SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Monday, 15 September 2014

.

aku nak menangis
aku nak jerit kuat kuat
aku nak pergi satu tempat yang memang orang tak kenal aku
aku tak tahu nak buat apa

sedihlaaaaaa
hahahahahahahaa
kecewa.

Sunday, 7 September 2014

hati mati.

Ya Allah. disebabkan ego. disebabkan ikut sangat kata hati. aku hampir hilang seorang kawan. kawan yang aku sayang.
Ya Allah. sesungguhnya aku rindu dia.
banyak sungguh dugaan dia. aku tak sangka. menyesal. dulu, aku yang seakan akan melarikan diri. aku terlupa. aku mudah lupa. aku alpa. aku lalai. aku sayangkan dia. kerana keegoan. aku pendam rasa itu.
sampai satu hari, aku terlupa tentang kewujudan dia.
Ya Allah, sungguh banyak dugaan yang kau beri padanya.
dia yang sentiasa mendengar dan sanggup bercerita tentang semuanya.
saat dia mula untuk mencari aku semula. kenapa aku tak sedar?
saat dia sangat perlukan seseorang, kenapa semuanya seolah olah menghalang.
kenapa aku selalu ambil mudah terhadap semuanya.
sampai satu ketika, aku baru tersedar yang aku hampir kehilangan permata berharga.
sungguh, aku khilaf.
kepada aku yang kehilangan diri aku sendiri, mohon terjaga dari lena yang panjang.

Sunday, 27 July 2014

kaku, aku terpaku.

di dalam keriuhan kota raya,
aku sunyi.
seakan akan hanya aku yang pegun di dalam keriuhan itu.
hati aku kaku,
langkah aku mati.
jasad aku terpaku,
sedangkan minda aku meronta ronta untuk melepaskan diri dari kecelaruan antara imaginasi dan realiti

tatkala itu,
sang mata seakan tidak dapat bertindak  mengikut arahan minda
kerana terlalu turutkan kata hati
titisan air mata tidak mungkin menghiasi hari yang indah ini
kerana
aku masih rindukan keriuhan yang semalam
walaupun,
hari ini dan hari hari mendatang
masih bingit.

kosong
aku kosong.

Friday, 20 June 2014

Kisah Yang Tetap Indah

sakit. aku ada banyak benda untuk cakap. tapi tak terluah.
aku sedih.
tapi hanya aku yang tahu.

kenangan. impian. harapan.

aku sentiasa sulamkan dengan doa. aku tahu, apa kemungkinan semua persahabatan. macam cinta, datang dan pergi.
aku bersyukur sebab masih ada sahabat yang masih sentiasa dengan aku selama lebih dari 9 tahun.
aku tahu,  sebab sikap aku, kawan datang macam angin lalu. rasa sayang baru hadir, tapi akhirnya berlalu pergi.
kadang kadang, mulut aku tak mampu untuk mengatakan 'berhenti. pandang aku. aku rindu kau sahabat' aku tak mampu.
aku seakan akan ego dengan dunia. ya, bukan?
antara sebab aku tak suka berkawan, bukan sebab aku sombong. cuma aku takut aku bakal hilang seorang lagi teman. sakit.
aku mungkin jahat. aku mungkin kejam. sebab tu bila orang bercerita tentang aku, aku terpaksa berdiam diri. pekakkan telinga, bisukan mulut.
sebab aku tahu, mereka pernah jadi kawan aku.

bila suatu hari tenang, aku datang cari kau atau bisikkan kata 'rindu' percayalah. aku betul betul maksudkan.

Tuesday, 17 June 2014

June 19

tanggal june 19. aku rasa aku nak luangkan masa dengan diri sendiri. nak pergi lepak times square. pavilion. sungai wang. low yat.

nak tengok wayang. makan sampai kenyang. icecream. dll. nak pergi times kat pavilion.

tak sabar nak tunggu 20 tahun ��

Sunday, 8 June 2014

Soyu Junggigo ft Geeks - Some

ASSALAMULAIKUM :)

post pendek.
sangat.

SAYA SUKA LAGU NI!
*tapi sampai sekarang tak boleh nak menyanyi. sebabnya, lidah tak dapat terima*

HAHAHAHAHA

kejiwangan

assalamulaikum

SAYA DI KLIA 2! okay. ni first time saya jejakkan kaki di sini. selama ni KLIA lama je.

cantik. menarik. kemas. teratur.

ohh yaa. sedang saya bersosial *sambil bersila depan KK mart sementara tunggu flight* tiba tiba ada orang fav satu daripada tweet tweet lama saya. yang paling tak sangka, tweet tu zaman 2012. sekarang 2014 babe~
perghh~
bila baca rasa macam,

"OMG! ayat aku ke ni? aku jiwang? kenapa ni? betul ke aku? tapi dari susun ayat memang nampak sejebon style aku. arghhhhh segannyaaaaa!"

nota : tak payah nak nota sangat lah kan. cuma nak bagitahu, kaki aku dah nak tercabut dah duduk berjam jam kat lantai. aku dan lantai tidak ditakdirkan bersama

Monday, 19 May 2014

ohh tidakkkk! cik korneaaaaaaaaa

ASSALAMULAIKUM :)

lama tak wujud kat blog ni kann? indu itewww takkkkk? hihihihi
okayyy.. nak cerita niiii.. sobsss sobssss :((
takut tau. kita mimpi semalam. huwaaaaaa T____T mimpi seram.
ohh yaaa! kalau terbaca entry yang lelamaaa, mesti korang perasan yang kita ni jarang mimpi. maksudnyaaa, tidur yang membosankan. gelap je.
tapi kebelakangan niiii... asyik mimpi jee. tapi mimpi yang logik laaa.. tak ada lah mimpi ultraman datang serang asrama guna bola bola api ke. hahahahahahahaa *ni mimpi salah seorang kawan kita dulu*
boleh nak dikatakan, setiap kali tidur, ada lah dalam 2 or 3 cerita dalam satu malam. hahahahaha :D itu bermakna, dalam satu malam kita akan terjaga dari tidur dalam 2 or 3 kali. okayyyy.. kita nak start cerita serammmm *sambil makan popcorn, tutup lampu. audio kasi terang. baru ada feel macam tengah tengok wayang* kikikiki :P

pada suatu pagi yang indahhhhhhhh.. cik maya bangun dari tidur. dan seperti hari hari biasanyaaaa..
*mengeliat atas katil, tengok jam dan lipat selimut*
fyi, dalam mimpi ni kita tak pakai spec pon. sebab ni mimpi sekejap je. maybe bangun tidur terlupa kot pasal spec or maybe kita memang tak pakai spec. hmmm..
lepas tuuuu..
pandangan cik maya seakan akan kabur. dia cemas *sambil gosok gosok alis matanya* ecewahhh ayat hengkauuuuu~ :P
terus cik maya lari turun katil. pi dekat cermin ruang tamu *ohhh yaaaa! rumah kita memang tak ada cermin bilik. sebabnya, papa mama cakap,  kalau ada cermin langsung tak keluar bilik. hahahahahaha tapi cermin kat meja study tu ada lah. kecik sangatttt~
bila cik maya sampai kat cermin, tiba tiba dia tengok kornea mata dia terbabas dari landasan. dia cemas. sebab kornea mata kanan je yang terjejas. lepas tuuuu.. dia cakap dalam hati.

"ishhhh.. kenapa boleh jadi macam ni? patut lah kabur. kornea mata dia tercabut. macam pakai lens. patut lah kabur sangat. kalau mama tahu ni macam mana?"
"agaknya kenapa jadi macam ni ehh?"
"aku dah nak buta ke?"
"macam mana nak buat operation ni? nanti mama mesti tahu"

cik maya mula cemas. nampak gaya macam nak menangis. tapi dia takut sakit sebab kornea mata dia dah tercabut. tiba tiba ada satu suara background *jangan tanya kita kenapa ada suara background. tapi mimpi kita memang aneh cenggitu. selalu sangat*

"ni semua akibat daripada memanjang guna nebby, online, main games dekat fon, berwhatsapp, berwechat dll. itu laaa siapa suruh tak sayang kat mata? cuba kira berapa kali awak tu tengok pokok pokok hijau, keluar rumah dalam masa satu hari. dah laa tak nak makan sayur. rasakan!"

lepas tu cik maya cuba untuk letak balik kornea mata tu ke tempat asal. tapi tak berjaya. seakan akan bebola mata tu sangat kering

lepas tu kita terjaga. sebab takut sangat.

TAMAT~

Nota : saje je nak gegedik ambil mood guna 'kita' pulak hari ni. hihihi. btw, macam yang aku cakap, mimpi aku tak pernah nya seronok. selalu je bagi nasihat. tapi alhamdulillah laa~ mungkin tu petanda suruh aku kurangkan menghadap alat elektronik, tv kaa, fon semua. dia suruh pi keluar rumah. jaga mata. maybe.

Saturday, 17 May 2014

ego

papa pernah cakap

"hanya ada sorang je manusia dalam rumah ni yang akan bangun tengah pagi, pergi dapur dan minum air. makan buah, lepas tu gosok gigi then sambung tido balik"

aku suka buat benda yang aku suka. tak kira masa dan tempat. sebab aku keras kepala. ye, aku tahu. dulu, kini dan selamanya

nota : jangan terpedaya dengan muka innocent seseorang. sebab kemungkinan, dia lah pembunuh yang engkau cari dimalam hari

Tuesday, 6 May 2014

Janji '6'

ASSALAMUALAIKUM :)

-warkah-

sudah lama aku tinggalkan semua.
aku kuburkan semuanya.
agar ia terus bersemadi
berkubur dihati
semuanya.

cuma,
ada beberapa detik aku menyesali atas semua yang telah terjadi.
aku tak berpeluang
untuk membuatkan kau rasa rindu
aku tak berpeluang
untuk membuatkan kau rasa cemburu

hanya aku. ya, aku
yang cuma berpeluang untuk terus merindui kau
walaupun aku kehilangan untuk beberapa ketika
ya, cuma aku
yang berpeluang untuk menjadi seseorang yang buta kerana cemburu

hanya aku.
sakitnya derita menanggung semua itu
hanya aku yang rasakan

hanya itu yang aku kesalkan.
kerana barangkali kau tidak berada di tempat aku.

"selamat ulangtahun" - Dia

Saturday, 3 May 2014

goodbye summer. f(x)

aku perlukan masa.
masa untuk diri sendiri
bersendiri
menyendiri

bukan membawa erti aku cuba untuk larikan diri
cuma,
kini aku rasa seolah olah
aku kehilangan identiti diri

"aku rindukan kau yang dahulu,
aku rindukan kau" kata para bintang pada rembulan

Nota : insya Allah, selasa ni, 6 mei 2014 aku akan post satu entry lama. dah lama ada dalam draft. tapi tak ada masa sesuai nak post.

Thursday, 1 May 2014

Semalam

ASSALAMUALAIKUM :)

dah lama tinggalkan dunia blog.
I miss you cik maya. like seriously :(
rasa macam hilang identiti diri sekejap. hahahaha :D saya nak cari kerja. yeahhh~ setelah lama duduk rumah. ohhh dah tiba masanya. cuma, jangan tanya bila. sebab saya benci bila didesak.

ohh yaa! entry saya sebelum ini 'Perempuan Itu'
saya tak pasti bila saya buat entry tu. yang pastinya dah lama. untuk pengetahuan awak awak awak dan awak.. saya memang jenis manusia yang suka habiskan masa dengan menulis, menaip semua yang ada dalam fikiran dan di dalam hati ni. bukan apa, saya tak suka bercakap benda yang penting. terutama benda yang berkaitan diri saya. sebabnya, tak akan ada orang yang berminat untuk mendengar.
rasanya bila kita dapat luahkan sesuatu, kita rasa tenang. walaupon bukan semua. cukup sekadar orang tahu kewujudan hati dan perasaan kita. yess!
untuk beberapa hari ni, sesuatu dah berlaku.
dan, saya bencikannya. sebab saya tak tahu sampai bila saya boleh elak.
arghh!
masa untuk beradu.
selamat malam.
cinta :)

Wednesday, 26 March 2014

Pakcik Kesayangan

hai :)

saya dan beberapa orang lain baru lepas buat cheesekut aka cheese + biskut. kesimpulan yang saya dapat hari ini ialah...

.kalau tak tahu nak buat, jangan pura pura tahu
.jangan pernah pandang rendah pada orang yang tak ada ilmu yang tinggi, sebab kadang kadang idea mereka boleh diguna pakai
.pastikan diri dah cukup ilmu dan sedia untuk belajar apabila ingin mulakan sesuatu
.kalau buntu, boleh minta bantuan pelbagai pihak
.jangan malu bertanya
.akhir sekali, MOHON JANGAN JADI MANUSIA YANG DEGIL TAPI TAK BOLEH DIAJAR

nota : zaman sekarang ada satu benda yang sangat mesra alam bernama interet. kepandaian dia boleh kira macam campur otak kau dengan otak aku campur otak pakcik Albert Einstein. mohon gunakan dia sebaik mungkin.

Saturday, 22 March 2014

perubahan

hai. assalamualaikum :)

post pendek juga kali ni. ohh yaaa! sekarang saya berada diiiiiiiiiii.. jeng jeng jengggggggg
dalam hati awak. kuikuikui *gelak tutup mulut*
okay. sekarang saya kat luar rumah. sambil menghirup angin malam yang macam tenang je kan. sambil sambil kunyah buah epal. sambil pandang pandang jeling jeling ikan ikan dan kura kura menari nari dalam air. sambil itu juga lah saya menaip. haaaaaaaa~ nampak tak banyak sambil?

kebelakangan ni, asyik bercerita pasal kahwin kahwin kahwin. bosan dah. almaklumlahhhhhh~ ada kawan tu, macam ada ciri ciri bakal kahwin tahun depan or paling lambat dua tahun lagi. and, saya kena bersiap sedia untuk jadi flower girl dia. hahahahahaa :D

okay. sebenarnya topik utama dia benda lain tau. tetiba masuk cerita lain. haihhhh haihhh -__-

ohh yaaa! kebelakangan ni, ehemmmm *background music orang gesek biola* saya nampak banyak perubahan. hmm hmm.. dari segi penggunaan kata saya kepada aku. okay. sejujurnyaaaaa, sebelum ni saya prefer untuk menggunakan perkataan kamu dan kita. malangnyaaaaaaaa.. semenjak saya dewasa iaitu sewaktu form 4 :) ayat yang biasanya saya guna

"kamu nak ikut kita tak pergi makan kat pondok depan tu?"

berubah kepada

"awak nak ikut saya tak pergi makan kat pondok depan tu?" *zaman zaman hingusan form 4 dan form 5*

kepada

"kau nak tak join aku pergi makan kat pondok depan tu?" *zaman 18-an*

sekali lagi malang bila saya menggunakan perkataan GUA dan LU *menangis tepi pokok*

okay. sebenarnya, dulu kannnn papa tak suka saya gunakan aku kau. ganas sangat katanya.

malangnya *berapa kali malang dah guna untuk entry ni* rasanya semua guna aku kau tu. termasuklah bila mama nak panggil saya dan adik adik. dan saya panggil adik adik. atau nabila panggil adiknya. hahahahahaa

okay. tak lah selalu kan. tapi benda tu macam kebiasaan. bukan tandanya macam kitorang ni ganas sangat. cuma, rasa lagi rapat. yeahh. lebih pada kawan. mungkin

note : saya pernah dapat surat dari kawan. "munirah, I'm so sorry" almost 1000 kali. sebabnya.. dia marah pasal benda kecik. katanya saya dah berubah. tak tahu kenapa, tiba tiba dia hantar surat tu. bukan patutnya saya ke yang kena minta maaf? hahahaha sampai sekarang tak faham. sebagai ganti. saya bagi dia hadiah lolipop besar warna warni :D *malas nak menulis*

kita bebas dan merdeka :)

one day,
i would like
to be a dancer or a singer.
or
maybe a model or a stewardess.

gila?! awal awal lagi kena kuburkan impian.

note : mimpi adalah kunci untuk sejuta makna kebahagiaan

Thursday, 20 March 2014

setia :)

rupa tu satu bonus.
kan kan kan?
hahahahaha :D
sebab bagi aku, bukan semua orang cantik atau kacak tu jahat.

ohhh ya!
ada satu soalan.
antara cinta, kepercayaan dan harapan..
mana satu yang paling penting?

hahahaha :D selamat bergembira semuanya :)

nota : aku pilih setia. kerna aku percaya dengan adanya cinta, harapan dan impian tu jadi lebih indah. hahahahahaa :D tak ada kena mengena

hahahahahaha

aku rasa,
aku dah jatuh cinta

Sunday, 16 March 2014

adam, maaf :(

insecure.

pelik ke bila aku cakap aku susah nak percaya orang, terutamanya lelaki?
pelik ke bila aku cakap aku takut lelaki?
pelik ke bila aku rasa tak selesa bila ada dikalangan lelaki or ada lelaki dalam kumpulan aku?
pelik ke bila aku cakap aku tak pernah rasa selamat bila ada lelaki kat sekeliling aku?
pelik ke kalau aku kasar dengan kaum adam?

aku mungkin digelar prejudis oleh sesetengah orang.
tapi yang pastinya, aku masih waras.
aku tahu apa yang betul dan apa yang salah.

jujur,
aku tak pernah rasa selesa bila adanya kehadiran diorang

mungkin juga sebab dah terlalu banyak benda yang jadi
mungkin juga aku dilahirkan dalam kelompok yang ramai kaum hawa
mungkin juga sebab selama 5 tahun aku duduk di asrama perempuan
mungkin juga ada segelintir lelaki yang tak bertamadun buatkan aku jadi takut
dan
mungkin juga kerna aku tahu yang aku terlalu mudah jatuh cinta

nota : bukan semua yang kita nampak tu jelas. kadang kadang samar. dalam kesamaran itu, ada sejuta rahsia.

Friday, 7 March 2014

sesuatu

aku ada sesuatu yang nak dikongsi. tapi kadang kadang aku rasa aku tak mampu untuk bercerita.

mungkin belum tiba masa.

Monday, 3 March 2014

terima kasih

salah ke aku nak ambil tahu pasal kau?
aku ikhlas
tapi kau macam larikan diri.
bukan sekali.
bukan dua kali
berkali kali.
selagi aku masih punya hati untuk terus ambil berat
aku rasa kau patut bersyukur
dan
lebih menghargai
diri ini

jujur
aku tak bermaksud
atau berniat 
selain ikhlasnya aku untuk ambil berat
tapi kau larikan diri

akhir kata,
terima kasih dari aku

nota : baru aku sedar, sakitnya bercinta tak sesakit bila orang yang pernah rapat dengan kita seakan akan melarikan diri

Sunday, 23 February 2014

lima.

aku seakan akan menagih simpati
tapi di ruang ini sahaja yang aku
boleh
mampu
untuk melakarkan kesemua perasaan
untuk menulis kesemua aksara kata
untuk menyanyikan lagu rindu.

jujur,
aku tidak pandai melukiskan kesemua kesedihan dan kegembiraan diwajah
aku tidak pandai menulis bait bait kata indah untuk menggambarkan hati aku
aku tidak pandai menyanyikan lagu yang senada dengan rentak hati aku
hanya ini yang aku mampu lakukan.

mungkin aku lebih senang untuk terus menyendiri
memendam rasa
mendiamkan diri
walaupun menggunung tinggi hasrat aku untuk meluahkan rahsia hati.

kengkadang setiap bait bait indah ni seakan akan tidak cukup aksaranya untuk menyatakan rasa hati
barangkali aku lebih senang untuk terus menipu

ya, aku seorang pendusta.

.

tak lah.
aku bukan menangis sebab nebby
aku memang sedih pasal nebby
tapi aku tak menangis sebab nebby

aku tak tahu aku mimpi apa
sampai buat aku rasa takut
aku tak tahu aku mimpi apa
sampai buat aku rasa sedih
aku tak tahu aku mimpi apa
sampai buat aku rasa terlalu rindu

aku tak tahu

tiada tajuk

aku tak tipu bila aku cakap aku sedih
aku tak tipu bila aku cakap aku risau
aku tak tipu bila aku terlalu sedih sebab terlalu risau

speechless

aku tak tahu apa yang aku nak
untuk keberapa kali
aku tidur dan aku mimpi
dalam tidur, aku menangis
tanpa sebab
mimpi aku terlalu kabur

bila aku terjaga dari tidur
mungkin itu satu petanda
antara benda yang aku sayang
dengan tiba tiba
macam mimpi itu adalah yang terakhir

aku tak minta penyelesaian
aku cuba minta supaya hati aku tenang
supaya lebih mudah untuk aku akur.

