SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Wednesday, 20 November 2013

kau bukan aku

hati ini seperti tisu
lembut, perlu dijaga rapi.
mudah terkoyak, mudah tersentuh.
terutama bila terkena air.
namun, tisu ini kerap ditemani oleh air.
air mata kerana selalu terluka,
mudah tersentuh.

hati ini perlu diletakkan disuatu sudut yang terjaga rapi.
didalam kotak, kotak hati sang pencinta
agar tidak rosak.
kerna, tisu ini sukar untuk kembali kepada rupa yang asal.

tapi..
benarkah apa yang diperkatakan..
bahawa tisu ini mudah dicari ganti
cari yang baru sekiranya sudah rosak.

mungkin.
mungkin itu kau, tapi bukan aku.

No comments: