SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Friday, 20 June 2014

Kisah Yang Tetap Indah

sakit. aku ada banyak benda untuk cakap. tapi tak terluah.
aku sedih.
tapi hanya aku yang tahu.

kenangan. impian. harapan.

aku sentiasa sulamkan dengan doa. aku tahu, apa kemungkinan semua persahabatan. macam cinta, datang dan pergi.
aku bersyukur sebab masih ada sahabat yang masih sentiasa dengan aku selama lebih dari 9 tahun.
aku tahu,  sebab sikap aku, kawan datang macam angin lalu. rasa sayang baru hadir, tapi akhirnya berlalu pergi.
kadang kadang, mulut aku tak mampu untuk mengatakan 'berhenti. pandang aku. aku rindu kau sahabat' aku tak mampu.
aku seakan akan ego dengan dunia. ya, bukan?
antara sebab aku tak suka berkawan, bukan sebab aku sombong. cuma aku takut aku bakal hilang seorang lagi teman. sakit.
aku mungkin jahat. aku mungkin kejam. sebab tu bila orang bercerita tentang aku, aku terpaksa berdiam diri. pekakkan telinga, bisukan mulut.
sebab aku tahu, mereka pernah jadi kawan aku.

bila suatu hari tenang, aku datang cari kau atau bisikkan kata 'rindu' percayalah. aku betul betul maksudkan.

Tuesday, 17 June 2014

June 19

tanggal june 19. aku rasa aku nak luangkan masa dengan diri sendiri. nak pergi lepak times square. pavilion. sungai wang. low yat.

nak tengok wayang. makan sampai kenyang. icecream. dll. nak pergi times kat pavilion.

tak sabar nak tunggu 20 tahun ��

Sunday, 8 June 2014

Soyu Junggigo ft Geeks - Some

ASSALAMULAIKUM :)

post pendek.
sangat.

SAYA SUKA LAGU NI!
*tapi sampai sekarang tak boleh nak menyanyi. sebabnya, lidah tak dapat terima*

HAHAHAHAHA

kejiwangan

assalamulaikum

SAYA DI KLIA 2! okay. ni first time saya jejakkan kaki di sini. selama ni KLIA lama je.

cantik. menarik. kemas. teratur.

ohh yaa. sedang saya bersosial *sambil bersila depan KK mart sementara tunggu flight* tiba tiba ada orang fav satu daripada tweet tweet lama saya. yang paling tak sangka, tweet tu zaman 2012. sekarang 2014 babe~
perghh~
bila baca rasa macam,

"OMG! ayat aku ke ni? aku jiwang? kenapa ni? betul ke aku? tapi dari susun ayat memang nampak sejebon style aku. arghhhhh segannyaaaaa!"

nota : tak payah nak nota sangat lah kan. cuma nak bagitahu, kaki aku dah nak tercabut dah duduk berjam jam kat lantai. aku dan lantai tidak ditakdirkan bersama