boleh aku anggap ni semua mimpi?
maaf kan aku bulan
maaf kan aku para bintang
malam ni aku terpaksa ditemani dengan air mata
jujur, aku terlalu sedih

imperfection

one.
LOVE

two.
LOVELOVE

three.
LOVELOVELOVE

Saturday, 22 February 2014

selamat tinggal kenangan

Assalamualaikum :)

saya rindu awak. aku rindu kau. kita rindu kamu.
ye, awak :)

ouh yaa.. sebenarnya tengah mengemas almari. disebabkan beberapa perkara yang telah berlaku kebelakangan ni. aku terpaksa kemas semula almari. dan asingkan semula baju yang tak sepatutnya guna kat luar kawasan rumah. daripada baju seluar dan skirt yang digantung. terpaksa lipat dan tukar ke tempat baju untuk digunakan kat dalam rumah sahaja.
mula mula rasa tak biasa. sumpah cakap sebab bila kita dah biasa buat sesuatu yang kita suka, tiba tiba kita cuba untuk ubah. bukan senang. disebabkan aku ni jenis manusia yang suka benda simple dan mudah and buat aku rasa tak terlalu panas maka, bila aku cuba benda baru, yang tu agak susah.
hahahahaha :D tak apa lah. tak ada benda yang senang kan? ouh yaa. kebelakangan ni, aku banyak kali baca tweet or post dikalangan para jejaka yang prihatin. berkenaan legging dan short skirt.
gila tak deep. tambah tambah bila diorang tanya aku, apa best sangat perempuan pakai benda benda macam tu. uhukk uhukk
terasa. sangat terasa. but yeah, semua tu benda yang dah lepas kan? memang patut pon nak terasa.
sepanjang hari hari ni, aku rasa walaupon tak lah semudah dan selancar yang aku bayangkan. tapi alhamdulillah. tak terlalu sukar.
bagus jugak sebab memang dari dulu aku dah cuba ubah step by step. aku tak dapat bayangkan kalau secara drastik nya aku berubah. harap hati aku tak berbolak balik.
ouh yaa.. pasal barang barang aku. rasanya kalau untuk baju, tak ada masalah sangat. even kalau kita ada baju sleeveless pon, still ada cara terbaik untuk guna kan? cuma masalah short skirt bagai tu.. kalau nak buang memang rasa macam sedih tahap gila lah kan. sebab kesayangan. selalu boleh guna time guna boots. tapi mama cakap, kalau sayang sangat gantung buat kenangan. hahahaha okay tak kelakar. sebab nadrah memang tak pakai benda benda macam tu. sooo.. sebab tu lah aku letak kat almari baju untuk barang rumah. mana tahu boleh pakai kan kat teddy bear ke. hahahahaha :D not bad huh?
okay. lupakan.
minggu ni budak budak kecik tu tidur rumah aku. wohottt.. memang bising lah kan? hahahaha :D
ohh yaa.. aku tengah cari satu tajuk lagu. tapi tak ingat lirik cuma melodi dia ada dalam minda. hahahaha :D genre jazz. english song yang baru. best. tapi tak tahu tajuk.
berkenaan dengan kerja aku sebelum ni, mohon jangan tanya. sakit. hahahahahahaha

okay bye

nota : tiada benda yang terlalu mudah dan tiada benda terlalu sukar untuk dilakukan. macam impian. sukar untuk kita gapai, tetapi tidak terlalu mudah untuk berhenti berharap.

Thursday, 20 February 2014

hari yang 'indah'

untuk julung julung kalinya,

BODOH!

sekian.

Sunday, 9 February 2014

Hypocrite

I can't hold anymore
It's hurt
I'm sorry :(

Monday, 3 February 2014

maaf itu sukar

maafkan aku.
rasa hormat aku terhadap kau
sudah lama terhapus

aku mungkin kejam
tetapi aku tidak mampu untuk terus berdusta pada sang hati

kau datang tanpa diundang
dan
kau pergi tanpa dihalau

hati ini telah menjadi barah
parah
luka dalam

jujur aku memaafkan.
untuk aku berhenti untuk berdendam
melupakan
itu sukar

maafkan
kerna aku
telah hilang rasa hormat aku
pada kau

Monday, 27 January 2014

penyelesalan

aku merasa sesuatu
sesuatu yang bakal hilang
menjauh.

pada suatu ketika aku hilang kewarasan
tindak tanduk ku
kata kata ku mungkin bakal mngecewakan kau.
tapi akhirnya,
aku turut kecawa.

Sunday, 26 January 2014

mimpi dan saya

ASSALAMUALAIKUM

again and again :) *menari kpop* hahahahaha :D okay tak ada kena mengana tau sebenarnya. btw saya baru lepas main belon air dalam kereta. malangnya papa bising sebab dia cakap belon tu boleh buat kereta dia kotor. hokey hokey. mama cakap macam kanak kanak ribena. hmm hmm.. macam mana nak buat. happy sangat. ada lagi satu belon air.

oh yaaa! saya baru balik dari port dickson. wottt wottt~ pergi majlis kahwin arwah kawan baik papa punya anak buah. hmm hmm.. complicated sangat kan? hikhik *gelak tutup mulut*

saya sedang dengar lagu korea sambil buat entry guna jari jari tangan kiri mana kala tangan kanan main dengan angin dekat tingkap. rasa macam tangan nak tercabut. hahahaha :D kalau papa bawak laju, teringin je nak ikat badan kat kereta then.. TERBANG! hahahahaha  :D okay, berangan.

tadi mama bercerita dalam kereta dengan papa n atok n nadrah *penumpang dalam kereta untuk trip kali ini* waktu tu saya tido. saya tahu pon sebab nadrah cerita balik.

mama : kakak kalau tidur tak ganas macam makcik makcik ni *refer kepada nadrah dan nabila*

papa : sebab tu selalu kena buli dengan adik adik

nadrah : tapi kenapa kakak selalu asyik merengek. kadang kadang macam orang menangis. abby takut lah kadang kadang.  abby ingat hantu

mama : entah dia. kadang tu merengek time tido. tapi kadang kadang tu senyum. pelik pelik je. hahahaha

papa : elehh.. kakak kamu tu nampak je besar. tapi perangai macam budak budak. tak merengek depan kita, dia merengek time tido. macam macam perangai

okay okay. serious tak dapat terima hakikat time by cerita. serious. sebab saya tak mimpi apa pon time tido. betul. jarang mimpi. tapi kalau cerita merengek semua tu memang tak lah. gua brutal woihh! -__-

nota : saya jarang tidur dalam kereta. melainkan bila guna earfon. memang lentok habis. hahahaha :D


Thursday, 23 January 2014

kisah si belon buih



percaya tak?
kalau saya cakap yang saya anggap kebahagiaan tu ibarat belon buih?
ya. belon buih yang kita selalu main waktu zaman kanak kanak.
belon buih yang membuatkan kita nampak seakan akan ada pelangi didalamnya.
membawa sejuta kebahagiaan.
indah.
namun, pada saat kita sentuh belon itu..
ia akan..

MELETUP

malam yang suram

ASSALAMUALAIKUM

hai! lama nya tak sembang. kan kan kan? *cium pipi kanan cium pipi kiri* hahahaha :D apahal macam geli je? okay okay.  hmmmmmmmmmmmmm.. rindunya :P lama kita tak jumpa. sembang. ouh yaa! saya ada pertanyaan. hmm.. pelik ke kalau seseorang, mempunyai seorang rakan imaginasi? tak kan? hmm.. as long kita rasa happy dengan dia. okay lah tu kan? *macam lifeless jaa ayat kau ni*

ouh yaa! macam bosan kan entry kebelakangan ni? hitam putih je. maafkan saya okay awarks awarks semuaaaaaaaaaa :D kebelakangan ni saya post entry guna fon jaa.. sooo, tak sempat nak edit bagai. maaf ye? ;)

kebelakangan ni jugak, saya kerap post entry macam ala ala awan mendung menanti hujan menemani. kahkahkah :D tengok ayat tu!

hmm.. boleh tak kalau saya nak cerita tentang azam? azam tahun baru :) saya ada tambah azam tau! hahahahaha :D tengok betul betul tau. hmm.. saya nakkkkkk...

SAYA NAK BELAJAR MENCINTAI DIRI SAYA SEADANYA

opss! nampak macam obses dengan diri sendiri kan? * tutup muka* hahahahaha :D tak lah. saya rasa saya perlu. masalah kurang keyakinan ni makin melampau. haihh~

sepanjang beberapa tahun, saya rasa banyak yang saya cuba ubah. kadang kadang benda tu sakit. sakit sangat. kadang kadang sampai saya tak kenal siapa sebenarnya saya. saya terpaksa berpura pura jadi orang lain. hmm.. tapi tak apalah. mungkin, dengan cara macam ni, orang akan happy dengan kita. kan? I hope so.

sepanjang beberapa tahun ni jugak, macam macam yang berlaku. hahahahaha :D suka. dan sebaliknya. ouh yaa! ni bukan cerita tentang cinta, kekasih, belon atau barang kesukaan saya. hahahaha :D

tak tahu macam mana nak mula. sebab saya tahu bila dah mula, saya tak akan boleh berhenti.

untuk beberapa tahun ni.. saya belajar untuk jadi lebih kuat. matang. belajar untuk terus ketawa walaupun sakit. belajar untuk terus membisu walaupon hati menidakkan. sakit. tapi, saya tahu ada hikmah. disaat orang sebaya saya bercerita tentang cinta, saya sebaliknya.

hari demi hari, saya semakin kuat. saya tahu. saya banyak berubah. kadang kadang, hati rasa tak mampu. sumpah tak mampu. tapi, rasa macam mulut tak mampu untuk terus bercakap. membuatkan saya ambil untuk berdiam.

dulu, saya ada step untuk tidur. saya akan pejam mata, ingat balik apa yang dah berlaku sepanjang hari. tak lama lepas tuu.. saya akan tertidur. tapi, untuk beberapa tahun ni.. saya akan paksa diri saya untuk berhenti untuk mengingat kembali apa yang berlaku sepanjang hari. sebaliknya dengan cara dengar lagu. pakai earphone, buka kuat kuat. tidur. hahahahahaha :D

tak menarik. kisah hidup saya kebelakangan ni tak best. langsung tak menarik.

untuk mendengar dan melihat benda yang sama membuatkan saya semakin lemah. untuk melihat lebih banyak air mata yang gugur, untuk mendengar jeritan, tangisan. saya tak mampu.

saya cuma harap, semuanya akan berakhir dengan pantas. dan ianya akan kembali seperti sedia kala.

Tuesday, 21 January 2014

imagis

dia
seakan akan sudah tidak betah untuk terus memendam
berlindung dibalik jendela hati
jutaan kepura puraan

dia
tidak betah untuk terus menahan.
laluan penyelesaian seperti sudah sampai ke penghujung
sayu
derita

dia
tidak mampu dan tidak mahu
diubah beza oleh masa yang sering mengancam peribadi

kekeliruan, kepalsuan
makin menghimpit minda yang makin kusut.
keegoan, penghinaan
semakin menjadi peneman sejati

cuma satu,
dia berharap agar cerita ini berakhir
dan
ia adalah sekadar mimpi.

mimpi buruk.

Sunday, 19 January 2014

dia, bulan dan para bintang

dia
selalu bersedih tanpa sebab
tetapi masih mampu untuk melakarkan senyuman di hadapan orang lain
namun
dia tidak mampu menipu bulan dan para bintang
disaat dia memejamkan mata
bulan dan para bintang menjadi saksi
butiran jernih yang berharga itu
menemani malam yang sunyi
hanya dia

Monday, 13 January 2014

pandangan kabur

Assalamualaikum :)

saya rindu. rindu semuanya.
hikhik :P saya nak tulis entry yang pendek je. sebab saya cuma tertanya tanya. tapi tak tahu nak tanya siapa. faham tak? hahahahahaha :D
dari dulu sampai sekarang, kenapa saya tak boleh berdiri lama. contohnya waktu perhimpunan sekolah, tambah tambah waktu panas. saya tak boleh rasa penat sangat. dan, yang paling pelik saya tak boleh lepas baring atau tidur.. saya terus bangun a.k.a berdiri. sebabnya, saya boleh pitam lepas tu. kenapa eh?
ouhh yaa! disebabkan tu lahh.. mama letakkan jam dalan toilet sebab dia tahu saya mandi lama. hikhik :P kadang kadang makan masa 2 jam. heee :D dia cakap dia risau.  mungkin sebab saya pernah pitam sekali dalam toilet.  chill lahhh~ mungkin tu sebab saya lapar? hahahaha :D mungkin. tapi serious, normal ke kalau kita baring, bila kita duduk or berdiri kita rasa pening? pandangan berbalam. hmm hmm.. peliknyaaaaaa