SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Sunday, 17 November 2013

cerita tentang aku

ASSALAMUALAIKUM

pernah tak kalau bersuara tetapi seperti tak didengari oleh orang lain?
pernah tak kalau kau benar benar maksudkan tapi seakan tidak bermakna?
pernah tak kau rasa kau berada dipenghujung harapan?

aku. ye aku. kadang kadang kita rasa lemah sangat. kadang kadang rasa nak larikan diri. kadang kadang kita rasa macam kita tak mampu tanggung semuanya. bersendirian.
aku percaya. itu sekadar ilusi. aku kerap dibayangi dengan bayang bayang hitam. gelap. aku sendiri yang malapkan masa depan aku. aku sedar.
kita sebagai orang Islam perlu percaya pada qada' dan qadar. setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Allah tak akan membebankan kita dengan perkara yang kita tak mampu tanggung.
mama selalu cakap, jangan ingat kita yang paling susah, cuba bayangkan orang yang lagi susah dari kita. itu membuatkan kita sedar dimana kita berada.
mesti macam pelik, kenapa aku macam emotional sangat malam ni? hahahahaha :D aku penat. penat berpura pura. tapi, aku perlu meluahkan agar tak semakin parah.

aku penghidap salah satu penyakit yang jarang dijangkiti orang lain. hanya segelintir. Toxoplasmosis. sebenarnya penyakit ni tak ada lah penyakit berat atau merbahaya. cuma, ia memberi kesan yang terlalu ketara dalam hidup aku. apa yang aku diberitahu oleh doktor pakar aku, aku dihidapi penyakit Toxo ini sejak dalam kandungan. jangkitan kuman dalam rahim. kemungkinan besar dari haiwan haiwan berbulu seperti kucing, arnab dan lain lain. hahahahaha :D sekarang terbukti. kenapa aku tak minat sangat kucing. yeahhhh~ sejujurnya, kemungkinan besar kucing adalah penyebab jangkitan ni. dulu, jiran aku pernah bela kucing. waktu tu mama mengandungkan aku. aku tak pernah salahkan sesiapa atau salahkan takdir. cuma, ada satu perasaan yang kadang kadang aku sukar untuk tafsirkan. aku bukan seorang yang pandai bercerita. barangkali. maafkan aku.

aku mula perasan bila pandangan aku makin kabur waktu aku darjah 4. tapi, sebenarnya masalah ni dah lama berlaku. cuma, tak perasaan. contohnya, waktu aku kecik dulu. aku seorang yang sangat lasak ganas. hahahaaha :D aku selalu lari, dan terlanggar benda yang ada depan aku. walaupon aku nampak secara kasarnya. waktu aku darjah satu, aku masuk pertandingan lumba lari 50 meter *atlit sekolah woihhh!* :P pada mulanya aku mendapat tempat pertama, tapi, disebabkan aku lari masuk line orang. aku kalah. *time tu sedih nak mampuih! segan pon ada. hahahahahahaa :D* sebenarnya aku tak dapat imbang badan aku. sebab masalah mata kiri aku. start daripada darjah 6 kalau tak silap, kehidupan aku semakin berubah. sebabnya, aku merasa rendah diri. sebab aku rasa aku mungkin tak sama seperti orang lain.

bermulalah dari haritu, doktor pakar tu suruh aku selalu buat rawatan susulan sebab takut ia boleh merebak. mungkin jugak sampai ke otak. oh lupa. sebenarnya aku ada masalah mata. mata kiri aku. kegunaannya agak terhad. bahagian tengah atau hampir dengan anak mata tu ada seakan akan parut *sebenarnya jangkitan kuman* aku tak boleh nampak bahagian tengah. tetapi aku boleh rasa kehadiran objek lain yang ada sekeliling bahagian parut tu. faham? it's complicated! hahahaha :D saya ingat nak tunjuk gambar mata saya. tapi, gambar tu dalam simpanan mama. dia tak bagi aku tengok lagi. so, aku guna bantuan encik google :P



okay. yang gambar kedua tu nampak macam creepy siket kan? hahahaha :D tapi macam tu lah lebih kurang. waktu aku tengok gambar mata aku. rasa macam "wahhhh! mata aku macam ni ke? buruknya mata aku. kenapa aku tak pernah tahu dan perasan mata aku macam ni?" so, rasanya dah dapat gambaran kan apa yang aku cuba sampaikan tadi? waktu doktor nak terangkan pasal penyakit ni. ada beberapa doktor pelatih dan doktor lain masuk bilik doktor pakar tu. sebabnya kes ni agak jarang didengar. apa yang aku tahu, kes ini seperti ratio 1:1000 orang. so, aku special lah. lol :P masalah ni kekal. kalau nak buat rawatan laser, hanya untuk mata kanan yang tidak hadapi masalah. cuma rabun. tapi tak digalakkan. sebabnya, aku hanya bergantung dengan mata kanan. doktor takut kalau berlaku masalah waktu buat rawatan laser. so, aku ambil keputusan untuk tak buat rawatan laser.

hari demi hari, aku rasa aku begitu menyusahkan keluarga aku. sebab, setiap tahun aku perlu rujuk doktor pakar. tapi tu dulu. sekarang aku dah tak pergi. aku risau kalau aku tak mampu terima kenyataan kalau apa apa yang lebih teruk terjadi. aku sedar, rawatan pakar tak murah. sekali jumpa paling murah RM1 ribu. aku bukan dari keluarga yang berada. sejujurnya, aku tak kisah kalau ubat mata yang pedih dan boleh sebab kan aku tak mampu tahan dengan cahaya matahari tu sakitkan aku. cuma, aku tak mampu tengok mama aku menangis setiap kali buat rawatan susulan. waktu aku tingkatan 3. aku terpaksa cuti lebih kurang 2 bulan. sebab sakit kepala yang terlampau. aku diberi cuti sakit. aku pergi buat rawatan sekali lagi di hospital pakar. MRI , CT Scan. semua aku dah buat. kali ni dengan masalah yang berbeza. ia berkenaan dengan otak. rupanya aku migrain. dan migrain ini di tahap yang terlalu tinggi. semua ni antara punca daripada aku paksa menggunakan mata kanan sebagai pengganti mata kiri. pada mulanya aku tak dapat kawal diri aku dari tahan sakit. waktu tu aku dekat asrama. selalunya berlaku waktu aku terlalu banyak membaca, berada tempat yang panas, menghadap komputer atau cahaya cahaya seperti LED. dulu, aku terpaksa makan ubat tidur as ubat tahan sakit. bila aku migrain yang terlalu sakit. mesti esoknya demam. and yeah, memang hampir tiap minggu migrain teruk. pitam. pengsan. yeahh.. semua dah rasa. sekarang ni aku dah pandai kawal. tahan diri daripada makan ubat tu. aku susah menangis depan orang. cuma bila aku dah terlalu sakit. sebab biasanya aku prefer diam diri. menangis dalam bilik air, sebelum tidur. hahahahahaa :D ego!

aku sedih. sebab aku tak cukup kuat. aku anak sulung, tapi aku tak boleh terima masalah yang terlalu besar. bukan tak boleh. cuma, kadang kadang keadaan tak mengizinkan. hmm.. aku selalu rasa yang aku kuat. aku nak buktikan yang aku boleh buat bila aku nak. dan aku akan usaha dapatkan apa yang aku nak, dengan usaha aku sendiri. sebenarnya aku rasa rendah diri sangat, kurang rasa keyakinan. btw, aku ada kad OKU. kelakar kan? sebab orang ingat aku main main. tipu. dan aku tak ambil serious dengan kad tu. sebelum aku dapat kad tu, aku ambil lesen. rasa susahnya untuk dapat lesen tu, Allah je tahu. aku hadapi masalah bila nak drive. semuanya sebab masalah mata kiri aku. aku susah nak pandang cermin sisi sebelah kiri. aku faham kenapa papa tak bagi aku drive. sebab mata aku. cuma, aku selalu fikir, kalau aku tak biasakan. sampai bila aku perlu bergantung kat orang lain.

bezanya kalau orang cacat dan kita nampak macam orang buta, tak ada kaki dengan orang yang macam aku. sempurna pada zahirnya tetapi sebenarnya aku je yang tahu betapa susahnya aku nak lalui hari hari aku. pandangan aku mudah kabur. selalu sakit kepala. kalau aku sakit mata, susah nak sembuh. perlu tunggu berminggu minggu dan perlu jumpa doktor pakar dan guna ubat yang menyakitkan tu -__- but yeah, orang selalu nampak macam aku biasa. tapi hakikatnya, aku rasa rendah diri sangat. aku segan. tambah tambah bila masa tambahan waktu peperiksaan. orang selalu cakap, "mell boleh lah, ada masa tambahan. untung" aku cuma gelak. yelahh.. masa tambahan tu tak cukup dengan apa yang aku dah rasa sepanjang exam, sepanjang waktu belajar aku. orang susah nak faham. sebab diorang tak ada kat tempat aku.

bila aku rasa aku hampir putus asa. aku akan ingat kembali. apa yang selalu diajarkan oleh mama, papa cikgu. aku sabar. semuanya ada hikmah. setiap sakit yang kita rasa, setiap detik yang kita lalui dengan kesukaran. itu tanda Allah sayang kita. itu membuatkan aku lebih kuat.

Note : doakan saya. mata kanan saya terkena jangkitan kuman. tapi, rasanya boleh cepat sembuh. insya Allah :)

No comments: