SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Saturday, 22 February 2014

selamat tinggal kenangan

Assalamualaikum :)

saya rindu awak. aku rindu kau. kita rindu kamu.
ye, awak :)

ouh yaa.. sebenarnya tengah mengemas almari. disebabkan beberapa perkara yang telah berlaku kebelakangan ni. aku terpaksa kemas semula almari. dan asingkan semula baju yang tak sepatutnya guna kat luar kawasan rumah. daripada baju seluar dan skirt yang digantung. terpaksa lipat dan tukar ke tempat baju untuk digunakan kat dalam rumah sahaja.
mula mula rasa tak biasa. sumpah cakap sebab bila kita dah biasa buat sesuatu yang kita suka, tiba tiba kita cuba untuk ubah. bukan senang. disebabkan aku ni jenis manusia yang suka benda simple dan mudah and buat aku rasa tak terlalu panas maka, bila aku cuba benda baru, yang tu agak susah.
hahahahaha :D tak apa lah. tak ada benda yang senang kan? ouh yaa. kebelakangan ni, aku banyak kali baca tweet or post dikalangan para jejaka yang prihatin. berkenaan legging dan short skirt.
gila tak deep. tambah tambah bila diorang tanya aku, apa best sangat perempuan pakai benda benda macam tu. uhukk uhukk
terasa. sangat terasa. but yeah, semua tu benda yang dah lepas kan? memang patut pon nak terasa.
sepanjang hari hari ni, aku rasa walaupon tak lah semudah dan selancar yang aku bayangkan. tapi alhamdulillah. tak terlalu sukar.
bagus jugak sebab memang dari dulu aku dah cuba ubah step by step. aku tak dapat bayangkan kalau secara drastik nya aku berubah. harap hati aku tak berbolak balik.
ouh yaa.. pasal barang barang aku. rasanya kalau untuk baju, tak ada masalah sangat. even kalau kita ada baju sleeveless pon, still ada cara terbaik untuk guna kan? cuma masalah short skirt bagai tu.. kalau nak buang memang rasa macam sedih tahap gila lah kan. sebab kesayangan. selalu boleh guna time guna boots. tapi mama cakap, kalau sayang sangat gantung buat kenangan. hahahaha okay tak kelakar. sebab nadrah memang tak pakai benda benda macam tu. sooo.. sebab tu lah aku letak kat almari baju untuk barang rumah. mana tahu boleh pakai kan kat teddy bear ke. hahahahaha :D not bad huh?
okay. lupakan.
minggu ni budak budak kecik tu tidur rumah aku. wohottt.. memang bising lah kan? hahahaha :D
ohh yaa.. aku tengah cari satu tajuk lagu. tapi tak ingat lirik cuma melodi dia ada dalam minda. hahahaha :D genre jazz. english song yang baru. best. tapi tak tahu tajuk.
berkenaan dengan kerja aku sebelum ni, mohon jangan tanya. sakit. hahahahahahaha

okay bye

nota : tiada benda yang terlalu mudah dan tiada benda terlalu sukar untuk dilakukan. macam impian. sukar untuk kita gapai, tetapi tidak terlalu mudah untuk berhenti berharap.

No comments: