SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Wednesday, 20 November 2013

aku dan lelaki.

"lelaki pun ada hati"
"Playboy pon baik"
"bukan semua jahat" -anthony

aku tertarik dengan kata kata anthony. benarkah? mungkin ya dan mungkin tidak. bagi aku, ia bergantung kepada niat seseorang. sekiranya dia ikhlas berkawan, sudah tentu tidak menjadi masalah. yang menjadi persoalan dan punca pergaduhan ialah, cara layanan mereka. perempuan mudah terusik dengan kata kata yang ditabur oleh sang jejaka. hanya sekuntum bunga, mampu mengubah rasa hati. aneh!

kerap kali kita terdengar ucapan dari para jejaka..

" lelaki tak pernah beri harapan, tetapi sering dipersalahkan"
"kami hanya berkawan, tetapi sering disalah tafsir"
"berkawan biar seribu, berkasih biar satu"

namun,
ia berbeda dengan pendapat si gadis

"layanan dia buat kami rasa istimewa. kata kata, tingkah laku. membuatkan kami terjatuh"
"mereka sering beri harapan dan tinggalkan kami"
"kalau mereka cintakan kami, tiada yang lain"

pelik! cinta memberi seribu makna kepada setiap individu. pendapat yang selalunya bercanggah. setelah bercinta, ada yang kecewa, ada yang merana. tetapi tidak kurang juga yang bahagia.

aku punya satu matlamat.
anggap sahaja playboy, playgirl itu sebagai seorang pencinta. cinta itu tidak pernah memberi erti sakit pada dasarnya, cuma cara penerimaan kita itu sahaja yang berbeza. sekiranya kita rasa sakit atau penat bercinta. itu bukan cinta. kerana cinta itu indah. seindah dan seluas kasih pencipta dan hamba-Nya dan sebesar cinta hamba-Nya dan pencipta.

note : kalau ada jodoh, tak kemana. jangan pernah serik dengan cinta. cinta itu indah :)

No comments: