SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Monday, 9 December 2013

CINTA pandang PERTAMA



cinta.
satu perkataan yang membawa seribu makna.
sejuta perasaan.
berbeza bagi setiap pemilik cinta.


bak kata amy mastura..
"jika ditanya tentang cinta.  macam macam lah jawapannya. ada cinta yang bawa ceria.  ada cinta yang sanggup merana" *menyanyi sambil joget lambak* hahahaha :D teringat cerita Puteri TV3 yang kakak kesayangan saya iaitu nora danish berlakon. Soooooooooo.. kita enjoyyyyyy! haaa.. rasanya yang mana mana yang nyanyuk tu mesti ingat tagline cerita tu. kiut habis! okay.. dah mula dah mengarut. masuk cerita lain. hahahaha

maaflah, saya ni memang tak boleh diberi peluang untuk bercerita. haiyooooo~

berbalik pada topik yang asal. CINTA. mesti ada yang tertanya tanya. kenapa tetiba saya masuk topik hangat sensasi meletop kalah melodi ni? hahahahaa buang tebiat apa? atau mungkin saya sedang dilamun cinta? wewitttttt :P
sebelum saya pergi lebih jauh. adalah lebih baik kalau saya bagi definisi cinta, suka dan sayang. *ni bagi pendapat gua lah broo~ lu rasa lain, itu lu punya pasal*

cinta : cinta pada sang kekasih. kekasih merujuk kepada ramai orang. termasuklah mama, papa dan juga makwe pakwe. hikhikhik
sayang : sayang wujud apabila kita hargai seseorang itu. rasa sanggup berkorban demi tidak melukakan hati dan perasaan dia. walaupun terpaksa melepaskan dia. kebiasaannya hadir seiring dengan cinta.
suka : biasanya suka pada sifat sesuatu atau spesifik terhadap sesuatu. contoh, saya suka dia sebab dia handsome. tapi masih tidak mampu memberi komitmen yang jelas

jangan bercaya apa yang saya type. sebabnya, saya ni bukannya ingat pon. manalah tahu kott kott korang nak buat kuiz, apakah definisi cinta anda di blog Bella Luna. JADAH! hahahahaha :D memey tak ingatlah jawabnya. sebab cinta sayang dan suka ni bagi saya sesuatu yang indah. yelaaaa~ buat apa kita specific kan maksudnya kepada istilah tersendiri. iakan sesuatu yang abstrak. perasaan yang unik. tak gitu? ngehh ngehh ngehh :P

dalam beberapa minggu ni saya dilanda stress yang melampau. kenapa? gara gara salah saya sendiri. IM dekat facebook teronline memanjang. biasanya saya akan prefer invisible or offline.
bermula dari detik itu, berlakulah beberapa pengenalan yang tidak disangka sangka.
ia mengajar aku tentang istilah baharu.
CINTA PANDANG PERTAMA

kelakar sangat bila saya yang terpaksa bercerita tentang ini.  tapi memang logik. mungkin sebab sifat saya yang banyak cerita ni membuatkan orang rasa lain macam. errr~ macam aneh je ayat. maksudnya, cara saya layan macam menunjukkan seolah olah saya ada perasaan selain daripada perasaan untuk seorang rakan. bukan niat saya untuk mempermainkan perasaan orang lain atau test market. tettt~ cuma, sikap saya yang 'matang' ni kadang kadang buat orang salah anggap.

berbalik pada cerita mengenai CINTA PANDANG PERTAMA. sejujurnya, saya tak percaya. sebab saya anggap benda itu hanya sekadar mainan perasaan sahaja. tetapi tak dinafikan. ia memang wujud. sebab jodoh pertemuan, ajal, maut di tangan Allah. tetapi bagi saya, ia adalah lojik SEKIRANYA ia beralih ke mood alam perkahwinan. sebagai contoh, mama papa jodohkan saya dengan sesorang yang saya tak kenal. dan saya terima dia sebab poket kembung muka handsome ada title tan sri budi pekerti yang baik, dan wajah yang membuatkan kita tenang apabila melihat dia.
tapi, kalau setakat budak hingusan macam saya ni, tak payah berangan lagi laaa.. masak pon tak habis belajar lagi. cinta pandang pertama tu lazimnya akan wujud apabila kita tengok wajah dan personaliti dia.
macam saya tergila gilakan Suho artis kumpulan EXO tu. *menari lagu Growl* hahahaha :D

saya minta maaf kalau persepsi anda berbeza. ini sekadar pendapat. sejujurnya, saya bukan seorang yang pemilih. kalau setakat nak luangkan dan membuang masa boleh lah bercinta pandang pertama. tapi saya ni gadis typical. yang inginkan sesuatu perhubungan yang tidak terlalu sekejap gara gara mudah dan terlalu sayang kepada seseorang. ia juga tidak bermakna saya tidak memberi peluang. cuma, peluang yang awak awak minta tu agak mustahil.

contoh pertama : berkenalan sehari. dan meluahkan isi hati. berjanji akan setia. sedangkan kita tidak tahu perangai dan kisah silam bakal pasangan
contoh kedua : sikap terlalu mengambil berat atau bahasa 'sopan' sifat mengongkong. *agak laaa kalau sampai nak gelak pon jadi isu* -__-

keserasian tu penting. faham tak? *tunjuk rotan* hahahaha :D biasanya, keserasian tu wujud bila kita dah berkawan lama. betul lah kalau ada sesetengah individu cakap, LOVE IS FRIENDSHIP :)
tapi, kalau boleh elakkan bercinta dengan kawan baik, elakkan lah. bukan apa, kalau kita rasa kita mampu bersikap professional bila terjadi sesuatu masalah. lupakan. mana tak nya, kang risau bila dah gaduh atau clash dengan kawan baik tu buat perang dingin. mengumpat. post or tweet or instagram or buat keek tentang keburukan ex kita. perghhhhh~ BIG NO! baik tak payah couple. chill lah~ banyak masa lagi dik. sayang tau kalau daripada kita boleh berkongsi cerita dan masalah, akhirnya dia pergi. gara gara kita bercinta dengan kawan baik. sobss sobbss :'(

pendek cerita, sebenarnya kalau kita nak ber-couple sekali pun, kita kena pastikan yang kita dalam keadaan yang tenteram. bukan terburu buru. maksudnya, bukan nak couple tu sebab jeles ex kita ada orang lain or sebab nak duit orang tu. perghhh~ cinta ni melibatkan hati dan perasaan. 
yelaaaa~ kita boleh je bercinta dalam masa kurang dari satu jam. tapi nak melupakan tu ambil jangka masa yang lama. kadang kadang berhari hari, berjam jam malah bertahun tahun. ishhh~ kang tak memasal sampai ke-tua lah ekau bujang. hahahaha :D cinta tu indah. normal lah kalau tercubit, tersakit, terguris hati dan perasaan. itulah manis bercinta. *gua cerita ni bukan untuk bercinta sebelum kahwin je tau, mokcik pokcik pon buleh donga sokali* :P
kekurangan kesedihan menjadi titik tolak dalam sebuah kebahagiaan.

konklusinya disini, awak awak jangan lah frust tertonggeng dan menonggeng bila ditolak oleh cinta pertama awak. relaks brother, brother relaks. masih ada cinta pandang kedua ketiga keempat keseratus lima puluh lapan. hahahahaha :D
tak salah sekiranya kita memerlukan seseorang untuk bercerita atau meluahkan rasa hati. tetapi ia tidak terlalu khusus kepada girlfriend or boyfriend kita. boleh juga kalau kita luahkan pada kawan yang kita percayai. mama, papa dan paling penting mengadu pada Allah. setiap kali selepas solat. insya Allah akan lebih tenang. maksud saya disini, dalam hidup awak, mesti akan ada sesorang yang akan menjadi tulang belakang awak yang sentiasa menyokong dan menjadi crying shoulder awak bila awak nak menangis melolong bercerita masalah. tak semesti dia kena jadi gf or bf awak. dia mesti orang yang istimewa. sebab awak percaya dia. okay kanak kanak? :)

nota : mencintai seseorang itu indah. melupakannya sukar kerana menyakitinya kerap. kalau ada sebarang pertanyaan. mohon call :P

No comments: