SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Friday, 18 October 2013

my first online shopping

assalamualaikum :)

hai. hari ni cik munirah kita nak bercerita mengenai produk kecantikan. *gaya ratu jamu* hahahaha :D kenapa macam geli je dengar? mohon ramai ramai baling buah tembikai semoga beliau kembali sedar.

untuk pengetahuan semua. ini adalah pertama kali saya cuba barang online. sebelum ni saya ingat leceh sangat beli barang online. rupanya tak. sebenarnya saya tak biasa + tak berani guna barang online atau jenama yang tak pernah guna. but yeahhh.. tak kenal maka tak cinta. iye dokkk? :P lagipon, ini antara suggestion dari rerakan yang gunakan produk ni. so, tak salah rasanya mencuba

Pada mulanya saya ingat leceh sangat kalau nak menggunakan perkhidmatan online. rupanya tidak. mudah jeeew :P

1. dapatkan maklumat tentang kedai online yang awak nak guna
2. pastikan barang yang awak nak beli itu bertepatan dengan harga dan citarasa
3. tanya seberapa banyak soalan mengenau produk yang awak nak guna. contoh, harga. potongan harga. keberhasilan produk. kesan sampingan. kesesuaian dengan diri. proses penghantaran dll. jangan lah pi tanya nama umur alamat penjual. itu nak mengorat namanya -_-
4. yakin dengan keputusan
5. sedia duit. kalau tak ada duit jangan mimpi
6. minta account number bank penjual
7. pergi bank. bank in duit
8. tunggu dengan sabar
9. barang sampai. lompatlompat.
10. tangkap gambar. post kat instagram.

Mudah kan? 10 langkah mudah :)

Ouh lupa! biar saya bagitahu produk apa yang saya gunakan.

Shiseido :)

ada dua jenis produk yang saya guna. yang pertama ialah eye mask dan yang kedua ialah white mask.

tak sabar nak cuba. hahahahahaha :D nanti saya update dimana online shop yang saya guna, harga barang dan cara penggunaan.

note : saya post dengan menggunakan fon. maaf sebab nampak simple sangat. btw, abang pos laju tu gatal. sekian.

No comments: