SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Wednesday, 20 November 2013

aku dan lelaki.

"lelaki pun ada hati"
"Playboy pon baik"
"bukan semua jahat" -anthony

aku tertarik dengan kata kata anthony. benarkah? mungkin ya dan mungkin tidak. bagi aku, ia bergantung kepada niat seseorang. sekiranya dia ikhlas berkawan, sudah tentu tidak menjadi masalah. yang menjadi persoalan dan punca pergaduhan ialah, cara layanan mereka. perempuan mudah terusik dengan kata kata yang ditabur oleh sang jejaka. hanya sekuntum bunga, mampu mengubah rasa hati. aneh!

kerap kali kita terdengar ucapan dari para jejaka..

" lelaki tak pernah beri harapan, tetapi sering dipersalahkan"
"kami hanya berkawan, tetapi sering disalah tafsir"
"berkawan biar seribu, berkasih biar satu"

namun,
ia berbeda dengan pendapat si gadis

"layanan dia buat kami rasa istimewa. kata kata, tingkah laku. membuatkan kami terjatuh"
"mereka sering beri harapan dan tinggalkan kami"
"kalau mereka cintakan kami, tiada yang lain"

pelik! cinta memberi seribu makna kepada setiap individu. pendapat yang selalunya bercanggah. setelah bercinta, ada yang kecewa, ada yang merana. tetapi tidak kurang juga yang bahagia.

aku punya satu matlamat.
anggap sahaja playboy, playgirl itu sebagai seorang pencinta. cinta itu tidak pernah memberi erti sakit pada dasarnya, cuma cara penerimaan kita itu sahaja yang berbeza. sekiranya kita rasa sakit atau penat bercinta. itu bukan cinta. kerana cinta itu indah. seindah dan seluas kasih pencipta dan hamba-Nya dan sebesar cinta hamba-Nya dan pencipta.

note : kalau ada jodoh, tak kemana. jangan pernah serik dengan cinta. cinta itu indah :)

kau bukan aku

hati ini seperti tisu
lembut, perlu dijaga rapi.
mudah terkoyak, mudah tersentuh.
terutama bila terkena air.
namun, tisu ini kerap ditemani oleh air.
air mata kerana selalu terluka,
mudah tersentuh.

hati ini perlu diletakkan disuatu sudut yang terjaga rapi.
didalam kotak, kotak hati sang pencinta
agar tidak rosak.
kerna, tisu ini sukar untuk kembali kepada rupa yang asal.

tapi..
benarkah apa yang diperkatakan..
bahawa tisu ini mudah dicari ganti
cari yang baru sekiranya sudah rosak.

mungkin.
mungkin itu kau, tapi bukan aku.

Tuesday, 19 November 2013

aku dan Dia

kadangkala kita impikan bintang,
tetapi lupa akan sinar bulan yang menemani malam malam sepi kita.
kadangkala kita rindukan pelangi,
tetapi lupa pada cahaya mentari yang menyinari hari hari kita.
kadang kadang kita terlalu terluka,
tetapi menyembunyikannya daripada pengetahuan dunia.
perasaan sesuatu yang sukar dirungkai.
hanya kita dan Dia yang mengetahui.
bersyukur dan redha dengan apa yang kita punya, tanpa pernah mengeluh

Sunday, 17 November 2013

cerita tentang aku

ASSALAMUALAIKUM

pernah tak kalau bersuara tetapi seperti tak didengari oleh orang lain?
pernah tak kalau kau benar benar maksudkan tapi seakan tidak bermakna?
pernah tak kau rasa kau berada dipenghujung harapan?

aku. ye aku. kadang kadang kita rasa lemah sangat. kadang kadang rasa nak larikan diri. kadang kadang kita rasa macam kita tak mampu tanggung semuanya. bersendirian.
aku percaya. itu sekadar ilusi. aku kerap dibayangi dengan bayang bayang hitam. gelap. aku sendiri yang malapkan masa depan aku. aku sedar.
kita sebagai orang Islam perlu percaya pada qada' dan qadar. setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Allah tak akan membebankan kita dengan perkara yang kita tak mampu tanggung.
mama selalu cakap, jangan ingat kita yang paling susah, cuba bayangkan orang yang lagi susah dari kita. itu membuatkan kita sedar dimana kita berada.
mesti macam pelik, kenapa aku macam emotional sangat malam ni? hahahahaha :D aku penat. penat berpura pura. tapi, aku perlu meluahkan agar tak semakin parah.

aku penghidap salah satu penyakit yang jarang dijangkiti orang lain. hanya segelintir. Toxoplasmosis. sebenarnya penyakit ni tak ada lah penyakit berat atau merbahaya. cuma, ia memberi kesan yang terlalu ketara dalam hidup aku. apa yang aku diberitahu oleh doktor pakar aku, aku dihidapi penyakit Toxo ini sejak dalam kandungan. jangkitan kuman dalam rahim. kemungkinan besar dari haiwan haiwan berbulu seperti kucing, arnab dan lain lain. hahahahaha :D sekarang terbukti. kenapa aku tak minat sangat kucing. yeahhhh~ sejujurnya, kemungkinan besar kucing adalah penyebab jangkitan ni. dulu, jiran aku pernah bela kucing. waktu tu mama mengandungkan aku. aku tak pernah salahkan sesiapa atau salahkan takdir. cuma, ada satu perasaan yang kadang kadang aku sukar untuk tafsirkan. aku bukan seorang yang pandai bercerita. barangkali. maafkan aku.

aku mula perasan bila pandangan aku makin kabur waktu aku darjah 4. tapi, sebenarnya masalah ni dah lama berlaku. cuma, tak perasaan. contohnya, waktu aku kecik dulu. aku seorang yang sangat lasak ganas. hahahaaha :D aku selalu lari, dan terlanggar benda yang ada depan aku. walaupon aku nampak secara kasarnya. waktu aku darjah satu, aku masuk pertandingan lumba lari 50 meter *atlit sekolah woihhh!* :P pada mulanya aku mendapat tempat pertama, tapi, disebabkan aku lari masuk line orang. aku kalah. *time tu sedih nak mampuih! segan pon ada. hahahahahahaa :D* sebenarnya aku tak dapat imbang badan aku. sebab masalah mata kiri aku. start daripada darjah 6 kalau tak silap, kehidupan aku semakin berubah. sebabnya, aku merasa rendah diri. sebab aku rasa aku mungkin tak sama seperti orang lain.

bermulalah dari haritu, doktor pakar tu suruh aku selalu buat rawatan susulan sebab takut ia boleh merebak. mungkin jugak sampai ke otak. oh lupa. sebenarnya aku ada masalah mata. mata kiri aku. kegunaannya agak terhad. bahagian tengah atau hampir dengan anak mata tu ada seakan akan parut *sebenarnya jangkitan kuman* aku tak boleh nampak bahagian tengah. tetapi aku boleh rasa kehadiran objek lain yang ada sekeliling bahagian parut tu. faham? it's complicated! hahahaha :D saya ingat nak tunjuk gambar mata saya. tapi, gambar tu dalam simpanan mama. dia tak bagi aku tengok lagi. so, aku guna bantuan encik google :P



okay. yang gambar kedua tu nampak macam creepy siket kan? hahahaha :D tapi macam tu lah lebih kurang. waktu aku tengok gambar mata aku. rasa macam "wahhhh! mata aku macam ni ke? buruknya mata aku. kenapa aku tak pernah tahu dan perasan mata aku macam ni?" so, rasanya dah dapat gambaran kan apa yang aku cuba sampaikan tadi? waktu doktor nak terangkan pasal penyakit ni. ada beberapa doktor pelatih dan doktor lain masuk bilik doktor pakar tu. sebabnya kes ni agak jarang didengar. apa yang aku tahu, kes ini seperti ratio 1:1000 orang. so, aku special lah. lol :P masalah ni kekal. kalau nak buat rawatan laser, hanya untuk mata kanan yang tidak hadapi masalah. cuma rabun. tapi tak digalakkan. sebabnya, aku hanya bergantung dengan mata kanan. doktor takut kalau berlaku masalah waktu buat rawatan laser. so, aku ambil keputusan untuk tak buat rawatan laser.

