SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Friday, 13 December 2013

perempuan itu

sesetengah orang menganggap cinta itu seperti mendapat medal atau memenangi trofi
hasil sebuah kejayaan
sesetengah orang juga berpendapat bahawa
cinta itu merupakan sebuah penantian yang tiada penghujung bagi orang yang dia sayang.
jujur dan tulus
bagi perempuan itu,
cinta ibarat rahsia yang tidak memerlukan orang lain untuk mengetahuinya

my love

first love is painful and unrequited love is heartbreaking...

ASSALAMUALAIKUM :)

terjaga dari mimpi, hanya satu ayat ni menghantui. mungkin jugak gara gara movie korea yang saya tonton pagi tadi.
yes! saya suka korean movie, korean song, korean fashion. tapi tak bermakna saya kpopers. kenapa? sebab saya tak pernah menggelarkan diri saya atau melabel kan diri saya macam tu. ia cuma.. suka! ya, kesukaan.
saya terpaksa mengaku yang saya juga seperti perempuan perempuan yang lain. boleh menangis bila tersentuh. ya, saya mengaku *hati tisu bebbb* tak salah rasanya.  cuma, saya hanya akan menangis jika.. ouhh lupakan! rasanya tak perlu cerita semua. hahahaha
ouh yaa..

I'm not participant in the love plane. just because I got the ticket first. .it's not like I can declare that it's my seat


sweet dream guys :)

Nota : mungkin saya post entry ini terlalu lambat. ye. sebabnya saya.. hmm.. lupakan~

Wednesday, 11 December 2013

birthday shout !

ASSALAMUALAIKUM :)


hai kawan kawan. kita kembali lagi dalam rancangannnnnnnnnnn.. banannanananananaa~ *buat gaya kanak kanak mengacara* hahahahaha :D
sebenarnya dulu pernah laa terfikir nak masuk tv. sebabnya, bila masuk tv, rasa macam happy je. macam tak pernah ada masalah. tapi, itu pemikiran zaman ribena aku. hahahaha :D
sekarang aku dah faham. mana ada orang yang tak pernah ada masalah. sebab semua masalah, dugaan itu mematangkan kita. betul tak kanak kanak? *menjerit*

baiklah! kali ini, saya nak bercerita tentang seseorang
siapakah gerangan si dia? jeng jengg jengggg~ 

ENCIK ZUHAIMI BIN HAMIM 






yahoooooo~ *lompat lompat*
sebelum saya cerita lebih lanjut, adalah lebih baik sekiranya saya memulakan sedikit mukadimah dengan menceritakan latar depan belakang beliau.

nama diberi zuhaimi bin hamim :)
berusia 19 tahun pada 11 December 2013 *gua kak long*
satu kelas dengan saya. kalau ikutkan.. hmm hmmm~ kalau tak silap dia duduk belakang saya *kalau tak silap lah. lupa! maaf dah nyanyuk*
okay, ayat di atas merujuk kepada betapa dewasanya saya sehinggakan nak lupakan zaman baju sekolah. lulss
seorang yang baik. yup, sebab selalu bawak kitorang satu kelas pergi jalan jalan. hahahahaaha :D
selalu belanja orang. contohnyaaaaaa.. makan bakso. hikhikhik :D
apa yang saya ingat pasal dia. dia pergi sekolah naik motor. haaaaaaa.. 
ketua kumpulan 2 *yang poyo sebab menang tempat kedua. err~ yeke dia kumpulan 2? lantak ahhh~*
pengguna bb tegar. booooo~
dan dan dan..
seorang yang jiwang. dalam hati ada kebun bunga. hahahahaha :D

cukup lah cerita panjang panjang. sebenarnya tak ada hadiah. sobs sobss :'(
maafkan patik.
ohh ya! saya dengan beberapa kawan yang lain pernah sambut birthday dia dekat taman layang layang, tahun lepas. dan dia nampak happy sangat. tapi sekarang semua busy. rasa macam susah je nak buat macam tu lagi,


maafkan kami sekali lagi.


masa untuk ucapan! hmm hmm hmm.. semoga panjang umur, murah rezeki, jadi seorang anak dan hamba yang taat pada perintah Allah dan kedua ibubapa. dan jangan lupa.. keep swagggg~ :P

Akhir kata,
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. dalam masa yang sama, jangan pernah lupa untuk berusaha dan jangan putus doa. okay?
terima kasih sebab jadi kawan aku :)




Nota : kita jumpa bila majlis kahwin kau nanti. sebab aku nak jadi flower girl yang duduk meja VVIP. hahahahaha :D

Tuesday, 10 December 2013

mimpi yang panjang :(

SENTUL : awan yang berarak. mendung. membawa sarat keperitan hidup. lantas menangis dengan penuh hiba

ASSALAMUALAIKUM :)

ecewahhhhhhh.. dah mula dah aku bermadah kata. wewitttt~ mohon beri tepukan. *menari gangnam style depan lappy*
aku nak bercerita sedikit tentang diri aku.
maksudnya, sebahagian daripada diri aku yang munkin anda tidak tahu dan mungkin juga tidak pernah sedar.

AKU SEORANG YANG PUITIS.

benaran? *ikut gaya mat indon sebelah rumah cakap* hahahaha :D itu apa yang pernah orang cakap.
mungkin benar. dan, mungkin tidak.
aku mengaku yang aku memang suka buat sajak, kata kata. tapi, tak bermakna aku ni puitis. ehh? -__-
mesti korang pelik.
untuk pengetahuan korang, aku beranggapan bahawa orang yang puitis ni ialah orang yang JIWANG.
aku jiwang? tetttt~ brutal kot ni. *sambil tunjuk penumbuk* hahahahaha :D

mungkin sebab aku ni perempuan. perempuan mudah tertarik dengan kata kata yang indah. tenang je. kan? setuju tak? siapa setuju angkat tangan! :D
betul lah tu.
kadang tu, bila kita buat puisi atau bait bait sajak. kita akan rasa puas. ye. suatu kepuasan!
aku setuju dengan petikan kata kata ni

Tugas puisi adalah menerjemahkan mimpi-mimpi ke dalam kenyataan: dan mentafsirkan kenyataan dunia ke dalam impian -Nietzsche

ini sebab aku percaya yang puisi kadang kadang mampu membuatkan kita tidak mahu terjaga dari mimpi yang panjang. yelaaaa, dunia ni kadang kadang penuh dengan penipuan manusia. lantas, menyebabkan hati kita terlalu sedih. rindu yang menggunung. haihhh~ sadisnyaaaa..

maka, dengan ini saya tamatkan karangan pendek saya dengan serangkap pantun dua kerat :)

gagah perkasa wahai si badang
pokok jati mampu dibelah.
apa lagi pandang pandang?
rasanya dah boleh blaaaah~



Nota : aku tidak mampu melakar rahsia hati. aku tidak mampu bernyanyi lagu rindu. apa yang aku mampu hanyalah mengarang ceritera hidup.

GIFT

dear you,

i wish i was gifted with a good voice
so that i could cheer everybody up by singing their favorite songs
whenever they feel sad 






Monday, 9 December 2013

chocolate cadbury



ASSALAMUALAIKUM :)
mengenai post sebelum ni, saya dapat beberapa maklum balas *post cinta pandang pertama*. yang agak memberangsangkan. mungkin mereka pernah merasai benda yang sama. yup. mengenai cinta pandang pertama.  paling tak tahan bila ada manusia yang gatal gatal memerli. hahahahaha :D siapa dia? cuba teka! dia manusia pelik bersifat gegirl yang suka simpan bear bear.

nama diberi Anthony Choo. nama panjang saya tak berani nak tulis.  maklumlah, kang salah tak memasal jejaka berhati tisu tu merajuk then mengadu kat cinta hati dia a.k.a ty. ty dah laa rajin lempang orang. kang tak memasal. hahahaha :D

untuk pengetahuan semua, dia ada buat blog. yes! dia baru berjinak jinak dalam dunia blog. mohon follow dia. boleh stalk dia, apa yang dia cerita dan coretkan mengenai kisah hidup dia. tekan sini untuk melawat :)

cinta hati terbaru

Titik permulaan dari sebuah kejayaan bermula dari kegagalan - 2013


percaya tak? saya percaya. 
sebabnya, saya antara pemain tegar CANDY CRUSH. Hahahahahaha :D okay nampak macam mengarut. tapi bagi sesiapa yang dah terkena virus CC ni. perghhhh~ memang tak tidur malam *sebab tidur untuk tunggu nyawa ja* hahahahaha :D makan pon terlupa. kot kot laa kalau awak awak teringin nak kurus.  mohon try download Candy Crush.
bukti dan testimoni dah ada. papa saya. hahahaha :D sanggup tak tidur malam sambil jaga forex dia, pergi main candy crush. dulu main Pou. *yeeee~ yang sampai lupa bagi anak makan sebab nak bagi Pou dia makan* -___-
kalau main Candy Crush perlukan kesabaran yang tinggi. kalau acah acah sabar, memang kelaut laa. hahahaha ;D  buktinya, kalau tak gagal, memang bukan pemain tegar lah. lepas tu.. permainan ni boleh eratkan silaturrahim. mana tak nya, terpaksa tebalkan muka untuk minta nyawa atau tiket ketempat lain. hahahaha :D itu sahaja post kali ni. 
saya sediakan beberapa gambar. detik detik cemas candy crush. lol :P
Note : kau ibarat dadah. aku benci kau. tapi sejauh mana aku berlari, kau menghantui. ohhh candy crush kuuuuu~ hahahaha :D


detik cemas bila out of move. time ni dah menonggeng. sedih. sobss sobsss~


dua perkataan YOU FAILED! bakal menghantui malam malam anda


maka, terpaksa memohon jasa baik rakan rakan untuk membantu. sebagai contoh, papa sanggup call pepagi buta waktu orang tengah tidur sepaya hantar nyawa dekat dia -__-

Nota : kalau tak pandai kawal, kura kura pon mati kelaparan. jangan anda biarkan diri anda diselubungi misteri CANDY CRUSH.

CINTA pandang PERTAMA



cinta.
satu perkataan yang membawa seribu makna.
sejuta perasaan.
berbeza bagi setiap pemilik cinta.


bak kata amy mastura..
"jika ditanya tentang cinta.  macam macam lah jawapannya. ada cinta yang bawa ceria.  ada cinta yang sanggup merana" *menyanyi sambil joget lambak* hahahaha :D teringat cerita Puteri TV3 yang kakak kesayangan saya iaitu nora danish berlakon. Soooooooooo.. kita enjoyyyyyy! haaa.. rasanya yang mana mana yang nyanyuk tu mesti ingat tagline cerita tu. kiut habis! okay.. dah mula dah mengarut. masuk cerita lain. hahahaha

maaflah, saya ni memang tak boleh diberi peluang untuk bercerita. haiyooooo~

berbalik pada topik yang asal. CINTA. mesti ada yang tertanya tanya. kenapa tetiba saya masuk topik hangat sensasi meletop kalah melodi ni? hahahahaa buang tebiat apa? atau mungkin saya sedang dilamun cinta? wewitttttt :P
sebelum saya pergi lebih jauh. adalah lebih baik kalau saya bagi definisi cinta, suka dan sayang. *ni bagi pendapat gua lah broo~ lu rasa lain, itu lu punya pasal*

cinta : cinta pada sang kekasih. kekasih merujuk kepada ramai orang. termasuklah mama, papa dan juga makwe pakwe. hikhikhik
sayang : sayang wujud apabila kita hargai seseorang itu. rasa sanggup berkorban demi tidak melukakan hati dan perasaan dia. walaupun terpaksa melepaskan dia. kebiasaannya hadir seiring dengan cinta.
suka : biasanya suka pada sifat sesuatu atau spesifik terhadap sesuatu. contoh, saya suka dia sebab dia handsome. tapi masih tidak mampu memberi komitmen yang jelas

jangan bercaya apa yang saya type. sebabnya, saya ni bukannya ingat pon. manalah tahu kott kott korang nak buat kuiz, apakah definisi cinta anda di blog Bella Luna. JADAH! hahahahaha :D memey tak ingatlah jawabnya. sebab cinta sayang dan suka ni bagi saya sesuatu yang indah. yelaaaa~ buat apa kita specific kan maksudnya kepada istilah tersendiri. iakan sesuatu yang abstrak. perasaan yang unik. tak gitu? ngehh ngehh ngehh :P

dalam beberapa minggu ni saya dilanda stress yang melampau. kenapa? gara gara salah saya sendiri. IM dekat facebook teronline memanjang. biasanya saya akan prefer invisible or offline.
bermula dari detik itu, berlakulah beberapa pengenalan yang tidak disangka sangka.
ia mengajar aku tentang istilah baharu.
CINTA PANDANG PERTAMA

kelakar sangat bila saya yang terpaksa bercerita tentang ini.  tapi memang logik. mungkin sebab sifat saya yang banyak cerita ni membuatkan orang rasa lain macam. errr~ macam aneh je ayat. maksudnya, cara saya layan macam menunjukkan seolah olah saya ada perasaan selain daripada perasaan untuk seorang rakan. bukan niat saya untuk mempermainkan perasaan orang lain atau test market. tettt~ cuma, sikap saya yang 'matang' ni kadang kadang buat orang salah anggap.

berbalik pada cerita mengenai CINTA PANDANG PERTAMA. sejujurnya, saya tak percaya. sebab saya anggap benda itu hanya sekadar mainan perasaan sahaja. tetapi tak dinafikan. ia memang wujud. sebab jodoh pertemuan, ajal, maut di tangan Allah. tetapi bagi saya, ia adalah lojik SEKIRANYA ia beralih ke mood alam perkahwinan. sebagai contoh, mama papa jodohkan saya dengan sesorang yang saya tak kenal. dan saya terima dia sebab poket kembung muka handsome ada title tan sri budi pekerti yang baik, dan wajah yang membuatkan kita tenang apabila melihat dia.
tapi, kalau setakat budak hingusan macam saya ni, tak payah berangan lagi laaa.. masak pon tak habis belajar lagi. cinta pandang pertama tu lazimnya akan wujud apabila kita tengok wajah dan personaliti dia.
macam saya tergila gilakan Suho artis kumpulan EXO tu. *menari lagu Growl* hahahaha :D

saya minta maaf kalau persepsi anda berbeza. ini sekadar pendapat. sejujurnya, saya bukan seorang yang pemilih. kalau setakat nak luangkan dan membuang masa boleh lah bercinta pandang pertama. tapi saya ni gadis typical. yang inginkan sesuatu perhubungan yang tidak terlalu sekejap gara gara mudah dan terlalu sayang kepada seseorang. ia juga tidak bermakna saya tidak memberi peluang. cuma, peluang yang awak awak minta tu agak mustahil.

contoh pertama : berkenalan sehari. dan meluahkan isi hati. berjanji akan setia. sedangkan kita tidak tahu perangai dan kisah silam bakal pasangan
contoh kedua : sikap terlalu mengambil berat atau bahasa 'sopan' sifat mengongkong. *agak laaa kalau sampai nak gelak pon jadi isu* -__-

keserasian tu penting. faham tak? *tunjuk rotan* hahahaha :D biasanya, keserasian tu wujud bila kita dah berkawan lama. betul lah kalau ada sesetengah individu cakap, LOVE IS FRIENDSHIP :)
tapi, kalau boleh elakkan bercinta dengan kawan baik, elakkan lah. bukan apa, kalau kita rasa kita mampu bersikap professional bila terjadi sesuatu masalah. lupakan. mana tak nya, kang risau bila dah gaduh atau clash dengan kawan baik tu buat perang dingin. mengumpat. post or tweet or instagram or buat keek tentang keburukan ex kita. perghhhhh~ BIG NO! baik tak payah couple. chill lah~ banyak masa lagi dik. sayang tau kalau daripada kita boleh berkongsi cerita dan masalah, akhirnya dia pergi. gara gara kita bercinta dengan kawan baik. sobss sobbss :'(

pendek cerita, sebenarnya kalau kita nak ber-couple sekali pun, kita kena pastikan yang kita dalam keadaan yang tenteram. bukan terburu buru. maksudnya, bukan nak couple tu sebab jeles ex kita ada orang lain or sebab nak duit orang tu. perghhh~ cinta ni melibatkan hati dan perasaan. 
yelaaaa~ kita boleh je bercinta dalam masa kurang dari satu jam. tapi nak melupakan tu ambil jangka masa yang lama. kadang kadang berhari hari, berjam jam malah bertahun tahun. ishhh~ kang tak memasal sampai ke-tua lah ekau bujang. hahahaha :D cinta tu indah. normal lah kalau tercubit, tersakit, terguris hati dan perasaan. itulah manis bercinta. *gua cerita ni bukan untuk bercinta sebelum kahwin je tau, mokcik pokcik pon buleh donga sokali* :P
kekurangan kesedihan menjadi titik tolak dalam sebuah kebahagiaan.

konklusinya disini, awak awak jangan lah frust tertonggeng dan menonggeng bila ditolak oleh cinta pertama awak. relaks brother, brother relaks. masih ada cinta pandang kedua ketiga keempat keseratus lima puluh lapan. hahahahaha :D
tak salah sekiranya kita memerlukan seseorang untuk bercerita atau meluahkan rasa hati. tetapi ia tidak terlalu khusus kepada girlfriend or boyfriend kita. boleh juga kalau kita luahkan pada kawan yang kita percayai. mama, papa dan paling penting mengadu pada Allah. setiap kali selepas solat. insya Allah akan lebih tenang. maksud saya disini, dalam hidup awak, mesti akan ada sesorang yang akan menjadi tulang belakang awak yang sentiasa menyokong dan menjadi crying shoulder awak bila awak nak menangis melolong bercerita masalah. tak semesti dia kena jadi gf or bf awak. dia mesti orang yang istimewa. sebab awak percaya dia. okay kanak kanak? :)

nota : mencintai seseorang itu indah. melupakannya sukar kerana menyakitinya kerap. kalau ada sebarang pertanyaan. mohon call :P

Thursday, 5 December 2013

hanya untuk kali ini

assalamualaikum :')

quick post untuk malam ni.
pendek.
ringkas.
tetapi padat.
dan memberi sejuta makna.

kebelakangan ni, hati aku macam tisu.
terlalu lembut.
perlu dijaga rapi.
mudah sahaja terluka.
mungkin juga aku kosong.
sunyi.

aku dah lupakan semua.
semuanya.
sumpah aku sudah dan sedang mencuba.
tapi sakit hati ini.
aku pendam.
sendirian.

mungkin juga,
kamu merasakan apa yang pernah aku rasa.
tetapi sakit.
sebab kau terluka.
sebagaimana aku pernah terluka.

aku sentiasa ada denganmu
dan membisikkan kata rindu.
hanya untuk kali ini,
aku terpaksa berterus terang.

hanya untuk kali ini.
sumpah.
aku cuba menghapus kenangan.
maafkan aku andai ku tak bisa.

Monday, 2 December 2013

encik rindu

"you're lucky because you once had him:)"

Assalamualaikum :)
ayat yang menikam sanubari. hahahahaha :D ayat nak novel sangat kan?
bercerita tentang sahabat. tak kira walau dimana dia berada, selama mana kita kenal dia. tetapi sekiranya dia seorang yang pandai menghargai diri kita. itu cukup bermakna.

baiklah, apabila kita mula bercerita tentang sahabat, ianya berkait rapat dengan kenangan. termasuklah kenangan zaman jahiliah yang main tengteng, police entry, main tarik rambut budak, buli kawan. hahahahahaha aku akui yang aku nakal. sampaikan pakcik makcik jiran tetangga tak larat nak jaga aku. sebabnya, nakal tahap ya rabbi. hahahahaha :D ada je yang panggil aku boy waktu kecik. macam tak percaya kan? tapi memang ye. krikkk krikkk krikkk~

aku seorang yang tak pandai untuk tunjukkan betapa aku hargai seseorang tu. kadang kadang cara untuk aku tunjuk yang aku sayang, aku akan selalu gaduh, marah marah macam budak terencat. okay bye.

aku hargai pada kawan kawan yang still ingat birthday aku, ingat tarikh exam aku, belanja chocolate bakso baju rantai dll. aku hargai. mungkin korang tak tido malam semata mata nak wish good luck kat aku sebab aku exam walaupon waktu tu aku tengah busy main candy crush *peghasannya aku*

mohon semua kawan dan sahabat aku tak terasa dengan perangai aku yang 'baik' sangat ni. *nangis bawah pokok* aku sayang korang. dan aku selalu ingat korang walaupon aku tak tegur or mula contact korang dulu.

jangan risau! habis exam esok. kita dating ye adena and #Darlings. serious aku boleh layan korang semua lepas ni. yang adik kaa kakak kaa abang or boipreng angkat kaaa.. boleh lah mengaku. saya boleh cari balik. hahahahaha :D ok tipu.

GUA SAYANG SAMA LU!

Note : aku bukan ego. aku malu kalau aku tak mampu tahan diri aku dari mengatakan yang aku terlalu rindu kau. maaf :(

bye baju sekolah

minggu malas sedunia.
malas nak bercakap
malas nak makan
malas nak mandi
malas nak tido

yang paling pentingggg....

MALAS NAK EXAM MACRO ECONOMI

note : mohon baling buah tembikai lumapulohenam biji. pemalas nak gila!