SMILE LIKE YOU'VE NEVER CRIED, FIGHT LIKE YOU'VE NEVER LOST, LOVE LIKE YOU'VE NEVER BEEN HURT, AND LIVE LIKE YOU'LL DIE TOMORROW

Sunday, 27 July 2014

kaku, aku terpaku.

di dalam keriuhan kota raya,
aku sunyi.
seakan akan hanya aku yang pegun di dalam keriuhan itu.
hati aku kaku,
langkah aku mati.
jasad aku terpaku,
sedangkan minda aku meronta ronta untuk melepaskan diri dari kecelaruan antara imaginasi dan realiti

tatkala itu,
sang mata seakan tidak dapat bertindak  mengikut arahan minda
kerana terlalu turutkan kata hati
titisan air mata tidak mungkin menghiasi hari yang indah ini
kerana
aku masih rindukan keriuhan yang semalam
walaupun,
hari ini dan hari hari mendatang
masih bingit.

kosong
aku kosong.