hari demi hari, aku rasa aku begitu menyusahkan keluarga aku. sebab, setiap tahun aku perlu rujuk doktor pakar. tapi tu dulu. sekarang aku dah tak pergi. aku risau kalau aku tak mampu terima kenyataan kalau apa apa yang lebih teruk terjadi. aku sedar, rawatan pakar tak murah. sekali jumpa paling murah RM1 ribu. aku bukan dari keluarga yang berada. sejujurnya, aku tak kisah kalau ubat mata yang pedih dan boleh sebab kan aku tak mampu tahan dengan cahaya matahari tu sakitkan aku. cuma, aku tak mampu tengok mama aku menangis setiap kali buat rawatan susulan. waktu aku tingkatan 3. aku terpaksa cuti lebih kurang 2 bulan. sebab sakit kepala yang terlampau. aku diberi cuti sakit. aku pergi buat rawatan sekali lagi di hospital pakar. MRI , CT Scan. semua aku dah buat. kali ni dengan masalah yang berbeza. ia berkenaan dengan otak. rupanya aku migrain. dan migrain ini di tahap yang terlalu tinggi. semua ni antara punca daripada aku paksa menggunakan mata kanan sebagai pengganti mata kiri. pada mulanya aku tak dapat kawal diri aku dari tahan sakit. waktu tu aku dekat asrama. selalunya berlaku waktu aku terlalu banyak membaca, berada tempat yang panas, menghadap komputer atau cahaya cahaya seperti LED. dulu, aku terpaksa makan ubat tidur as ubat tahan sakit. bila aku migrain yang terlalu sakit. mesti esoknya demam. and yeah, memang hampir tiap minggu migrain teruk. pitam. pengsan. yeahh.. semua dah rasa. sekarang ni aku dah pandai kawal. tahan diri daripada makan ubat tu. aku susah menangis depan orang. cuma bila aku dah terlalu sakit. sebab biasanya aku prefer diam diri. menangis dalam bilik air, sebelum tidur. hahahahahaa :D ego!

aku sedih. sebab aku tak cukup kuat. aku anak sulung, tapi aku tak boleh terima masalah yang terlalu besar. bukan tak boleh. cuma, kadang kadang keadaan tak mengizinkan. hmm.. aku selalu rasa yang aku kuat. aku nak buktikan yang aku boleh buat bila aku nak. dan aku akan usaha dapatkan apa yang aku nak, dengan usaha aku sendiri. sebenarnya aku rasa rendah diri sangat, kurang rasa keyakinan. btw, aku ada kad OKU. kelakar kan? sebab orang ingat aku main main. tipu. dan aku tak ambil serious dengan kad tu. sebelum aku dapat kad tu, aku ambil lesen. rasa susahnya untuk dapat lesen tu, Allah je tahu. aku hadapi masalah bila nak drive. semuanya sebab masalah mata kiri aku. aku susah nak pandang cermin sisi sebelah kiri. aku faham kenapa papa tak bagi aku drive. sebab mata aku. cuma, aku selalu fikir, kalau aku tak biasakan. sampai bila aku perlu bergantung kat orang lain.

bezanya kalau orang cacat dan kita nampak macam orang buta, tak ada kaki dengan orang yang macam aku. sempurna pada zahirnya tetapi sebenarnya aku je yang tahu betapa susahnya aku nak lalui hari hari aku. pandangan aku mudah kabur. selalu sakit kepala. kalau aku sakit mata, susah nak sembuh. perlu tunggu berminggu minggu dan perlu jumpa doktor pakar dan guna ubat yang menyakitkan tu -__- but yeah, orang selalu nampak macam aku biasa. tapi hakikatnya, aku rasa rendah diri sangat. aku segan. tambah tambah bila masa tambahan waktu peperiksaan. orang selalu cakap, "mell boleh lah, ada masa tambahan. untung" aku cuma gelak. yelahh.. masa tambahan tu tak cukup dengan apa yang aku dah rasa sepanjang exam, sepanjang waktu belajar aku. orang susah nak faham. sebab diorang tak ada kat tempat aku.

bila aku rasa aku hampir putus asa. aku akan ingat kembali. apa yang selalu diajarkan oleh mama, papa cikgu. aku sabar. semuanya ada hikmah. setiap sakit yang kita rasa, setiap detik yang kita lalui dengan kesukaran. itu tanda Allah sayang kita. itu membuatkan aku lebih kuat.

Note : doakan saya. mata kanan saya terkena jangkitan kuman. tapi, rasanya boleh cepat sembuh. insya Allah :)

Monday, 4 November 2013

sang pencinta

kini mimpi mimpiku kian pudar.
malap
hidup aku terasa seolah olah suatu pusar yang mampu menenggelamkan angan dan impianku.
barangkali senyumku tidak seindah dulu.
kerna
aku pernah melihat kau berlalu pergi
dan aku tak mampu merelakan kepemergiaan
kini,
kau menghilangkan diri kembali.
tanpa lambaian
tanpa senyuman.
mungkin juga kau turut sedih melihat kesedihan aku.
seakan akan hujan yang menemani malam yang sunyi.
mohon kau jangan terus berlalu pergi
dan
tinggalkan aku.
membiarkan mimpi mimpi ku kelam.
kosong.

kepada : si dia yang aku tidak tahu kewujudannya. yang pernah dan sentiasa menemani aku sewaktu aku memerlukan.

Sunday, 3 November 2013

mimpi

ASSALAMUALAIKUM :(

aku mimpi dia. aku mimpi. sekejap. tapi bermakna. mimpi tu memang mainan tidur. aku tahu. hmm.. tapi aku mimpi dia since aku kecik. dia yang selalu teman. nampak macam mengarut. tapi.. hmm :(

sebenarnya dah lama tak mimpi dia. tapi aku mimpi balik tadi. dan akhir mimpi tu, dia hilang. hampir je aku menangis bila aku bangun. dan, jantung aku berdegup laju. aku keliru. sama ada aku sedih dia yang dah lama menghilang atau dia bakal menghilangkan diri lagi. sejujurnya aku rindu dia. hmm.. aku macam budak budak kan sebab rindu orang dalam mimpi? kelakar! tapi kenyataan. aku harap dia betul betul wujud.  aku nak berterima kasih sebab dia selalu teman aku bila aku perlukan seseorang. bagi nasihat dan buat aku bangun semula.  pelik! tapi tu hakikat.

aku rindu sang mimpi. semoga kita jumpa lagi :(

another day to remember :)

ASSALAMUALAIKUM :)

hai cinta hati. post kali ini pendek je. almaklumlah gua ni pemalas *tunjuk penumbuk* kengkunon brutal lahh tu. hee :D atok beli basikal baru! lagi! maknanya dah ada 3 basikal. 2 baru dan 1 yang lama. dan dengar cerita dia nak beli lagi. thanks atok. kakak love you! disebabkan saya ni memang jenis suka aktiviti luar macam berenang, berbasikal. maka, memang saya antara manusia yang bahagia. *joget joget* untuk pengetahuan semua, hampir setiap hari lah saya pergi taman tasik titiwangsa. sebenarnya taman tasik tu tak jauh mana sebab saya selalu je jog dari rumah ke taman tasik titiwangsa tu dengan Adena dan Fatin. tapi  dulu lah. sekarang ni masing masing dah busy, diorang pon dah pindah *menangis* :( so, saya nak tunjuk basikal basikal baru. yeyyyy!

Note : saya rasa saya nak post pendek je. tak sangka pulak. maaf yee. hikhik :P

Friday, 1 November 2013

cerita tentang mimpi

ASSALAMUALAIKUM :)

post kali ini di kelas. meniti hari hari terakhir disini. kalau korang perasan, cerita untuk beberapa hari ni berkisar tentang kenangan. btw, semalam kitorang a.k.a PraU arif yang masuk kelab Bahasa Melayu dan Kesusasteraan makan KFC. under Pn.Nor dan duit kelab. nampak tak macam aku ni berbudi bahasa, amalan mulia. *ehh ehh kau ni. baling tembikai nak* mesti korang tengah gelak guling guling ala ala tengah berdrama hindustan sebab dapat tahu aku ahli kelab BM. yeee.. sila kann~

walaupon aku ni ahli kelab BM tapi bahasa tu kengkadang wempitt jugak! lol :P tak ada maknanya aku nak buat ayat sastera macam 'hatta, si pujangga hadir mengetuk sayu di daun pintu hati sang bungga.' *amboiii kauu.. kelas gitu. macam ahli sasterawan negara* hahahaha

sementara nak tunggu rakyat jelata PraU Arif. terpaksalah aku makan brekpes dulu. *terpaksa sangat* :P oklah. cik eyfa kita pon dah datang.  byebyeee :))

Nota: kenangan tu macam air nescafe latte yang beli kat vending machine tu a
k.a air gedegang. bila kita haus, minum. nikmat. dan kita akan rindu bila kita haus semula. tapi apakan daya. tin tu terpaksa dibuang. sebab kita perlu beli air tin yang baru

tik tok tik

lagi lima hari. dan aku akan meninggalkan semua. semuanya