SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Sunday, 23 February 2014

lima.

aku seakan akan menagih simpati
tapi di ruang ini sahaja yang aku
boleh
mampu
untuk melakarkan kesemua perasaan
untuk menulis kesemua aksara kata
untuk menyanyikan lagu rindu.

jujur,
aku tidak pandai melukiskan kesemua kesedihan dan kegembiraan diwajah
aku tidak pandai menulis bait bait kata indah untuk menggambarkan hati aku
aku tidak pandai menyanyikan lagu yang senada dengan rentak hati aku
hanya ini yang aku mampu lakukan.

mungkin aku lebih senang untuk terus menyendiri
memendam rasa
mendiamkan diri
walaupun menggunung tinggi hasrat aku untuk meluahkan rahsia hati.

kengkadang setiap bait bait indah ni seakan akan tidak cukup aksaranya untuk menyatakan rasa hati
barangkali aku lebih senang untuk terus menipu

ya, aku seorang pendusta.

.

tak lah.
aku bukan menangis sebab nebby
aku memang sedih pasal nebby
tapi aku tak menangis sebab nebby

aku tak tahu aku mimpi apa
sampai buat aku rasa takut
aku tak tahu aku mimpi apa
sampai buat aku rasa sedih
aku tak tahu aku mimpi apa
sampai buat aku rasa terlalu rindu

aku tak tahu

tiada tajuk

aku tak tipu bila aku cakap aku sedih
aku tak tipu bila aku cakap aku risau
aku tak tipu bila aku terlalu sedih sebab terlalu risau

speechless

aku tak tahu apa yang aku nak
untuk keberapa kali
aku tidur dan aku mimpi
dalam tidur, aku menangis
tanpa sebab
mimpi aku terlalu kabur

bila aku terjaga dari tidur
mungkin itu satu petanda
antara benda yang aku sayang
dengan tiba tiba
macam mimpi itu adalah yang terakhir

aku tak minta penyelesaian
aku cuba minta supaya hati aku tenang
supaya lebih mudah untuk aku akur.

boleh aku anggap ni semua mimpi?
maaf kan aku bulan
maaf kan aku para bintang
malam ni aku terpaksa ditemani dengan air mata
jujur, aku terlalu sedih

imperfection

one.
LOVE

two.
LOVELOVE

three.
LOVELOVELOVE

Saturday, 22 February 2014

selamat tinggal kenangan

Assalamualaikum :)

saya rindu awak. aku rindu kau. kita rindu kamu.
ye, awak :)

ouh yaa.. sebenarnya tengah mengemas almari. disebabkan beberapa perkara yang telah berlaku kebelakangan ni. aku terpaksa kemas semula almari. dan asingkan semula baju yang tak sepatutnya guna kat luar kawasan rumah. daripada baju seluar dan skirt yang digantung. terpaksa lipat dan tukar ke tempat baju untuk digunakan kat dalam rumah sahaja.
mula mula rasa tak biasa. sumpah cakap sebab bila kita dah biasa buat sesuatu yang kita suka, tiba tiba kita cuba untuk ubah. bukan senang. disebabkan aku ni jenis manusia yang suka benda simple dan mudah and buat aku rasa tak terlalu panas maka, bila aku cuba benda baru, yang tu agak susah.
hahahahaha :D tak apa lah. tak ada benda yang senang kan? ouh yaa. kebelakangan ni, aku banyak kali baca tweet or post dikalangan para jejaka yang prihatin. berkenaan legging dan short skirt.
gila tak deep. tambah tambah bila diorang tanya aku, apa best sangat perempuan pakai benda benda macam tu. uhukk uhukk
terasa. sangat terasa. but yeah, semua tu benda yang dah lepas kan? memang patut pon nak terasa.
sepanjang hari hari ni, aku rasa walaupon tak lah semudah dan selancar yang aku bayangkan. tapi alhamdulillah. tak terlalu sukar.
bagus jugak sebab memang dari dulu aku dah cuba ubah step by step. aku tak dapat bayangkan kalau secara drastik nya aku berubah. harap hati aku tak berbolak balik.
ouh yaa.. pasal barang barang aku. rasanya kalau untuk baju, tak ada masalah sangat. even kalau kita ada baju sleeveless pon, still ada cara terbaik untuk guna kan? cuma masalah short skirt bagai tu.. kalau nak buang memang rasa macam sedih tahap gila lah kan. sebab kesayangan. selalu boleh guna time guna boots. tapi mama cakap, kalau sayang sangat gantung buat kenangan. hahahaha okay tak kelakar. sebab nadrah memang tak pakai benda benda macam tu. sooo.. sebab tu lah aku letak kat almari baju untuk barang rumah. mana tahu boleh pakai kan kat teddy bear ke. hahahahaha :D not bad huh?
okay. lupakan.
minggu ni budak budak kecik tu tidur rumah aku. wohottt.. memang bising lah kan? hahahaha :D
ohh yaa.. aku tengah cari satu tajuk lagu. tapi tak ingat lirik cuma melodi dia ada dalam minda. hahahaha :D genre jazz. english song yang baru. best. tapi tak tahu tajuk.
berkenaan dengan kerja aku sebelum ni, mohon jangan tanya. sakit. hahahahahahaha

okay bye

nota : tiada benda yang terlalu mudah dan tiada benda terlalu sukar untuk dilakukan. macam impian. sukar untuk kita gapai, tetapi tidak terlalu mudah untuk berhenti berharap.

Thursday, 20 February 2014

hari yang 'indah'

untuk julung julung kalinya,

BODOH!

sekian.

Sunday, 9 February 2014

Hypocrite

I can't hold anymore
It's hurt
I'm sorry :(

Monday, 3 February 2014

maaf itu sukar

maafkan aku.
rasa hormat aku terhadap kau
sudah lama terhapus

aku mungkin kejam
tetapi aku tidak mampu untuk terus berdusta pada sang hati

kau datang tanpa diundang
dan
kau pergi tanpa dihalau

hati ini telah menjadi barah
parah
luka dalam

jujur aku memaafkan.
untuk aku berhenti untuk berdendam
melupakan
itu sukar

maafkan
kerna aku
telah hilang rasa hormat aku
pada kau