SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Saturday, 22 March 2014

perubahan

hai. assalamualaikum :)

post pendek juga kali ni. ohh yaaa! sekarang saya berada diiiiiiiiiii.. jeng jeng jengggggggg
dalam hati awak. kuikuikui *gelak tutup mulut*
okay. sekarang saya kat luar rumah. sambil menghirup angin malam yang macam tenang je kan. sambil sambil kunyah buah epal. sambil pandang pandang jeling jeling ikan ikan dan kura kura menari nari dalam air. sambil itu juga lah saya menaip. haaaaaaaa~ nampak tak banyak sambil?

kebelakangan ni, asyik bercerita pasal kahwin kahwin kahwin. bosan dah. almaklumlahhhhhh~ ada kawan tu, macam ada ciri ciri bakal kahwin tahun depan or paling lambat dua tahun lagi. and, saya kena bersiap sedia untuk jadi flower girl dia. hahahahahaa :D

okay. sebenarnya topik utama dia benda lain tau. tetiba masuk cerita lain. haihhhh haihhh -__-

ohh yaaa! kebelakangan ni, ehemmmm *background music orang gesek biola* saya nampak banyak perubahan. hmm hmm.. dari segi penggunaan kata saya kepada aku. okay. sejujurnyaaaaa, sebelum ni saya prefer untuk menggunakan perkataan kamu dan kita. malangnyaaaaaaaa.. semenjak saya dewasa iaitu sewaktu form 4 :) ayat yang biasanya saya guna

"kamu nak ikut kita tak pergi makan kat pondok depan tu?"

berubah kepada

"awak nak ikut saya tak pergi makan kat pondok depan tu?" *zaman zaman hingusan form 4 dan form 5*

kepada

"kau nak tak join aku pergi makan kat pondok depan tu?" *zaman 18-an*

sekali lagi malang bila saya menggunakan perkataan GUA dan LU *menangis tepi pokok*

okay. sebenarnya, dulu kannnn papa tak suka saya gunakan aku kau. ganas sangat katanya.

malangnya *berapa kali malang dah guna untuk entry ni* rasanya semua guna aku kau tu. termasuklah bila mama nak panggil saya dan adik adik. dan saya panggil adik adik. atau nabila panggil adiknya. hahahahahaa

okay. tak lah selalu kan. tapi benda tu macam kebiasaan. bukan tandanya macam kitorang ni ganas sangat. cuma, rasa lagi rapat. yeahh. lebih pada kawan. mungkin

note : saya pernah dapat surat dari kawan. "munirah, I'm so sorry" almost 1000 kali. sebabnya.. dia marah pasal benda kecik. katanya saya dah berubah. tak tahu kenapa, tiba tiba dia hantar surat tu. bukan patutnya saya ke yang kena minta maaf? hahahaha sampai sekarang tak faham. sebagai ganti. saya bagi dia hadiah lolipop besar warna warni :D *malas nak menulis*

No comments: