SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Wednesday, 30 October 2013

kau putera khayalan :)

I Love You :) eventhough I don't even know who you're

almost is never enough

Assalamualaikum :)

mohon pengertian. sekiranya post tidak berwarna, almaknawinya saya post dengan menggunakan fon.
untuk pengetahuan saya sedang dengar lagu 'almost is never enough' kiranya macam tengah fefeeling lah. hewhew

rasanya dah boleh start cerita. mukadimah kau panjang nauuu~ hahahaha
saya nak bercerita tentang kenangan. memori. sepanjang hampir setahun setengah. *mohon yang agak agak emo tu sediakan tisu bebanyak* sedih betul cerita ni. kalah bersamamu.  kalau ada award cerita paling sedih di dunia memang cerita ni lah *amboii.. cerita nak gempak*

fyi, dekat sekolah tadi ada majlis mohon restu tapi untuk PraU je lah. semalam pon ada. tapi gabung dengan Form 5. mana best! kami kan special.  Insan terpilih. hahahahahaha *mohon muntah berjemaah sebab perasan tahap conjuring saya ni tak dapat dibendung* sempat lagi semalam buat ketupat rendang kat belakang time cikgu buat ucapan 'sepatah dua kata'. macam biasa, kalau dah namanya berjumpa dengan guru. memang bercerita panjang. dengan teori, dengan falsafah semua ada lah. tapi itulah. kenangan. mungkin juga itu kali terakhir aku boleh dengar semua amanat cikgu. mungkin tu juga amanat cikgu yang terakhir. aku bakal merindui semua tu *termasuk kerusi empuk kegemaran dan bilik mesyuarat sejuk a.k.a ausie wannabe*
waktu nak tunggu cikgu datang, punya lah lama. so, ada lah beberapa pelajar PraU lain yang mula snap picture.  bersama kesayangan, kegemaran. ummi dengan senang hati main "the hardest game" kat B'Pop *nama phone kesayangan gua* :) ada jugak yang busy pakai inai. mungkin juga nak practice untuk persediaan kahwin nanti. hewhewhew ada yang bergosip. buka kedai kopi teh teh o ais semua ada. tak lupa juga yang membaca. hanya segelintir. kesedaran untuk pelajar yang genius seperti yifei ! tetapi aku hanya memerhati. sorang demi sorang. aku tahu ini mungkin yang terakhir.  sambil tahan sebak *anii.. angkat kain jemuran, hujan nak turun* aku pon decide untuk pergi kelas. tenangkan diri. *sigh* aku sayang mereka. sayang sangat!
walaupon aku hanya kenal diorang kurang daripada setahun setengah, tapi aku tak mampu tipu. aku terlalu sayang untuk tinggalkan alam persekolahan *walaupon rerakan cakap aku budak sekolah yang busuk sebab still pakai uniform sekolah. aku pedulik hapee?!* aku akan rindu waktu rehat sama sama, belajar sama sama, kongsi toilet sama sama *mohon jangan salah faham. kitorang memang sweet. Ok tipu!* bergaduh bersama, perli, buat geng, pakai inai, tengok runningman sesama, mengumpat, menyanyi, menari, melalak, melompat, menjerit senang cerita segala jenis meN- lah. aku bakal rindu :') dan aku akan rindu untuk ucap "Hai kelas yang ceria!"

kami bercinta, putus, sakit hati, stalk semua ada. main game sama sama dalam kelas. kena denda dengan cikgu. duduk luar kelas sampai habis dua masa untuk hafal sejarah. test setiap hari. bacaan lima minit yabg dihabiskan dengan bergosip. nyanyi lagu sekolah. hahahaha :D kelakar! Sebab kenangan tu indah. dan laluan untuk mencipta kenangan tu unik. daripada tak kenal antara satu sama lain, sekarang boleh duduk macam belangkas. hahahaha aku ingat lagi bila first time jamming dengan wada. rasa macam tak sangka, aku berpeluang untuk menyanyi sebab mama memang tak suka. tapi mama bagi kebenaran. mungkin tu hikmah. supaya kenangan tu lagi indah. boleh lah aku cerita kat cucu cicit aku nanti "dulu nanny menyanyi atas pentas tau *sambil duduk atas kerusi rotan pakai gigi palsu* nanny jamming dengan kengkawab nanny sampai lewat petang. siap kena kunci kat blok sebab balik lambat sangat" amboii kau munirah. nanny gituu~ hahahahaha
ohh lupa! kitorang selalu jugak paw duit cikgu, beli chicken chop lah, kepsi lah. sate lah. memacam! yelahhh~ anak kesayangan.  mohon jeles :P ouh yaaaa! kantin! walaupon makanan kantin tu tak sesedap hotel crystal crown or dynasty hotel tapi boleh lahhh~ sebab bila dah lapar tahap conjuring, sebat lah jugak.
kitorang makin matang. kan? Tetambah pulak aku. Alahaiiii.. segan pulak nak mengaku *tutup muka* ahakssss :P tak sangka dah bakal 20. banyak lagi cabaran, dugaan, kenangan yang bakal kami tempoh. tapi sudah tentu tak sama dengan kenangan dalam jangka masa setahun setengah. kenangan silamm.. aku dan dirimuuuu~ *menyanyi sambil gelek inul*

haihhh~ banyak lagi nak cerita. tapi dah nak waktu study. almaklomlahhhh.. sebelum ni memang jarang focus bila study walaupon study almost everyday.  but yeahhh sementara tak mengantuk ni baik study.  nanti kita sambung lagi tau. tunggu :)


Nota : sejauh mana aku berlari meninggalkan kenangan. bayang memori akan semakin kerap muncul dalam mimpi aku. kerana kau semua, kesayanganku

Sunday, 27 October 2013

hati

Assalamulaikum :)

duhai hati,
sebenarnya kau sedang berduka
terluka ditelan masa
namun,
mengapa kau masih berselindung dibalik awan yang mendung
mungkin juga kau ego
kau biarkan ia beraja dihati
sedangkan jiwa kau mati

duhai hati
luahkan
ceritakan
biar semua tahu
bahawa kau sedang berduka
terluka
agar kau menjadi seperti manusia yang mempunyai hati dan perasaan
dan tidak perlu terus berpura pura

Note : hati itu seperti icecream magnum, sekiranya tidak dijaga, akan terus mencair. dan hanya tinggalkan sisa.

Tuesday, 22 October 2013

This Is What We Called As Love :)

ASSALAMUALAIKUM

I LOVE YOU means that i care enough to fight for what we have and that i love enough not to let go.

dear you,

you meet thousands of people, and none of them really mean anything to you.
and then you meet one person, and your life is changed.
FOREVER!

Friday, 18 October 2013

my first online shopping

assalamualaikum :)

hai. hari ni cik munirah kita nak bercerita mengenai produk kecantikan. *gaya ratu jamu* hahahaha :D kenapa macam geli je dengar? mohon ramai ramai baling buah tembikai semoga beliau kembali sedar.

untuk pengetahuan semua. ini adalah pertama kali saya cuba barang online. sebelum ni saya ingat leceh sangat beli barang online. rupanya tak. sebenarnya saya tak biasa + tak berani guna barang online atau jenama yang tak pernah guna. but yeahhh.. tak kenal maka tak cinta. iye dokkk? :P lagipon, ini antara suggestion dari rerakan yang gunakan produk ni. so, tak salah rasanya mencuba

Pada mulanya saya ingat leceh sangat kalau nak menggunakan perkhidmatan online. rupanya tidak. mudah jeeew :P

1. dapatkan maklumat tentang kedai online yang awak nak guna
2. pastikan barang yang awak nak beli itu bertepatan dengan harga dan citarasa
3. tanya seberapa banyak soalan mengenau produk yang awak nak guna. contoh, harga. potongan harga. keberhasilan produk. kesan sampingan. kesesuaian dengan diri. proses penghantaran dll. jangan lah pi tanya nama umur alamat penjual. itu nak mengorat namanya -_-
4. yakin dengan keputusan
5. sedia duit. kalau tak ada duit jangan mimpi
6. minta account number bank penjual
7. pergi bank. bank in duit
8. tunggu dengan sabar
9. barang sampai. lompatlompat.
10. tangkap gambar. post kat instagram.

Mudah kan? 10 langkah mudah :)

Ouh lupa! biar saya bagitahu produk apa yang saya gunakan.

Shiseido :)

ada dua jenis produk yang saya guna. yang pertama ialah eye mask dan yang kedua ialah white mask.

tak sabar nak cuba. hahahahahaha :D nanti saya update dimana online shop yang saya guna, harga barang dan cara penggunaan.

note : saya post dengan menggunakan fon. maaf sebab nampak simple sangat. btw, abang pos laju tu gatal. sekian.

Wednesday, 16 October 2013

H.K.A.C


ASSALAMUALAIKUM


kau tak kacak. tetapi menarik.
kau tak cantik. tetapi menawan.
indah, cukup indah

hanya kau, aku cinta :)

nota : pada tanggal 16 oktober 2013. lahirlah kesayangan baru. B'pop nama diberi :)

Monday, 14 October 2013

lagenda pelajar

Assalamualaikum :)

mungkin agak lama aku tak menyentuh dan menari narikan jari aku diatas badan nebby yang hensem ni. bagi yang masih tertanya tanya berapa lama. mohon. awak awak lihat semula entry terakhir. darabkan dengan segala post yang pernah aku update. darabkan dengan saat. bangga tak? :)

dipendekkan cerita yang memang tak ada modal untuk bercerita ni. harap semua terhibur dengan gambar gambar yang bakal ditampal. memandangkan cik munirah kita ni terlalu penat untuk memerah idea. kbyeeee~

dimulakan dengan gambar kacak bergaya daripada Anthony. hahahahahaha :D




faiz, ty, wada, me, ummi, bertz




ant mula tunjuk aksi comel  


 ty, me, ummi


kadang kadang aku rasa bangga dengan baju biru yang aku pakai. bukan bermakna sebab aku pengawas. tapi sebab aku masih bergelar sebagai seorang pelajar *latar belakang piano untuk ambil mood sedih* bayangkan! aku pergi ShowCase Shila Amzah dengan baju sekolah. yelah, memang lah aku suka gila Shila Amzah. tapi aku sanggup dari habis tutorial class terus pergi The Icon. dah lah lambat 2 jam. fuhhhh~ selamat disambut baik. mohon jeles. hikhikhik :P

note : walaupun muka kita buruk dan selekeh dengan berpakaian sekolah tetapi kita perli ingat walau dimana kita berada, sejauh mana kita merantau. jangan lupa asal usul kita. SI BUDAK SEKOLAH

hari ini

ASSALAMUALAIKUM :)

sejak kebelakangan ni aku rasa macam malas nak buat semua benda. padahal banyak je kerja. kadang kadang rasa macam nak tumbuk muka semua orang yang aku jumpa *dah kenapa kau stress sangat ni munirah* rasanya makin dekat dengan final exam. makin berlambak pulak kerja sekolah. kadang tu asyik fikir nak habiskan final cepat cepat je. ye lah. stress macam ada orang bina bangunan letak atas kepala *cerita kau ni nak gempak je munirah*

sekarang ni jiwa asyik bergelora je. kahkahkah. kadang kadang aku rasa macam aku ni brutal. sebab aku memang suka ajak orang bergaduh. bukan apa, sabar aku ni kalau diibaratkan sebiji epal. aku ni lapisan kulit epal yang dibahagi kepada lima belas. *omakaihhhhhh~ bersembang* mungkin beta patut memberi satu bukti betapa brutalnya beta ini. kadang kadang tu rasa macam nak flying kick, hopping kick semua ada lah. selamat lah aku tak habis belajar silat dulu. hahahahahaaha :D

ok, sebenarnya dah malas nak tulis. malas. faham malas. nak cerita pon malas. dah! pergi baca blog lain pulak.

*tunjuk penumbuk*

omakaihhhhh~ gangster jugak aku ni ekh? kihkihkih :P



nota : mohon belajar untuk modal bangga dengan kengkawan. paling paling pon modal untuk elakkan diri daripada diganggu 13 orang bangla. kbye~

bahagia :')

Assalamualaikum

aku mencintai kau
sepenuh hati
aku menyayangi kau
seikhlas hati

kau, sahabat aku.
kau, kekasih aku

kini, aku sedar.
aku diberi pilihan untuk memilih
dan aku mengambil peluang
untuk berundur

kerana dia mampu membuatkan kau bahagia
lebih dari apa yang aku mampu lakukan

Aku Kenal Dia

Assalamualaikum :)

dia yang aku kenali dulu,
prihatin, indah tutur kata,
sehingga membuatkan aku jatuh berulang kali

dia yang aku kenali dulu,
baik, sentiasa mendengar,
walaupun aku hanyalah beban untuk dia

dia yang aku kenali dulu,
penyayang, sentiasa mendahulukan ibunya
sehingga membuatkan aku sentiasa termimpikan dia

dia yang aku kenali dulu,
sama seperti yang engkau kenal,
hargailah dia,
walaupun dia melukakan hati kau,
berulang kali.

seperti mana aku merasainya :)