perlu sentiasa mendoakan ayah ibu keluarga dan orang yang kita sayang. kerana, hanya doa sahaja yang mampu kita beri kepada mereka sekiranya mereka sudah pergi meninggalkan kita buat selama lamanya. al-fatihah~

note : matahari akan berganti dengan bulan. ingatlah, cahaya mentari pagi tidak akan sentiasa menemani kita. oleh itu, kita tak seharunya mensia siakan hari kita. lakukan sesuatu sebelum ia berganti malam yang suram.

Sunday, 17 February 2013

Dejavu 17

ASSALAMUALAIKUM

hai semua. ini post kedua untuk tahun ini. untuk hari ini :) ouhh.. untuk pengetahuan awak semua. sekarang saya sedang dengar lagu The Junas Monkey - Jadian. band ni semuanya handsome handsome. hewhewhew :P baiklah, saya rasa saya akan mulakan post saya sekarang. ye sekarang! :)

*Kisah 7 Bulan Sebelum*

sesuatu telah berlaku kepada saya. sesuatu yang tak mungkin dapat saya lupakan. saya gembira dah bangga kerana saya pernah lalui saat saat seperti itu. *dancing* :') ouh yeah. mungkin saya sedikit kecewa. tetapi, saya gembira sebab saya rasa, saya baru kenal. apa erti kehidupan. ianya tidak akan selamanya bahagia. sekarang saya faham. ecececeehhhhh~ kbye!

*Kini*

pada tarikh, dan pada waktu yang sama. saya tweet. ohoooooooo! imma happy girl :) saya mengaku, sesungguhnya saya tak dapat nak tipu diri saya yang saya memang tak boleh untuk berpura pura tentang kewujudan tarikh ni. hmm.. ianya sangat bermakna. pada tarikh ni saya berkenalan dengan seseorang yang digelar sahabat. but, at the same time. saya kehilangan seseorang yang bernama kekasih. haaa.. *next*
7 bulan sebelum ni, saya dapat satu panggilan. selepas saya terjaga dari tidur setelah mendapat satu text. *1.41am* kami on the phone berjam jam lamanya. *hari persekolahan* dan pada hari ini. ia seolah olah Dejavu. haaa.. macam tak sangka. cuma, hari ni agak berbeza.

*17 Februari 2013, 4:41 AM*

"mimpi indah :)"
..
..
..
 *maaf, saya malas nak taip pepanjang :P*

beberapa minit kemudian, saya tertidur.

*17 Februari 2013, 6:25 AM*

seseorang menelefon saya. benda pertama yang saya buat ialah lihat nama pemanggil *amboih, detail nya* -__-

.HIM.

ommo! terkejut. dah kenapa dia call pagi pagi. hahahahahahaha :D
*angkat call*

"hmm.. hello?" *mamai, suara bangun tidur*
"saya sayang awak"

*terkejut, pengsan* #hiperbola disitu. hahahahahahaa :D bayangkan bayangkan bayangkan? macam mana saya tak melting? ouhhh.. gila bayang! :P hmm.. kesimpulannya, apa yang berlaku pada 7 bulan lepas, kini ataupun 7 bulan akan datang ialah sesuatu yang dipanggil kehidupan. walaupun ianya Dejavu. tetapi, pasti ada kelainan pada cerita itu. kehidupan adalah sesuatu yang kita sukar untuk jangka. sama ada pengakhirannya membuat kita gembira. ataupun membuatkan kita berfikir sejenak. apakah erti kehidupan. kita tak akan selamanya berada diatas. kan? :) macam naik kapal terbang. mesti ada satu destinasi yang kita ingin tuju. dan pada ketikanya. kapal terbang akan mendarat. serta merta kita akan berada dibawah. right? faham tak apa maksud saya? ok tak faham. kbye! :P

note : kalau itu hanya mimpi. please, jangan kejutkan saya dari mimpi indah :')

hectic !

ASSALAMUALAIKUM

17 Februari 2013.
hari berganti hari. minggu berganti minggu. bulan berganti bulan. akhirnya saya berjaya untuk meng-update sesuatu. yey me! *lompat lompat* :)) sebenarnya, sebenarnya saya.. tak ingat cara bagaimana untuk post. *sadis* maafkan saya! :( mungkin dah terlalu lama tinggal. rindu saya kan? ye, saya tahu. awwwww~ :P mungkin, kalau awak perasan *munirah tade orang pon baca blog kau ni. kau private kan?* #saiko. baiklah, berbalik kepada tajuk kita sebentar tadi *ececehhh* sebenarnya saya ada buat sedikit perubahan pada blog saya. HAHAHAHAHA :D ok, saya tipu. banyak sebenarnya. blog kali ini agak simple. but yeah, i'm happy :)

dikesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU! *setelah dua bulan berlalu* -__- ok ok. lupakan. so far, ada banyak cerita dan kisah yang berlaku. tetapi, bukan sekarang ok saya cerita. lain kali.

*20 minit kemudian*

papa nak makan. yeah! tengah tengah malam ni. hahahahahaa :D papa memang saya macam saya. so, nak tak nak. kena tukar baju. pergi rumah sebelah a.k.a rumah opah untuk memasak. trolololololo~ saya tak hebat dalam memasak. tetapi kalau untuk kelangsungan hidup boleh lah :P
haaaaa.. dah lupa nak cerita apa. hadoiii.. ouh yeah! esok sekolah. ehemmm.. ye, SEKOLAH! setelah seminggu bercuti sempena HARI RAYA CINA :)

nowadays, sibuk dengan assignment, assignment, asignment dan asignment. fuhhh~ dengan pengawas lagi. memang tak terkejar woii. hahahahahaa :D tapi saya anggap itu semua sebagai satu cabaran untuk saya :) semoga saya mampu untuk menghadapinya. baiklah, saya ada sesuatu yang ingin dikongsikan pada malam ini. jumpa pada post seterusnya.


saya cuma terlalu rindukan mereka :')