SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Wednesday, 26 March 2014

Pakcik Kesayangan

hai :)

saya dan beberapa orang lain baru lepas buat cheesekut aka cheese + biskut. kesimpulan yang saya dapat hari ini ialah...

.kalau tak tahu nak buat, jangan pura pura tahu
.jangan pernah pandang rendah pada orang yang tak ada ilmu yang tinggi, sebab kadang kadang idea mereka boleh diguna pakai
.pastikan diri dah cukup ilmu dan sedia untuk belajar apabila ingin mulakan sesuatu
.kalau buntu, boleh minta bantuan pelbagai pihak
.jangan malu bertanya
.akhir sekali, MOHON JANGAN JADI MANUSIA YANG DEGIL TAPI TAK BOLEH DIAJAR

nota : zaman sekarang ada satu benda yang sangat mesra alam bernama interet. kepandaian dia boleh kira macam campur otak kau dengan otak aku campur otak pakcik Albert Einstein. mohon gunakan dia sebaik mungkin.

Saturday, 22 March 2014

perubahan

hai. assalamualaikum :)

post pendek juga kali ni. ohh yaaa! sekarang saya berada diiiiiiiiiii.. jeng jeng jengggggggg
dalam hati awak. kuikuikui *gelak tutup mulut*
okay. sekarang saya kat luar rumah. sambil menghirup angin malam yang macam tenang je kan. sambil sambil kunyah buah epal. sambil pandang pandang jeling jeling ikan ikan dan kura kura menari nari dalam air. sambil itu juga lah saya menaip. haaaaaaaa~ nampak tak banyak sambil?

kebelakangan ni, asyik bercerita pasal kahwin kahwin kahwin. bosan dah. almaklumlahhhhhh~ ada kawan tu, macam ada ciri ciri bakal kahwin tahun depan or paling lambat dua tahun lagi. and, saya kena bersiap sedia untuk jadi flower girl dia. hahahahahaa :D

okay. sebenarnya topik utama dia benda lain tau. tetiba masuk cerita lain. haihhhh haihhh -__-

ohh yaaa! kebelakangan ni, ehemmmm *background music orang gesek biola* saya nampak banyak perubahan. hmm hmm.. dari segi penggunaan kata saya kepada aku. okay. sejujurnyaaaaa, sebelum ni saya prefer untuk menggunakan perkataan kamu dan kita. malangnyaaaaaaaa.. semenjak saya dewasa iaitu sewaktu form 4 :) ayat yang biasanya saya guna

"kamu nak ikut kita tak pergi makan kat pondok depan tu?"

berubah kepada

"awak nak ikut saya tak pergi makan kat pondok depan tu?" *zaman zaman hingusan form 4 dan form 5*

kepada

"kau nak tak join aku pergi makan kat pondok depan tu?" *zaman 18-an*

sekali lagi malang bila saya menggunakan perkataan GUA dan LU *menangis tepi pokok*

okay. sebenarnya, dulu kannnn papa tak suka saya gunakan aku kau. ganas sangat katanya.

malangnya *berapa kali malang dah guna untuk entry ni* rasanya semua guna aku kau tu. termasuklah bila mama nak panggil saya dan adik adik. dan saya panggil adik adik. atau nabila panggil adiknya. hahahahahaa

okay. tak lah selalu kan. tapi benda tu macam kebiasaan. bukan tandanya macam kitorang ni ganas sangat. cuma, rasa lagi rapat. yeahh. lebih pada kawan. mungkin

note : saya pernah dapat surat dari kawan. "munirah, I'm so sorry" almost 1000 kali. sebabnya.. dia marah pasal benda kecik. katanya saya dah berubah. tak tahu kenapa, tiba tiba dia hantar surat tu. bukan patutnya saya ke yang kena minta maaf? hahahaha sampai sekarang tak faham. sebagai ganti. saya bagi dia hadiah lolipop besar warna warni :D *malas nak menulis*

kita bebas dan merdeka :)

one day,
i would like
to be a dancer or a singer.
or
maybe a model or a stewardess.

gila?! awal awal lagi kena kuburkan impian.

note : mimpi adalah kunci untuk sejuta makna kebahagiaan

Thursday, 20 March 2014

setia :)

rupa tu satu bonus.
kan kan kan?
hahahahaha :D
sebab bagi aku, bukan semua orang cantik atau kacak tu jahat.

ohhh ya!
ada satu soalan.
antara cinta, kepercayaan dan harapan..
mana satu yang paling penting?

hahahaha :D selamat bergembira semuanya :)

nota : aku pilih setia. kerna aku percaya dengan adanya cinta, harapan dan impian tu jadi lebih indah. hahahahahaa :D tak ada kena mengena

hahahahahaha

aku rasa,
aku dah jatuh cinta

Sunday, 16 March 2014

adam, maaf :(

insecure.

pelik ke bila aku cakap aku susah nak percaya orang, terutamanya lelaki?
pelik ke bila aku cakap aku takut lelaki?
pelik ke bila aku rasa tak selesa bila ada dikalangan lelaki or ada lelaki dalam kumpulan aku?
pelik ke bila aku cakap aku tak pernah rasa selamat bila ada lelaki kat sekeliling aku?
pelik ke kalau aku kasar dengan kaum adam?

aku mungkin digelar prejudis oleh sesetengah orang.
tapi yang pastinya, aku masih waras.
aku tahu apa yang betul dan apa yang salah.

jujur,
aku tak pernah rasa selesa bila adanya kehadiran diorang

mungkin juga sebab dah terlalu banyak benda yang jadi
mungkin juga aku dilahirkan dalam kelompok yang ramai kaum hawa
mungkin juga sebab selama 5 tahun aku duduk di asrama perempuan
mungkin juga ada segelintir lelaki yang tak bertamadun buatkan aku jadi takut
dan
mungkin juga kerna aku tahu yang aku terlalu mudah jatuh cinta

nota : bukan semua yang kita nampak tu jelas. kadang kadang samar. dalam kesamaran itu, ada sejuta rahsia.

Friday, 7 March 2014

sesuatu

aku ada sesuatu yang nak dikongsi. tapi kadang kadang aku rasa aku tak mampu untuk bercerita.

mungkin belum tiba masa.

Monday, 3 March 2014

terima kasih

salah ke aku nak ambil tahu pasal kau?
aku ikhlas
tapi kau macam larikan diri.
bukan sekali.
bukan dua kali
berkali kali.
selagi aku masih punya hati untuk terus ambil berat
aku rasa kau patut bersyukur
dan
lebih menghargai
diri ini

jujur
aku tak bermaksud
atau berniat 
selain ikhlasnya aku untuk ambil berat
tapi kau larikan diri

akhir kata,
terima kasih dari aku

nota : baru aku sedar, sakitnya bercinta tak sesakit bila orang yang pernah rapat dengan kita seakan akan melarikan diri