SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Monday, 27 January 2014

penyelesalan

aku merasa sesuatu
sesuatu yang bakal hilang
menjauh.

pada suatu ketika aku hilang kewarasan
tindak tanduk ku
kata kata ku mungkin bakal mngecewakan kau.
tapi akhirnya,
aku turut kecawa.

Sunday, 26 January 2014

mimpi dan saya

ASSALAMUALAIKUM

again and again :) *menari kpop* hahahahaha :D okay tak ada kena mengana tau sebenarnya. btw saya baru lepas main belon air dalam kereta. malangnya papa bising sebab dia cakap belon tu boleh buat kereta dia kotor. hokey hokey. mama cakap macam kanak kanak ribena. hmm hmm.. macam mana nak buat. happy sangat. ada lagi satu belon air.

oh yaaa! saya baru balik dari port dickson. wottt wottt~ pergi majlis kahwin arwah kawan baik papa punya anak buah. hmm hmm.. complicated sangat kan? hikhik *gelak tutup mulut*

saya sedang dengar lagu korea sambil buat entry guna jari jari tangan kiri mana kala tangan kanan main dengan angin dekat tingkap. rasa macam tangan nak tercabut. hahahaha :D kalau papa bawak laju, teringin je nak ikat badan kat kereta then.. TERBANG! hahahahaha  :D okay, berangan.

tadi mama bercerita dalam kereta dengan papa n atok n nadrah *penumpang dalam kereta untuk trip kali ini* waktu tu saya tido. saya tahu pon sebab nadrah cerita balik.

mama : kakak kalau tidur tak ganas macam makcik makcik ni *refer kepada nadrah dan nabila*

papa : sebab tu selalu kena buli dengan adik adik

nadrah : tapi kenapa kakak selalu asyik merengek. kadang kadang macam orang menangis. abby takut lah kadang kadang.  abby ingat hantu

mama : entah dia. kadang tu merengek time tido. tapi kadang kadang tu senyum. pelik pelik je. hahahaha

papa : elehh.. kakak kamu tu nampak je besar. tapi perangai macam budak budak. tak merengek depan kita, dia merengek time tido. macam macam perangai

okay okay. serious tak dapat terima hakikat time by cerita. serious. sebab saya tak mimpi apa pon time tido. betul. jarang mimpi. tapi kalau cerita merengek semua tu memang tak lah. gua brutal woihh! -__-

nota : saya jarang tidur dalam kereta. melainkan bila guna earfon. memang lentok habis. hahahaha :D


Thursday, 23 January 2014

kisah si belon buih



percaya tak?
kalau saya cakap yang saya anggap kebahagiaan tu ibarat belon buih?
ya. belon buih yang kita selalu main waktu zaman kanak kanak.
belon buih yang membuatkan kita nampak seakan akan ada pelangi didalamnya.
membawa sejuta kebahagiaan.
indah.
namun, pada saat kita sentuh belon itu..
ia akan..

MELETUP

malam yang suram

ASSALAMUALAIKUM

hai! lama nya tak sembang. kan kan kan? *cium pipi kanan cium pipi kiri* hahahaha :D apahal macam geli je? okay okay.  hmmmmmmmmmmmmm.. rindunya :P lama kita tak jumpa. sembang. ouh yaa! saya ada pertanyaan. hmm.. pelik ke kalau seseorang, mempunyai seorang rakan imaginasi? tak kan? hmm.. as long kita rasa happy dengan dia. okay lah tu kan? *macam lifeless jaa ayat kau ni*

ouh yaa! macam bosan kan entry kebelakangan ni? hitam putih je. maafkan saya okay awarks awarks semuaaaaaaaaaa :D kebelakangan ni saya post entry guna fon jaa.. sooo, tak sempat nak edit bagai. maaf ye? ;)

kebelakangan ni jugak, saya kerap post entry macam ala ala awan mendung menanti hujan menemani. kahkahkah :D tengok ayat tu!

hmm.. boleh tak kalau saya nak cerita tentang azam? azam tahun baru :) saya ada tambah azam tau! hahahahaha :D tengok betul betul tau. hmm.. saya nakkkkkk...

SAYA NAK BELAJAR MENCINTAI DIRI SAYA SEADANYA

opss! nampak macam obses dengan diri sendiri kan? * tutup muka* hahahahaha :D tak lah. saya rasa saya perlu. masalah kurang keyakinan ni makin melampau. haihh~

sepanjang beberapa tahun, saya rasa banyak yang saya cuba ubah. kadang kadang benda tu sakit. sakit sangat. kadang kadang sampai saya tak kenal siapa sebenarnya saya. saya terpaksa berpura pura jadi orang lain. hmm.. tapi tak apalah. mungkin, dengan cara macam ni, orang akan happy dengan kita. kan? I hope so.

sepanjang beberapa tahun ni jugak, macam macam yang berlaku. hahahahaha :D suka. dan sebaliknya. ouh yaa! ni bukan cerita tentang cinta, kekasih, belon atau barang kesukaan saya. hahahaha :D

tak tahu macam mana nak mula. sebab saya tahu bila dah mula, saya tak akan boleh berhenti.

untuk beberapa tahun ni.. saya belajar untuk jadi lebih kuat. matang. belajar untuk terus ketawa walaupun sakit. belajar untuk terus membisu walaupon hati menidakkan. sakit. tapi, saya tahu ada hikmah. disaat orang sebaya saya bercerita tentang cinta, saya sebaliknya.

hari demi hari, saya semakin kuat. saya tahu. saya banyak berubah. kadang kadang, hati rasa tak mampu. sumpah tak mampu. tapi, rasa macam mulut tak mampu untuk terus bercakap. membuatkan saya ambil untuk berdiam.

dulu, saya ada step untuk tidur. saya akan pejam mata, ingat balik apa yang dah berlaku sepanjang hari. tak lama lepas tuu.. saya akan tertidur. tapi, untuk beberapa tahun ni.. saya akan paksa diri saya untuk berhenti untuk mengingat kembali apa yang berlaku sepanjang hari. sebaliknya dengan cara dengar lagu. pakai earphone, buka kuat kuat. tidur. hahahahahaha :D

tak menarik. kisah hidup saya kebelakangan ni tak best. langsung tak menarik.

untuk mendengar dan melihat benda yang sama membuatkan saya semakin lemah. untuk melihat lebih banyak air mata yang gugur, untuk mendengar jeritan, tangisan. saya tak mampu.

saya cuma harap, semuanya akan berakhir dengan pantas. dan ianya akan kembali seperti sedia kala.

Tuesday, 21 January 2014

imagis

dia
seakan akan sudah tidak betah untuk terus memendam
berlindung dibalik jendela hati
jutaan kepura puraan

dia
tidak betah untuk terus menahan.
laluan penyelesaian seperti sudah sampai ke penghujung
sayu
derita

dia
tidak mampu dan tidak mahu
diubah beza oleh masa yang sering mengancam peribadi

kekeliruan, kepalsuan
makin menghimpit minda yang makin kusut.
keegoan, penghinaan
semakin menjadi peneman sejati

cuma satu,
dia berharap agar cerita ini berakhir
dan
ia adalah sekadar mimpi.

mimpi buruk.

Sunday, 19 January 2014

dia, bulan dan para bintang

dia
selalu bersedih tanpa sebab
tetapi masih mampu untuk melakarkan senyuman di hadapan orang lain
namun
dia tidak mampu menipu bulan dan para bintang
disaat dia memejamkan mata
bulan dan para bintang menjadi saksi
butiran jernih yang berharga itu
menemani malam yang sunyi
hanya dia

Monday, 13 January 2014

pandangan kabur

Assalamualaikum :)

saya rindu. rindu semuanya.
hikhik :P saya nak tulis entry yang pendek je. sebab saya cuma tertanya tanya. tapi tak tahu nak tanya siapa. faham tak? hahahahahaha :D
dari dulu sampai sekarang, kenapa saya tak boleh berdiri lama. contohnya waktu perhimpunan sekolah, tambah tambah waktu panas. saya tak boleh rasa penat sangat. dan, yang paling pelik saya tak boleh lepas baring atau tidur.. saya terus bangun a.k.a berdiri. sebabnya, saya boleh pitam lepas tu. kenapa eh?
ouhh yaa! disebabkan tu lahh.. mama letakkan jam dalan toilet sebab dia tahu saya mandi lama. hikhik :P kadang kadang makan masa 2 jam. heee :D dia cakap dia risau.  mungkin sebab saya pernah pitam sekali dalam toilet.  chill lahhh~ mungkin tu sebab saya lapar? hahahaha :D mungkin. tapi serious, normal ke kalau kita baring, bila kita duduk or berdiri kita rasa pening? pandangan berbalam. hmm hmm.. peliknyaaaaaa