SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Tuesday, 6 May 2014

Janji '6'

ASSALAMUALAIKUM :)

-warkah-

sudah lama aku tinggalkan semua.
aku kuburkan semuanya.
agar ia terus bersemadi
berkubur dihati
semuanya.

cuma,
ada beberapa detik aku menyesali atas semua yang telah terjadi.
aku tak berpeluang
untuk membuatkan kau rasa rindu
aku tak berpeluang
untuk membuatkan kau rasa cemburu

hanya aku. ya, aku
yang cuma berpeluang untuk terus merindui kau
walaupun aku kehilangan untuk beberapa ketika
ya, cuma aku
yang berpeluang untuk menjadi seseorang yang buta kerana cemburu

hanya aku.
sakitnya derita menanggung semua itu
hanya aku yang rasakan

hanya itu yang aku kesalkan.
kerana barangkali kau tidak berada di tempat aku.

"selamat ulangtahun" - Dia

No comments: